FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, April 5, 2010

'X' GoReNG KaT KuaLa TeReNGGaNU

Owh Kuala Terengganu (KT), kenapa larr baru kali ni aku tahu kat sana diorang jual mende-menda 'x' goreng tepung yang best?!!! Kalau aku tahu, setiap kali datang KT mesti aku dah paksa kengkawan aku berhenti kat gerai-gerai tepi jalan beli mende-menda 'x' goreng tepung yang menjadi idaman nih....
'x' goreng tepung? Kah kah kah... jahat ke aku? Tak de larrrr.... Layan je erk! Lokasi persinggahan di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu (dekat dengan balai polis) dan singgah sekali lagi kat gerai tepi laut belakang lapangan terbang, Kuala Terengganu (yang ni ada tambahan ketam dan udang!).

Kalau tak tengok mungkin kita ingat banyak dulang sebab pisang dua tiga jenis, keledek, sukun etc yang seangkatan dengan standard kat Kolumpo atau pekan Teluk Intan (muahaha)

Pisang goreng... Ermmm... sesuatu yang memang dijangka dan memang menjadi pojaan hatiku
Keledek goreng, kepok lekor pun menjadi idaman (dah lama tak makan sukun goreng! nak balik kampung larr...)
Cendawan goreng tepung... Boleh layan jugak!
Ikan goreng tepung? Haiya! Ini mau buat makan petang ka mau ratah? Jual sekali dengan tempat pisang goreng? Ok, aku kagum! Serius!

Sotong goreng tepung? Ermmmmmmmmmm... diorang ni bestlar!!
Ok, ni ketam goreng tepung... ni kat gerai belakang airport Kuala Terengganu... Gilalah! Minum petang meratah ketam!!! Uiiii yum yum!!!
Nie rupa nikmat tak nikmat makan sotong goreng tepung kat Kuala Terengganu... Tak de lar sampai menjilat jari cam iklan KFC, tapi masyukkkkkkk...
psst 1 : nak cari makan larrr.... huk huk... LAPAR!
psst 2 : teringin nak duk kat kampung nelayan, dok tepi jeti... masa laen main wau ke layang-layang ke... ermmmm hehe... maner nak cari famili angkat kat sana :)
Post a Comment