Sampai rumah lagi sejam menjelang tengah malam. Aduh kalau mak aku tahu, memang dia akan mengamuk! Bukan sahaja pulang lewat, rumah pun tak habis kemas lagi! Arghhhh....
Terus sahaja aku mandi dan kemudian meneruskan operasi mengemas. Yang pastinya barang-barang yang mahu diasingkan di dalam kotak kecil telah disimpan, pakaian-pakaian sudah dibungkus di dalam plastik (kerana remover tidak akan mengemaskan pakaian), dan bekas-bekas sampah sudah diikat dan sedia untuk dihantar ke rumah sampah. Tidak lupa juga beberapa barang seperti toto, bantal dan selimut perlu diasingkan supaya remover tidak akan mengangkat barang-barang tersebut. Ya aku mahu kembali untuk tidur di sini lagi barang sehari dua nanti.
Tidak tidur aku sehingga waktu bersahur dan solat subuh. Tika jarum jam menunjukkan 6.30 pagi, baru terasa lemahnya badan. Aku mahu lelap sebentar. Tertidur aku sehingga jam 9.00 pagi. Terus menelefon remover, takut-takut mereka sudah menuju ke rumah ku. Oiii.... mati!! Lori sudah dalam perjalanan!!! Nasib baik barang-barang tidak ada lagi yang berselerakkan. Pandai-pandailah remover itu nanti!
Ibu dan ayah sampai tika waktu menghampiri jam sepuluh. Aku menahan mereka dari mula mengusik barang-barang untuk mengemas. Akur, dan akhirnya mereka duduk-duduk sahaja di ruang tamu yang penuh barang. Remover sampai hampir sejam kemudian dan selesai membungkus barang hampir jam 3 petang. Aku mengiyakan sahaja apabila mereka minta supaya barang-barang dihantar selepas sahur iaitu pada awal pagi keesokkan hari. Kasihan juga kerana bersusah payah dan kesungguhan mereka membungkus dan mengangkat barang ke dalam lori. Habis semua barang dibungkus mereka termasuklah kain buruk di dapur! Licin kosong rumah kecuali toto, bantal, selimut dan pemain cakera yang aku sorokkan serta sebuah tv yang telah aku minta tinggalkan.
Remover pergi, aku mula menyapu sampah. Penat dan aku pengsan. Dah jadi tayar leper aku rasa. Tatkala ibu dan ayah ke bazar Ramadhan, aku melelapkan mata. Dapat juga sejam dan lega! Kami perlu pulang dan bersetuju untuk ke kampung dahulu. Esok selepas sahur baru bergerak ke rumah baru.
Dek kerana lewat bertolak, maka aku membawa ibu dan ayah terus ke Ipoh Station. Kedai kegemaran aku, milik salah seorang pakcik aku. Kebetulan ibu dan ayah belum pernah sampai ke sana. Bertembung dengan Opah E dan Pakcik Z pula menjamu pekerja-pekerja berbuka puasa. Owh meriah sungguh! Hampir jam 9 malam, baru dapat melepaskan diri....

Hahaha rezeki betul!!! Boleh pula jumpa dengan sahabat S masa berbuka.. Sahabat S, teman masa di sekolah rendah ;D
No comments:
Post a Comment