Setelah berbulan-bulan menunggu, Teater Muzikal Gamat dipentaskan. Aku cukup gilakah untuk menonton persembahan sebanyak dua kali? Buang duit!?? Nyaris juga untuk tidak pergi ke persembahan kedua setelah menonton persembahan pembukaan. Teater Gamat tidak seperti yang aku bayangkan dan ketinggalan berbanding teater kanak-kanak yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Justeru, niat menyedia ulasan ku simpan. Biar saja disimpan sebagai catitan peribadi.
Di antara beberapa perkara yang perlu dipilih, akhirnya aku meneruskan juga rancangan menonton. Mana mungkin aku menghampakan sahabat-sahabat yang mengharap. Pada malam persembahan terakhir, akhirnya aku di Panggung Sari juga.
Teater Gamat pada pengamatan, sudah berbeza! Sudah hilang detik `mahu melelap’kan mata kerana skripnya yang berjela. Sudah hilang dialog-dialog dan nada-nada yang meng’jengkel’kan. Aduh, dalam teater kanak-kanak aku boleh berperasaan demikian, kejamkah aku? Rupa-rupanya teater Gamat di’polish’ed setiap hari menghasilkan persembahan yang lebih mantap. Jika tidak kerana telah membaca sinopsis terlebih dahulu, aku hampir hilang punca juga kerana kesukaran menangkap cerita dan terlalu banyak mesej yang diselitkan (persembahan pembukaan).
Secara keseluruhannya, Teater Muzikal Gamat ini memang best (ni kira persembahan finale nyer aaa, huhu). Kalau nak cakap untuk kanak-kanak sebagai target audience, memang tepat sekali. Penonton dewasa, hahaha cam aku yang half-half ni memang komperem layan!!
Jalan cerita Gamat tak usah larr kita story panjang-panjang kat sini... Kat Kaki Jalan sebelum ni pun dah tulis. Yang penting cerita pasal dalam laut, pasal gamat yang berkeupayaan menyembuhkan, pasal hidupan laut yang pelbagai sifat, bentuk, rupa dan ragam, pasal pencemaran dan kesannya. Pendek kata Gamat bercerita mengenai kehidupan.
Aku suka dengan pembukaannya. Udang Kara dan Ketam Bunga.. Aku lihat Carribean Sea. Entah macam mana aku juga melihat cerita Mermaid berbayang-bayang di kepala. Sungguh keadaan seperti laut dari segi setnya, lagu, musik, ceria, kostum, sungguh impresif!!!! Aku senyum.
Memandangkan teater ini bercorak muzikal, setiap penampilan diperkenalkan dengan nyanyian dari setiap watak yang wujud. Pencipta lagu dan penulis lirik harus diberikan kredit kerana setiap kali lagu pengenalan watak dinyanyikan sudah tidak dapat disangkal bahawa "Oh, memang itu seperti ketam, itu seperti kuda laut, itu seperti (yang seterusnya)..." dan menyokong yang menguatkan lagi kepada kepercayaan ini adalah kareografi yang sangat bersesuaian dengan watak. Kalau dikira-kira dengan apa yang dibayangkan akan sifatnya setiap hidupan tersebut, memang itulah dia. Salute!
Set pentas Gamat kalau tak salah ada 7 set kot! Semuanya cantik-cantik, macam dalam laut (Open sea, dark sea). Cumanya yang tak berapa nak faham sebab ada sampah-sampah dalam set pertama, tapi tiada bantahan yang akan dikemukakan Puan Hakim dari pihak kami (ayat dari orang habis kursus). Memang cun larrr.... Ada satu benda yang aku rasa cantik sangat, bubu.
Apa lagi aku nak tulis kat sini? Pasal jalan cerita, takde komen. Boleh lagi kasi polish ringkaskan sket kasi lagi mantap!
Pasal pelakon/ watak: Adik Muhammad Aidil memang yang terbaik bagi watak Mat. Pakej lengkap! Ibu gamat iaitu Ga (Amy Mastura), orang dah tahu karektornya macam mana dan dalam cerita ni pun sama jugak. She's stand!!! Zuhairi, kalau semasa pementasan pembukaan Gamat memang rasanya tenggelam watak! Semasa persembahan penutup, baru sama naik dengan watak dan pelakon-pelakon yang lain.
Lagu yang paling aku suka : Umang-umang (memang macam umang-umang lar!) + Obor-obor (Dum! Dum! - kena sengat bunyinya erk!)
Kareografi paling best : Umang-umang (owhhhh budak-budak ni so good dalam shuffle)
Kostum paling cantik : Obor-Obor
Make up paling cantik : ermmmm binatang apa erk??? Suka betul dengan muka obor-obor (kening macam burung merak, ada muka sombong tapi cantik!), muka Maha Tahu pun sangat match bukan sahaja dengan watak, juga sesuai dengan kostum.
Part yang bagi aku rasa comel : Bila ikan buntal "BOOM" - kembong!!!
Set paling marvellous : set gelap tempat Maha Tahu
Pelakon yang paling sempoi : Natasha Hudson (Tabik spring!!!! Toink toink toink!!! Sempoi habes!!)
Yang kureng sket dan untuk ditimbang-timbang:
1. Dialog in Bangali/ suara halus style - terlalu banyak hingga mengjengkelkan, tak pasti motifnya (so and so glad dah dikurangkan)
2. Kak Gama dan Abang Gam - alamak, sekali tengok cam tak sesuai je bila goyangnya ter'over' bila tika berdua
3. Babak percintaan Gama dan Gam mungkin boleh kurang sket kut sebab relevannya tak banyak pun
Banyak erk, aku ni mengomen dan membebel... Ni kira lepas geram dah lama tak ngadap blog! Huhu! Selamat maju jaya buat team Gamat. Yeahhh maju teater kanak-kanak.
Disertakan gambar-gambar watak-watak dalam pementasan Gamat. Warna warnikan? Bukan sememangnya laut cantik?!!!!! Aku suka laut!
3 comments:
waaah rupanya peminat dan pengiat teater juga ye.
yaa.. terasa sangat seperti menonton TV pendidikan... apapun.. aku sukakan rekaan set pentasnya... CANTIK!!! juga suka ikan buntal yang comel.. :)
Cik Abrashid, saya sekadar penonton yang kadang-kadang muncul, kadang-kadang hilang :)
Koishie....... ikan buntal 'BOOM' kiut!!!!!!
Post a Comment