FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, April 6, 2010

KuaLa TeReNGGaNu : KuiH-KuiH YaNG MaRVeLLouS!! HuuuUUuu

Entri hari ini, kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Gerai Kuih Gong Kapas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Banyak betul kuih-kuih kat kedai ni, ternganga jugalah menengoknya. Datang laks ramai-ramai, jadi kawan ni beli sikit, kawan tu beli sikit, last-last dah jadi berjensis-jenis. Bermacam-macam kuih yang kawe cuba dan kawe nak cakap kuih-kuih kat gerai ni memang best! Semua yang kawe makan, semua sedap-sedap. Semua secukup rasa dan tak ada manis leting, just nice! Heeeee....

Kat gerai ni, tak cukup dengan kuih-kuih, ada mee goreng, tauhu sumbat, rojak buah, agar-agar, ermmmm apa lagi ye dalam bungkus-bungkus yang banyak-banyak kat gerai ni entah, macam-macam lar. Rasanya kalau tuan empunya kedai nak buka meja kat depan gerai dia ni, dah memang leh jadi bistro... Yezza.... Harga kuih-kuih kat sini memang murah (owh i miss harga kuih-kuih kat sini, dah lar murah, sedap lakssss... memang berbaloi!), seringgit empat ketul pun leh dapat lagi!  Katanya ada lebih seratus jenis kuih yang dijual di gerai ini! Yummehhhhhhhhh....

Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha



psst : kawe dah lupa nama-nama kuih kat atas ni, sesape rajin kawe minta tolong namakan :)

psst 2 : ermmm.... dah berapa hari kejap cam demam kejap cam ok.... kawe lapar larr tapi tak de selera
. Bila nak baik nih???
Post a Comment