FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, September 24, 2010

HaRi 8 : DaY To CheCK OuT

Hari ini aku kena pulang rumah. Sedihnya! Barang semua dah simpan dalam kereta kecuali telivisyen (eh? camno ejaan nih?) kerana aku perlu pergi menutup akaun TNB dan Syabas dahulu sebelum kembali ke Putrajaya. Dek kerana hujan lebat, aku terlepas janji dengan orang dari Bhg. Perumahan. Ah kasihan dia... Maju sahaja aku terus ke JPM, membuat urusan pulang rumah. Dengan penuh berat hati aku melepaskan rumah tersebut. Urusan selesai jam 3.00 petang.

Singgah di pejabat lama, berjumpa dengan sahabat JT. Sahabat pertama dan terakhir yang aku jumpa ketika berada di Lembah Klang dalam tempoh beberapa hari ini. Mengambil tempahan kuih raya dan terus sahaja aku meninggalkan dirinya. Sudah tidak tertahan air mata dari berhadapan dengan dirinya. Sahabat yang sentiasa bersama dengan aku menemani aku sungguhpun dia perlu menghadapi kesukaran. Sahabat aku berjimba-jimba dan mengadu domba.

Memandang jam, ada masa lagi untuk menguruskan hal-hal di bank. Selesai apabila jam menghampiri 4.00 petang. Perlu aku meninggalkan kawasan ini dengan segera sebelum aku menempa kesesakan lalu lintas yang luar biasa di bulan puasa ini.

Di dalam perjalanan menuju ke SA, teman setia DR membuat panggil. Ahhhh... mengapa lewat benar??? Dalam beberapa tahun ini, tidak pernah aku terlepas dari berbuka puasa dengannya. Sudah aku khabarkan dari seminggu yang lalu. Sudah aku khabarkan mengenai beransur ku dari tempat ini berkali-kali. Tuntutan yang hampir mustahil untuk lakukan, kerana aku kini sudah tidak berumah dan mustahil untuk menunggunya. Iyalah, tidak ada rezeki kita untuk berbuka puasa bersama-sama tahun ini. Bukan rezeki juga untuk berjumpa di dalam beberapa bulan ini. Iyalah aku juga faham betapa jauh di mata jauh di hati. Selamat Hari Lahir buatnya... Semoga dikurnia kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang berpanjangan. Mengalir lagi air mataku buat kesekian kalinya pada hari ini. Melampaukah jika aku rindu untuk bertemu dengannya?

Ketika di bazar ramadhan SA, Cik Tipah pula menghantar pesanan ringkas. Katanya berbuka dengan BO di SA. Aduh! Mengalir lagi air mata kerana aku memang teringin benar mahu berjumpa Cik Tipah, tambahan lagi baby Alya dibawanya bersama. Cik Tipah sudah membuat panggil sejak dua minggu lepas untuk berbuka sama, namun masa-masa dan tempat yang dicadangnya kurang sesuai dengan acara ku. Beberapa hari sebelum puasa hari itu, aku juga gagal turut serta dalam acara Gunung Nuang gara-gara panggilan maut dari pejabat. Sahabat-sahabat ku, aku mohon maaf kerana perlu segera beredar membawa diri keluar dari Lembah Klang ini.

Aku secara rasminya tidak lagi berumah di Lembah Klang. Aku perlu meninggalkan tempat ini dan cuba untuk menerima tempat baru ku itu. Kotak kosong ketika di tempat baru perlu aku padamkan perlahan-lahan. Tidak lagi aku membolehkan diri membandingkan semua di tempat baru dengan tempat yang kutinggalkan ini. RC kata "Redhalah".

I’M CheCKiNG ouT babeh... No longer as warga Lembah Klang.
Post a Comment