FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 15, 2010

CHeCK OuT FRoM WaRGa LeMBaH KLaNG

Walla.... semua orang sibuk cerita ceriti pasal hari raya erk?! Aku dah lama tak menulis... Tetiba di suatu pagi entah dalam mimpi kot, laju saja jari jari ku mengetuk papan kekunci komputer riba... Tidak sudi untuk melengah-lengah lagi. Aku mahu mengingat tempoh-tempoh akhir aku keluar sebagai warga Lembah Klang. Sungguh poyokah??? Hahaha... suka larrr...

Sudah tamat tempoh aku dari gantung cuti selama 28 hari. Sehabis tempoh tersebut, terus aku mengambil cuti panjang (iya sangatlah tu! Sebenarnya cuti yang perlu diambil hanya tiga hari sahaja, tapi kebetulan cuti umum dan hujung minggu turut menyulami tempoh cuti yang aku pohon... maka sedaplah cuti aku menjadi seminggu!). Cantik sudah perancangan aku sehingga tiba-tiba terpaksa ditangguhkan sehari kerana urus yang sengaja diadakan bagi menghalalkan acara (cesss!).


HaRi 1 : CheCK iN BaCK iN LeMBaH KLaNG

Sehabis mesyuarat yang tamatnya jam 6.15 petang, terus sahaja aku menekan pedal minyak kereta dan memusing stering ke kiri ke kanan menghala ke Lembah Klang. Memang Kuala Lumpur di hati ku. Sepanjang masa semenjak aku mula meninggalkannya sebulan yang lalu. Justeru itu, tidak sanggup aku menunggu untuk berbuka puasa bersama teman-teman di pejabat. Rela sahaja aku berbuka puasa dengan sebiji kurma dan air kotak di dalam perjalanan. Memang sengaja juga aku tidak mahu makan berat kerana sudah berjanji mahu kembali ke gerai nasi lemak t3t3k di Kampung Baru.

Sesampai di rumah, huh semaknya! Terus mandi dan bersiap-siap. Sebentar sahaja lagi enchek Janggel akan menjemput. Dia biasanya bukan main lagi tepat masa! Adeh!!

Sesudah kenyang dan mengadu domba akan perihal acara yang berlangsung petang tadi, aku kembali ke rumah. Memerhati ruang tamu, penuh kotak dan barang-barang yang tidak bersusun. Plastik barang-barang yang mahu dibuang juga di sana sini (macam rajin sangat nak mengasingkan ikut kategori ya! Hahaha). Laju sahaja aku terus ke bilik dan bersiap-siap untuk tidur. Memang aku penat!



* gambar curik dari Janggel! Hahahaa

No comments: