Sahur dengan makanan yang ala kadar. Sempat Auntie I, membekal lauk. Alhamdulillah rezeki.
Tiba di rumah baru jam 7.30 pagi. Memandangkan malam tadi aku memandu dari Lembah Klang hingga ke kampung, maka pagi ini laju sahaja aku minta supaya ayah yang memandu. Aku? Tidur dalam kereta! Hahahaha....
Remover sampai hampir dua jam kemudian. Macam nak pengsan menunggu, aku mahu urusan mengangkat barang ini selesai cepat. Aku mahu kembali ke Lembah Klang pada hari ini. Sudah aku berjanji dengan teman JT untuk mengikutnya dan teman JT juga bersungguh untuk meneman aku membeli 'senapang' baru... Fuiyo!!!
Tepat 2.30 petang, bas bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Jahatkah aku meninggalkan ibu dan ayah di rumah baru aku??? Maaf ya Ibu. Maaf ya Ayah. Sampai di BJ, JT dan sahabatnya Fd datang menjemput aku. Maju terus ke Plaza Pudu. Ah, tidak dapat pula aku membuat pilihan. Marilah kita mencari tempat berbuka puasa.

JT : Nak berbuka kat mana?
KJ : Nak makan apa?
JT : Entah!
KJ : Nak makan ikan bakar? Jalan Bellamy?
JT : Ha, boleh juga. Tak pernah makan kat situ lagi.
KJ : Boleh aje. Jom.
Lepas berbuka, "JT, boleh tak kita kembali semula ke PP? Nak ambil yang kita tengok tadi larrr". Hehehe.... jangan tak tahu kadang-kadang aku ni gatal dan lambat membuat pemikiran. Nasib baik JT sudi dan sahabat Fd tidak kisah. Terima kasih. Dapat juga 'senapang' yang aku idam-idamkan. Kemudian terus kami ke Jalan TAR iaitu tempat utama yang ingin dituju oleh JT dan sahabat Fd. Berjimba-jimba kami dari gerai ke gerai.
Teman JT dan sahabat Fd menghantar aku pulang. Longlai aku menekan butang lift dan membuka pintu rumah. Seharian aku berjalan dan ditambah pula dengan aktiviti memunggah barang masuk ke rumah dan menyusun serba sedikit di awal pagi. Bulan puasa engkau!!! Hari panas pulak tu!!! Nasib baik tidak tergamak lagi aku membuka puasa. Rumah kosong! Di ruang tamu Cuma ada tv. Aku mengeluarkan toto dan bantal yang telah aku sorokkan. Pasang tv, ahhh kelihatan cuma 'semut-semut' yang berkeliaran. Wayar antena tiada – sudah dibungkus oleh remover. Aku mengeluarkan pemain dvd. Ahhhh, malang kerana aku lupa menyimpan wayar untuk sambungan pemain ke tv. Oh tidak!!
gerai-gerai yang menjual ikan bakar
aduhai saya memang suka makan ikan!
Sotong bakar larr pulak! Fuh!!!
aduhai saya memang suka makan ikan!
Sotong bakar larr pulak! Fuh!!!
Tajuk cerita kita pada hari ini ialah 'Semut. Semut. Semut.' Sungguh hampeh!
* gambar-gambar makanan di'curi'k dari Janggel... Hahahaha...
No comments:
Post a Comment