Assalamualaikum dan salam jom pi jalan dan (tambah lagi satu) salam moh ke Perak!!
Siri ni sambungan dari MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 4: TaSiK CeRMiN the mysterious hidden lake. Dah habis dahh misi Ipoh Gem sebab yang dicita-cita telah ditemui dan Tasik Cermin itu memang awesome okayyy....
Perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung yang terletak kira-kira 35 km dari pusat bandar Ipoh atau lebih kurang 10 km dari pekan lama Gopeng. Jika menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, exit yang paling hampir adalah Gopeng (Exit 135 : Persimpangan Gopeng). Keluar dari lebuh raya, belok kiri dan pandu terus sehinggalah nampak sebesar-besar papan tanda Gua Tempurung di sebelah kiri. Dah belok, 3 km lepas tu sampailah lokasi yang hendak dituju.
Gua Tempurung ini sebenarnya sebuah batu kapur dan ianya disebut sebagai gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Panjang gua jika gigih untuk hiking sehingga ke hujung (sampai tempat mabeles keluar je boleh tengok lebuhraya PLUS <-- ok tempat ni aku dah sampai masa sekolah menengah dulu yer! ekekeke... #motif sangat nak bagitahu!) ialah 1.9 km. Di dalam gua ni, terdapat lima domes utama dan mempunyai formasi stalagmites dan statactites yang berbeza mengikut suhu, aras air, juga kandungan batu kapur dan marmar.
Gua Tempurung suatu masa dulu gelap. Hanya ada satu cara untuk masuk ke dalam gua ini dan harus menuju sehingga ke hujung gua. Kalau datang, memang sahih akan basah dan kotor. Walaubagaimanapun, pada tahun 1997, keadaan gua ni dah berubah dan sesiapa sahaja mampu untuk masuk, waimma dengan baju kurung sekalipun! Sudah ada laluan/ jambatan di dalam gua dan tangga-tangga serta lampu untuk pengunjung masuk dan menikmati keindahan gua batu kapur ini tanpa bersusah-payah.
Ada empat pakej yang disediakan untuk masuk ke dalam Gua Tempurung iaitu yang paling mudah dinamakan pakej Golden Flowstone, pakej Top Of The World, pakej Top of The World and short River Adventure dan pakej yang terakhir merupakan pakej yang paling adventure ialah pakej Grand Tour yang akan memakan masa minimum 3 jam setengah. Waktu masuk terakhir bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut keperluan setiap pakej. Oleh yang demikian, jadual perlulah dirujuk terlebih dahulu. Info boleh tengok kat www.guatempurung.com. Memandangkan pada hari tersebut kami tiba pada jam 3+ petang, kami hanya sempat untuk mengambil pakej yang pertama iaitu yang leisure sahaja. Ralit juga kerana pakej yang dihajati tidak kesampaian.
Bayaran masuk / pakej Golden Flowstone adalah RM6 bagi dewasa, RM2.50 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk warga emas (kan dah kata sesiapa pun boleh masuk!). Last entry untuk pakej ni pukul 4 petang, jadi kalau sampai selepas jam empat memang tak boleh masuk dah dalam gua ni.
Sudah, jom masuk gua jom!
Eh????? |
Ok, jom kita masuk Gua Tempurung! |
uweeeeeeeeeee.... masuk-masuk dah impress okay! Ada ke masuk gua camni??? Ni kiranya pertama kali masuk gua yang boleh jalan dengan lalalalalalala *senang lenang |
Nahhhhh... Boleh tahan juga jauh jalan dalam gua nih... Turun naik tangga okay! |
Walaupun tempat dalam Gua Tempurung ini dah cantik, dan macam dah boleh jalan pakai baju kurung, pemilihan kasut sebenarnya haruslah sesuai kerana dalam ni mungkin licin. |
Maklumat tambahan : Tiada tour dibuka pada hari JUMAAT
.
8 comments:
omg!!! asal ada muka aku yg ada gmbr nampak tetek??? hahahah
melampau kan bleh pakai baju kurung? hahahaha!
gua ingat gua sampai bila pun takkan masuk gua tempurung tu.
gua ni sedara batman. takut nanti semua kelawar susah kena buat standing ovation
hehehe
lawa gak gua tempurung nih rupanya...
jon nih byk tul interframe...haishh
best jugak ye, nk pegi la :-)
next time aku p Gua tempurung nk try pakai heels 3 inci plak, nk test catwalk aku kekdahnya huhuhuhu
@John,
Yer ker?? Hahahhahaa... sik perasan kamek....
@Biqque,
Ha'ahhh... gitew gayanya pakai baju kurung pun bleyy.. Selising aa sikit kain baju tuh! Hahahahaha
@isabelle frankly,
Wow!!! tepaksa standing ovation gakssss.... *opsssss hahahahaha....
@k. Anash,
Saya tunggu kak Anash nak masuk Taman Herba nih... Bila nak datang nih????
@Nazrul Azat,
Moh le ke Perak. Tahun Melawat Perak 2012 katanya. Banyak lagi tempat menarik dekat-dekat situ :D
@Chawanna,
baju kurung dengan kasut sekolah atau kasut nike toreh pokok getah boleh... Selipar takleh... Kasut tinggi pun tak bley :p
Post a Comment