JoM JaLaN-JaLAN.. KiTa JeLaJaH PuLaU.. KiTa DaKi GuNuNG.. KiTa KeNaL-KeNaL ORaNG.. KiTa TeNGoK TeaTeR.. KiTa CaRi MaKaN.. KiTa DaN aPa YaNG KiTa aDa.. KiTa sYuKuR .. DaN.. KiTa KoNGsi..
yupp.. adaaa.. 9-11 Januari 2009 @ Lambang Sari, Istana Budaya.
Cerita Raja Besar Senyanya merupakan kisah awal mengenai Cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula di Negeri Serendah Si pagar Ruyung di bawah pemerintahan Raja Besar Senyanya yang sedang menantikan kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan baginda dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan sekiranya menimang seorang putera, maka baginda Raja Besar Senyanya telah keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Semasa dalam perburuan Puteri Gak Petera telah bersalin, tetapi melahirkan seekor Siput Gondang.
Setelah Raja Besar Senyanya sampai di Istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia, lalu menuduh Puteri Gak Petera ada hubungan sulit dan menghalau puteri tersebut keluar dari Istana.
Puteri Gak Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapat perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja Istana. Semasa menumpang di rumah Wak Pakil Jenang, beliau mengarahkan Wak Pakil Jenang menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja. Akhirnya apabila tiba saat dan ketika, siput gondang pun menetas dan keluar seorang putera dari gondang tersebut.
Apabila Puteri Gak Petera pulang beliau mendapati gondangnya kosong. Lalu berlakulah salah faham antara puteri dan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar kepada bondanya iaitu Puteri Gak Petera. Anak Raja Gondang meminta izin untuk keluar bermain bersama-sama dengan anak-anak Mak Inang. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.
3 comments:

"Pakat maghi adik kakak sekalian tngok makyung "Raja Besar Senyanya" di Lambang Sari, Istana Budaya"
Iyo.. La.. awe.. wei
Dah RaMai PeNGiKuT MaKYuNG... LaMBaNG SaRi PeNuH....
DuLu KaT MaTic PuN 2 HaRi PeRGi MeNoNToN, 2-2 HaRi PuN PeNuH!!! :D
Post a Comment