FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, January 19, 2009

LaYaNG-LaYaNG

Hujung minggu baru nie, aku mengajak seorang teman untuk mengikut aku. Dialognya seperti berikut:-
KMz : Salam. Yani, wat apa? Nak ikut I tak?
Yani : Tak wat apa. Nak g mana?
KMz : Kita g main laying-layang.
Yani : Layang-layang?? Mana ada orang besar main layang-layang!!!
KMz : Eh, ikut jer larrr…
Yani : Saya tak ada layang-layang.
KMz : Takpe

Minggu yang sebelumnya, ketika aku ikut Teh Tarik Session (TT) dengan satu kelab komuniti, diorang tanya ada cadangan tak untuk aktiviti kelab. Dialognya seperti berikut:-
Admin : Eh, korang ada tak aktiviti-aktiviti ringkas dan senang buat?
MZ : Senang? Erm…. Main layang-layang (lepas tu aku senyum)
Admin : Layang-layang? (muka yang sangat ‘konpius’)
MZ : Ha’ah. Layang-layang. Lepas tu kita sambung dengan aktiviti lain.
Admin : Ko betul ker?
MZ : Ha’ah. Betul!
Admin : Menarik jugak!!!
Dalam ramai yang aku ingat dah ramai orang main layang-layang, rupanya masih ada yang terkejut bila aku cakap “Jom main layang-layang!” Macam pelik sungguh bila aku sebut layang-layang tu. Layang-layang tu budak-budak je yang main!!! Aiiiiiii korang nie awat larrr tak percaya cakap aku!!

Apa jadi pada Yani dan Admin kelab aku? Yani cakap “Owhh, rupanya macam nie main layang-layang. Lepas nie boleh pergi lagi.” Admin pulak minggu baru nie terus beli layang-layang. SMS tengah-tengah hari rembang ajak main layang-layang. Aku cakap “Uiiii panaih wehhhh sekarang. Kalau petang sket lain citer”. “Eh, petang nanti kitaorang main lagi!” “Uiiii…. Hahhahahaha…” Suka betul aku bila korang dah ‘jangkit’ main layang-layang nih!!!!
Nak diceritakan dulu masa budak-budak, aku tak pandai pun naikkan layang-layang. Kalaupun layang-layang tu nak terbang, sebab aku berlari je.. Aku belajar main layang beberapa tahun lepas, sebab Pakcik dan Acik suka betul main layang-layang. Biasa kami pergi main di Taman Metropolitan yang terletak di tepi MRR2. Taman ni adalah satu-satunya taman yang diwartakan sebagai kawasan permainan layang-layang kat Malaysia ni (setakat ni, memang nie je yang aku pernah jumpa. Memang ada papan tanda, kawasan permainan layang-layang!). Kalau lalu tempat ni, dari jauh pun dah nampak kemeriahannya. Tak percaya, try pi tengok! Betul!!!

Main tepi pantai lagi seronok. Angin kuat, jadi layang-layang memang tak sabau-sabau nak melayangkan dirinya. Kadang-kadang bila dah naik,ikatkan tali pada tunggul kayu, makan larrr sambil tengok layang-layang tu main-main kat atas…. Macam layang-layang aku, ikan pari dan ikan ‘jaws’ bukan melayang-layang tapi berenang-renang kat atas. Ekekekee….

Kesimpulannya, jom lerr kita main layang-layang… Den ni teringin benau nak main wau. Jeles bangat bila ada orang naikkan wau. Wau tu bukan sekadar klasik, tapi bila kat atas uiiii gah!!!! Agak-agak kena wat trip homestay kat Kelantan/ Terengganu untuk main wau nie kot! Ahakssss…..

me N mY BeaUTiFuL LaYaNG-LaYaNG LoRRR
LaYaNG-LaYaNG PaKciK kaT BaGaN LaLaNG
Post a Comment