FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, October 6, 2009

KaKi JaLaN @ iRONMaN 70.3 PuTRaJaYa

Kaki Jalan melaporkan Ironman 70.3 Putrajaya 2009 (ewah!).

Berlangsung pada 4 Oktober 2009, Ironman 70.3 Putrajaya telah diadakan dengan jayanya. Peserta yang bertanding adalah dari dalam dan luar negara. Sambutan memang sangat menggalakkan (punyalah ramai manusia yang kuat-kuat mental dan stamina nih!).
Cabaran yang harus peserta lalui dalam Ironman 70.3 ialah renang 1.9 km, berbasikal 90.1 km dan larian sejauh 21 km.... Campur tolak bahagi darab jumlah keseluruhan kiralah sendiri... Kaki Jalan tak faham lagi maksud 70.3 tu sebab nak kejar teater Gamat pada hari yang sama.

Perlumbaan bermula tepat jam 8.00 pagi dan setakat yang Kaki Jalan tahu perjuangan ada yang berlanjutan sehingga 8 jam ++. Memang nasib baik juga cuaca di Putrajaya mendung dari pagi! Nak berjuang dalam panas terik seharian, mau pengsan!! Peserta paling awal berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh 4 jam 1/2, itu memang pro.! Power betul!! Kawan-kawan dari Ombak semua berjaya menamatkan perlumbaan, Dush dapat tempat pertama dalam kategori 18-24 tahun menghabiskan perlumbaan dalam masa 5 jam 35 minit. Kengkawan lain heeee... Kaki Jalan tak sempat nak update masa semua yang masuk kat Ombak lagi. Yang pasti, tahniah buat semua... Korang ni memang hebat giles!!!

Dikongsikan gambar-gambar di Ironman 70.3 Putrajaya...
Ironman 70.3 Putrajaya 2009

Berenang kat tasik 1.9 km

Kuar dari air, shower sket

Basikal-basikal yang menunggu tuannya.. (alamak leh kidnap tak?)

Yeah chaiyok! chaiyok! - Ayet

Ni dah loop yang ke berapa ni??

Da athletes tengah berjuang...

Mafia bukan, paparazi pun bukan

Tak kisah duduk kat mana pun, janji amek gambar ye? Sama larr cam kami, tapi 'port' kami tidaklah di bawah terik matahari tu!!

Lokasi 'sambar' air.
Banyak kereta & moto yang lalu berhenti kumpul botol nih

Future Ironman.... Tahniah buat Dush!!! Power tu dapat 1st place!!!

Congrats to Abu! Eh Hana sekali yer habeskan race!!!

Congrats to Zaly.... Cayalah!!

[kagum dengan orang yang bersemangat. Ironman kalau mental tak cukup kuat, ermmmm.. Believe me, they cry to win and to be at the finish line is really a MOMENT!!]

3 comments:

Unknown said...

Ada participate dlm pertandingan iron lady tak???

masMZ KaKiJaLaN said...

alamak! tak cukup layak lagi larr nak masuk bertanding.

*Cukup jadi supporter saja :)

Unknown said...

Insyaalah tahun depan, saya jadi your diehard supporter. Berenang ke mana selepas ini?? English Channel? Sungai Kelantan??Tasik Putrajaya??