Baru-baru ini aku menghadiri bengkel bersama ‘stakeholder’. Tidak ada yang luar biasa mengenai bengkel ini cuma… di akhir bengkel aku telah disapa oleh seseorang. Terkejut dan terkelu apabila soalan yang tiba-tiba terpacul dari mulutnya, “Cik, boleh saya tahu kenapa cik kerja dengan alam sekitar?” Wah, macam mana tak terkejutnya aku!
Aku tengok dia. Lelaki yang sememangnya banyak betul bercakap tadi. Macam mana lar terbuka pula hatinya nak bertanyakan aku soalan seperti itu! Ini semua pasal bos akulah, dok sebut-sebut nama aku. Cessss…..
“Maksud encik?”
“Iya, kenapa cik kerja dengan xxx”
“Pelik juga soalan encik ni. Tapi saya minat terutama ‘studi’ yang macam ni. Memang masa belajar dulu pun, saya bercita-cita untuk bersama xxx dan perunding alam sekitar. Masa buat pilihan kursus, kursus berkaitan alam sekitar memang pilihan pertama”.
“Kenapa cik tanya?”, aku soal balik.
“Saya cuma nak tahu sama ada cik benar-benar menjiwai kerja cik atau terpaksa kerana tiada pilihan”.
“Terpaksa? Oh, tidak! Jauh sama sekali”
“Ada ramai juga yang saya tanya, mereka menjawab kerana tiada pilihan, terpaksa. Tiada pilihan termasuk kerana tidak mendapat pekerjaan lain.”
“Oh!”, sekali lagi aku terkejut.
“Good to know you. Nice chat. Jumpa lagi”, lelaki itu tersenyum dan kemudiannya meminta diri.
Hingga ke hari ini aku masih berfikir. Berapa ramai yang berada di luar sana, berkerja kerana minat? Berapa ramai berkerja kerana terpaksa? Betulkah aku berada di sini kerana minat? Kalau betul minat, kenapa adakalanya aku juga merasa bosan?
*Ulangan dari Apa Yang Aku Rasa July 14, 2008
4 comments:
Ish kenapa aku rasa macam tetibe pernah baca pasal ni ek?? Ish deja-vu kot..
DeYYYYYYYY!!!
Macam pernah dibaca topik tapi....
Dimana ye????
ni memang dua kali DeYYYYYYYYYY!!!
camner larr nih?!!!!!
Post a Comment