FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, April 7, 2010

KaPas MaRaNG iNTeRNaTioNaL SwiMaTHoN 2010

Cepatnya masa berjalan... dah setahun berlalu lepas KaKi JaLaN menyibuk-nyibuk kat event Kapas Marang tahun lepas. Menyibuk-nyibuk jadi support crew kelab Ombak tapi lepas tu dah terasa macam reporter pula kat sana.... Citer KaKi JaLaN tahun lepas "MeNCiPTa JaYa Di KaPas MaRaNG".

Kapas Marang International Swimathon 2010, tahun nie akan diadakan pada 18 April 2010. Lokasi dah tentulah sama iaitu dari Pulau Kapas sampailah ke Pantai Kelulut, Marang. Jarak swimathon nie 6.5km. Maklumat lanjut mengenai event ni, bolehlah tengok dekat Triathlon Malaysia.

Kalau mengikut perjanjian, tahun ni sepatutnya KaKi JaLaN bukan lagi jadi support crew, KaKi JaLaN nak kena swim sekali dengan kengkawan KaKi JaLaN... Adoiiii.... kalau perjanjian tu, ada tak perjanjian palsu??? Tak ada hitam putihkan??? Sesungguhnya diriku ini amatlah tidak bersedia dari segi fizikal mahupun mental. Lepas balik dari Kenyir, adalah setakat main cicah-cicah air je... Memang liat betul nak masuk air tambah-tambah kesihatan pun tidak cukup memberangsangkan (aku yang masuk ayor ye ler!) ... Ermmm sedey... Mental pun down, tak tahu kenapa hati aku dah jadi kristal sekarang. Senang sangat kena gugat dengan kata-kata. Iyalah, aku pun tahu ... sambil nyanyi... "Siapalah diri ini, untuk meminta budi" (eh yer ke ini lirik lagu tu?). Kalau aku masuk, bukan dengan ayat "Tak harap ko habis pun", tapi dengan "I'll do my best, as far as I can go".

Ermmm.... fikir lagi .....
"Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak?"
"Pesal nak buat keje gila nih?"
"Mas, ini one in a lifetime, at least ko pernah cuba/ buat"
"Mas, ko berani ke? Air tengah pasang sekarang!"

Adoiiiiiii..... aku buntu larrrrr!!!


What M say to me :
"Bear in mind when u join, its not about to win the competition, its about who u become when you try " (yup! SETUJU!)
Another word from M to me (said taken from pepatah Arab) :
"Cabaran yang tak mampu mematahkan tulang punggung akan menguatkan tulang belakang you Mas :) " (thanks M! it's you who never stop supporting and inspiring me. I wish u all the best M, gud luck! :D)

[3 hari lagi genap setahun mengenal MAA, ingatkah dia?]
Post a Comment