Menerima 'paksaan' dari 'antoo-antoo' di KL... "Mas, kitaorang buat ni untuk you. Lagipun nak training untuk Trailblazer kan?". Memang hampeh (ni kali kedua perkataan ini digunakan untuk hari ini erk?!). Memang dah lama si NO cakap nak pergi... Dah lama juga ese bagi jawapan yang ese tak ikut. Manakan tidak, kalau rancangannya pada cuti umum Hari Malaysia yang duduknya di tengah-tengah minggu. Dalam minggu raya pulak! Memang tak cukup relevan dalam jadual ese ni haaaa.. Bila ditanya-tanya mereka lagi, ese jawab "Korang, ese cuti raya sampai selasa. Rabu ese dah keje. Jumaat ese pun keje. Korang nak ese buek camno???".
Sampai hari Rabu sehari sebelum kejadian, sempat lagi memujuk rayu. Sah tak ada orang nih!!! Banyak lar si NO dan MB nih. Orang batal saat akhir lar, itu lar ini larr... Kenal daaaa. "Tengoklah petang nanti macam mana. Nak buat apa". Rancangan ke Taiping beraya dengan kengkawan pejabat dibatalkan (huhu bukan batal, tapi kereta yang ese nak tumpang eksiden la pulak... CL tak nak pergi... nak ikut orang lain, ese sogan!). Pukul 7, den poei cari tiket bas.... Hahahah ke Kuala Lumpur jugalah nampaknya! Dan rancangannya ke sana balik hari sahaja. Berangkatlah keesokkan harinya menaiki bas ke sana pada jam 5.00 pagi walaupun dalam keadaan pakej demam, batuk dan selsema!!!!
RC ambil di KL Sentral sebelum kami berkumpul di depan ladang sawit untuk memanjat Bukit Broga. RC, ese yang ajak sebab lama dah dia teringin nak pergi tempat nih... Bukan main bersemangat teman ku ini!
Bukit Broga tetap cantik dengan lalangnya dan habuan pemandangan sekitar yang terbentang luas. Ese memang suka (adeh teringin pula nak melihat matahari terbenam kat sini dan melihat malam). Dek kerana tujuan mahu menuju ke puncak Gunung Tuk Wan, maka perjalanan diteruskan.... Langkah-langkah diatur.....
Perjalanan ke Gunung Tuk Wan dari puncak Broga adalah sejauh 3.1km... Kalau berlari keliling tasik, dokek jo nih... tapi... entah larr memang agak lemau juga ese mendaki hari tu. Laluan untuk naik ke puncak, merentasi kawasan hutan. Mendaki dalam waktu matahari tegak atas kepala pun tidak ada masalah kerana memang redup. Tahan tak tahan sebab turun naik bukit, dan melihat pandu arah Gunung Tok Wan 2km, Gunung Tok Wan 1km, Gunung Tok Wan 500m, Gunung Tok Wan 100m, sungguh menekan perasaan. Hahahaha... Dalam 100m itupun sempat lagi turun naik bukit sampai rasa macam tipu je jarak tu. Uhuk uhuk batuk. Masa pendakian 3 jam dari bawah dengan kadar kelajuan tahap lalala (iaitu bersuka-suka dan bergambar-gambar).
Dikongsikan......
Bukit Broga
Puncak Bukit Broga 400m, papan tanda di belakang menunjukkan perjalanan ke Gunung Tuk Wan 3.1km lagi...
Perjalanan ke Gunung Tuk Wan redup dan sejuk
Sahabat alam yang ditemui dalam perjalanan
Lagi 500m, masa ni RC dah berlari (tapi kejap sahaja larrr..... hahaha)
Hutan.... Hijau..... Suka
Dah sampai... diorang bawa tembikai lar pulak!!! Ese tak tahan, mau!!!
Bergambar dulu sebelum turun
Pemandangan dari puncak Bukit Broga
Bukit Broga
Laluan lalang tinggi
Dalam lingkungan menghampiri jam 5 petang
Ewahhhhh... apa yang di'peace'kan tu??? Bye
Sesuatu yang tak boleh percaya dan tak boleh 'blah'. Diorang bawa payung!!!! Kata mereka "Pengalaman mendaki di waktu petang masa bulan puasa lepas untuk berbuka di puncak. Menyesal tak ada payung. Panas!"
Maklumat lanjut mengenai Bukit Broga cari aaa dalam entri yang dulu-dulu erk... Hihi
Malam, sudah pulak kena kidnap pi rumah geng Ombak lain... coba teka soknya keja ke tak??? huk huk...
No comments:
Post a Comment