Raya 2010 sudah sampai ke penghujung. Tiba-tiba tahun ini tidak ada cerita raya, tidak ada juga album raya. Gembira tidak, sedih pun tidak. Apa cerita raya selain dari kemenangan setelah berpuasa sebulan Ramadhan???
Pendek kata, memang tak berapa nak raya… mood raya pun memang tak ada… paling-paling yang beriya buat ialah cuci rumah… Baju raya saat akhir baru teringin nak beli, itupun sebab nak ambil mood. Duit raya bila adik tanya nak tukar ke tidak, baru tukar. Kuih raya memang tak boleh nak fikir sebab nak buat kat rumah, rumah pun baru masuk dan barang pun dalam kotak lagi. Nasib baik sempat juga buat 2 jenis biskut dan yang lain aku berjaya jugak tunjuk (unfortunately, sebab aku tak beraya sangat, sampai sekarang kuih-kuih tu belum disentuh!). Harapan bakar lemang memang hancus… Hari Khamis sedang semua orang dah sampai kampung, aku sensorang duduk kat pejabat (opsss ada mr Chen tapi dia balik awal lar pulak!). Kena pulak giliran kunci pejabat…. Adusss tiap detik berlalu bagaikan menunggu debu dari langit melayang turun jatuh mencecah bumi. Balik rumah sempat pulak kemas rumah dan lelap mata sebelum memandu pulang ke kampung. Terasa diri sungguh hampeh!
Alhamdulillah dapat juga solat raya tahun ni. Hujan bukan main lebat sejurus aku memacu pacuan merah ku menuju ke masjid. Dah dekat nak sampai, trafik tidak bergerak!! Sangkut!!! Melihat orang di depan akhirnya memati enjin dan keluar kereta, harus jugakah aku berbuat demikian?? Grrr…..
Dikongsikan sahaja cerita raya di dalam imej-imej selanjutnya.

Sikit??? Faham-faham saja larrr.....
No comments:
Post a Comment