FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, November 10, 2011

2 * 3 = 26???? SaPeR YaNG AJoR Nie???

2 * 3 = 26???? Hahahaha aku pun tatau naper ni larr tajuk yang pertama-tama sekali muncul dalam kepala otak aku lepas dapat assignment dari Fatt...  Katanya jom tebas sawang!!!!!  Aku suka gaksss sebab sawang kat blog ni cam dah tebal je.... Hahaha nampak? Nampak??

Oppssss.... nak wat pengumuman sikit... 26hb ni ada Program Larian Ozon dan Karnival Rakan Alam Sekitar di Manjung, Lumut.  Jemput datang ramai-ramai ye :D *saper boleh cam aku kat sana, aku kasik hadiah jeng jeng jeng.....

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas


ErrrrRRr hahahaha… Namaku m@$n0N@. Kenapa jadi masMZ sebab aku suka nama penuh aku, panggil aku mas dan MZ ialah hujung pangkal nama ku sehingga huruf terakhir nama ayah ku. Kadang-kadang orang panggil aku KJ (KaKi JaLaN) sebab aku ni tak berhenti-henti berjalan. Memang pun aku tak reti nak duduk diam dan ada je aktiviti yang aku buat (jadi sesape nak booking aku, sila make it advance! Hahahaha giles kentang <- ni pun aku cakap sensiang kat semua kengkazen dan kengkawan aku! Huuuuu). I’m into almost everything…. Aku macam kepala blog aku, berjalan, panjat gunung, layan teater, jumpa orang, suka amek gambo dan aku juga bersukan (dah masuk event Standard Chart KL, Kenyir Triathlon, PD Triathlon, Penang Bridge etc.).

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?


Dunia travel?? Hehe… rasanya dari kecik dah selalu dibawa pergi bercuti, cuti sana, cuti sini kalau bukan dengan mak ayah, sah-sah aku kena culik errrrr aku sibuk-sibuk ikut makcik pakcik atau kazen-kazen pi cuti.. Tapi takat-takat naik Cameron Highlands, PD dengan Pangkor je. Lepas dari sekolah, duduk Kedah pastu ke Sabah pulak, lagi panjang langkah aku berjalan. Errr hurmmmm yang paling betul memula sekali masa tahun 1998 lar kot, aku naik bas dari kampung pastu naik komuter, naik bas pulak pi airport pastu naik bas lagi balik kolej masa kat Sabah. Masa ni fuhhh memang dah bajet macam traveller larrr kengkonon nyerr dan aku pun terus berangan lalalalala.

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?


Hahaha…. Rasanya tengah-tengah kot…. Ada masa kalau dengan kengkawan dengan family diorang tak suka benda-benda yang bersusah payah, jadi kena pi tempat-tempat sopink, pastu melawat tempat-tempat femes. Ada masa, kalau aku ‘bengong’ aku akan buat trip aku sendiri meredah berdasarkan map dan enchek google je (tapi solo-solo trip ni dalam Malaysia je larrr, wiNK~)

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency?


Lebih banyak pada backpacking dengan memandai sendiri. Tour agency pernah pakai masa pi Umrah-Jordan sahaja.

5. Siapakah travel partner anda?


Alamak!!!! Terglamer laksss orang tu…. Sekarang ni lebih banyak dengan Janggeltrekker kot har3x.  Yang lenlain, group panjat gunung ada 2 group, pi pulau pun ada dua tiga group..

 


Part II


6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?


2011, pergi Perth. Masa ni aku kerja tak sampai setahun lagi, lepas tu makcik aku tanya kalau nak pergi.  Dengan rakusnya, aku pun menjawab "NAK!" dan selepas tu membayarlah aku bulan-bulan kepada makcik aku itu selama setahun (lebey kot?!!!).  Weeeee sangat suka, first time terus pegi tempat mat salleh. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat main redah je.

Muka zaman 'jahilliah'
 
 7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
 
Perth, Australia (2001), Phuket, Thailand (2006), Saudi Arabia (2006), Amman- Petra, Jordan (2006), Bandung, Indonesia (2009), Bali, Indonesia (2011), Singapura (2011). Khatam pulau pelancongan terakhir kat Malaysia ni tahun 2009 (lengkap satu wishlist! :D).

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut


Kalau oberC tak pernah lagi. Baik pergi tempat-tempat yang belum pernah sampai lagi! Hahaha… Apapun, tempat yang aku boleh katakan ripit tiap-tiap tahun ialah Sabah mula dari tahun 2001. Tahun ni je aku takde kesempatan nak pi sana (ohoooiiiiiii sedeyyyyyyyyy).

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Nak pergi Mekah lagi!!!  Kali ni kalau boleh aku nak pi tunaikan Haji pulak... Sangat berharap!
Masa pergi umrah dulu, tak dapat ambil gambar kat Masjidilharam (dilarang).


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan


i) Vietnam – opsss mintak2 bos tak tahan!!!!!! <- hapdet, sok aku nak pi sopink! hahaha ikut jejak k.Anash MIA dari opis.....  Dah lama ngidam nak pi Ho Chi Min :D Hi HCM!!!!
ii) India - walla seriously tak sabar!!!!!!!
iii) Korea – Nak! Nak! Nak!

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti


Kena kejar anak anjing masa kat Phuket.. Haduiiii naper lar tempat ni banyak nau anjing! Malam tu tengah tengok-tengok barang kat street tiba-tiba terkejut anak anjing tu muncul. Bila anjing tu ‘barking’ dan start lari, aku pun lari jugak larrr… Yang kelakarnya aku sorang je yang lari dan aku lari pusing sebiji kereta je kot, pastu aku intai dia dah ter’lost’…. Muahahahaha terror tak aku!

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti


Buruk?? Errrr scary boleh??? Masa tu aku bertravel pi Sabah sensorang. Duduk backpackers place, almaklumlarrr takat nak tido je watpe nak duduk tempat mahal-mahalkan??? Malam tu aku balik bilik sebelah tengah buat ttttttutttttttt kot, kemain kuat bunyi nyerrrrrr (owhhhhhhh tak yah larrr aku citer). Tido tekup telinga dengan bantal pun ter’dengo-dengo’ lagi… Hareemmmmmmmmmmmmm…

Ada sekali tu jugak aku pi Sarawak sorang jugak untuk attend miting a.k.a berjalan2 (sambil selam minum ayor). Bos aku dua orang dah gerak dulu, aku pergi lambat sebab ada exam. Aku tertinggal flight tapi bukan sebab lambat sampai airport yerr, tapi sebab flight delay, lepas tu aku tak dengar… Lambat aku tahu, so tak sempat nak tukar flight.. Sebenarnya hari tu aku ambil flight pi Kuching dulu baru pi Sibu sebab dah takde flight lain dah masa tu… Sebab dah delay kat KL, aku terpaksa larr gudbye flight pi Sibu tu. Seb baik, flight yang terlepas tu dapat ganti sebab salah diorang gak dan dapat lar penginapan free kat Kuching… Yang terlepas flight ngan aku ada seorang lagi Sarawakian, sok pagi dia yang set pukul berapa teksi amek bawak g airport…. Aku suh awal, katanya takpe lambat…. Nyaris2 lagi aku tinggal flight!!!!! Hareeemmm jugak!!!! Citer aku untuk trip ni memang memanjang malang aaaaa… Aku balik lambat dari bos-bos sebab nak jenjalan, hari akhir balik hotel nak ambil beg, orang2 pakai serban, kopiah bagai ada depan pintu bilik aku! Cesss nak check aku wat maksiat kottttttt…. Scary!!!! Seb baik aku memang takat nak pi amek beg je… Hurmmmm tak citer lagi masa aku g jenjalan tepon kena curik!!!! Sampai kl, nak balik tatau macam mana leh jatuh pastu gigi siap patah lagi…. Tatau larrr trip yang malang ke atau aku yang tengah suweiiiii masa tu… Fuh fuhhhh kesat peluh!!

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?


Mana yang ada orang rekomen atau suh cari tu memang aku cari larrr… Hahaha… Salah satu tempat yang banyak benda aku cuba masa kat Mantanani, Sabah (alamak! soalan luar negara yer??? gagal satu soalan!  Terprepare kat sini punya lakssss... T aku tukar, hahahha)

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya

Kahanga panggang – kahanga ni sejenis siput yang ada jari (pepandai je aku kan?! Har3x. Tak sangka siput yang lawa ni boleh makan. Siput ni memang fresh sebab tangkap bawa balik pastu terus panggang. Tekstur siput ni liat-liat dan rasanya masin-masin gitu.

Teheh-teheh – namanya dalam bahasa ubunian. Rupanya lebih kurang macam landak laut (macam je). Teheh-teheh ni lepas dibuang isi perut, masukkan beras lepas tu rebus. Bila dah masak dapatlah pakej nasi dengan lauk sekali iaitu daging teheh-teheh nih.


Tahai – inilah biskut yang paling berlemak yang aku pernah makan. Diperbuat dari kelapa parut muda campur tepung, gula dan garam pastu bakar… Uiiii memang sedap!!!!


*semua makanan ni, aku tak pernah jumpa kat tempat lain kat Sabah




Part III


15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?


Kalau orang yang kenal aku, biasanya akan terkejut jugak kalau tetiber aku bawak handbag sebab memana aku pergi biasanya aku memang pakai backpack (sekarang je aku baru reti pakai handbag, cesss berani diorang kutuk aku!)… Beg troli ala-ala Akademi Fantasia tu aku pakai masa pi mana erk??? Hahahaha mungkin masa pi konvo dengan pi kursus kot, dah ber’jaman’ dah tak pakai beg tu, huuuu.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan


Biasanya beg Deuter merah ni yang aku bawak pi berjalan... Ke hutan ke, gunung, ke pulau, ke mana-mana je larr yang aku pergi / yang mana sempat.  Beg ni aku beli masa akhir 2008 rasanya, sebab musabab yang utama sebab aku nak masuk hutan Belum.  Bagpack yang sebelum ni yang aku pakai panjat gunung jenis cap ayam, macam nak patah bahu aku ngangkat dan dah nak terbarai dah.. Beg Deuter ni dah ikut aku masuk Belum, rumah panjang kat Sarawak, Bandung, Bali, pulau-pulau...  Ada satu poket kecik kat depan dia aku letak bantal comel aku (hahahaha).


*sila abaikan beg yang lenlain tu
**gambar kedua van penuh lepas shopping kat Bandung

haaaaaaa ala tomeiiiiiiiii

hah saper berani nak pegang bantal tomei aku???? hahaha

 17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti


1) Buku nota kecik;
2) Pen;
3) Kamera
*semua ni bukan takat bercuti, tapi memana aku pi pun aku bawak. Tak caya leh pekse beg aku sekarang! Muahaha

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe


1) Laptop (No! No! No! Tak kuasa nak jaga dan berat.  Baik pergi cyber cafe);
2) Make-up (biasa kalau dalam hutan, muka aku amek gambo lawo je hahaha bajet perasan);
3) jam (jarang benor aku pakai jam)
 
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)


Biasa walau macam mana pun, memang aku akan curi masa untuk tulis journal (sesi mengadu domba kengkonon nya, tapi biasanya tulis pasal tempat yang aku pergi) dan seharusnya mengambil gambar.
 
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?


Bergambar itu harus, biarpun terpaksa amek gambo sendiri. Lalalalala mak tak kisah orang nak kata apa pun!! Huuuuuuuu

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



yang pasti gambo aku harus ada 'pistol', berlakon, berangan dan lompat-lompat! Hahahaha


ni gambar yang sempat aku jumpa

naik bas boleh, naik bot boleh, naik kapal terbang pun boleh... ini kan pula takat kayuh beskal sambil tangkap gambar sendiri! Hihih

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?


Fridge magnet!!! Sedaya upaya aku akan cari juga sampai berjaya! Selain dari tu, aku juga akan beli poskad yang ada tempat-tempat menarik kat tempat yang aku pergi tu….

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?


Ado… Yang penting sekali untuk famili. Pastu kengkawan yang selalu bagi souvenier dan memana yang teringat je hahaha…. Dulu-dulu aku rajin bagi kat semua orang, tapi sekarang ni bila dah mengamalkan bajet travelling, maka kos-kos tambahan tu pun dah kena potong… Hahaha ampun!
 
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?


Kalau dah tak jumpa sangat fridge magnet, aku akan cuba cari key-chain atau benda-benda comel yang sepesel kat tempat tu…

Part IV


25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)


i) Jordan – lelaki Jordan (cam tak ada menda lain yang aku nak pilihkan?!) kalau yang ada umur tu ada dua tiga orang yang agak concern bila tengok perempuan-perempuan yang pakai seluar.. Diorang cakap "women cannot wear that", tapi kalau yang memuda boleh tahan gatal nyerrr....  Siap boleh pujuk rayu ajak kahwin dan stay kat sana... Adoiiii mak rasa cam nak fengsan!!!

ii) Bandung - 

Tabah paksa rela????  Macam mana diorang boleh bawak kereta dalam keadaan yang sangat 'macet' (jammed)????  Kereta kiri kanan depan belakang ada beza sejengkal dua je *fuh fuhhhhh tobat takkan bawak kereta kalau kat sana.... Mari kita cari supir je....  

iii)  Sabah - suara orang sana kebanyakkannya 'lemak-lemak' dan manja-manja gitu... Hahhaaha.... Bila dah dengar suara dan cakap macam tu, memang terasa orang kat sana memang ramah....

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel


Saya berangan satu hari nanti saya dapat berjalan pusing-pusing donia dengan seorang yang bernama suami. (Fuhhhhhh ala-ala romantik susah senang bersama melihat donia :D wiNK~)


Soalan Bonus :

Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)

Hahahaha.... yang aku suka duduk dalam pasport lama, t aku amek gambo nyer.... ada 2 yang paling aku suka.  Satu cop yang ada tulisan ala-ala pokok tamar satu lagi cop yang ada tulis 'pas pelajar' masa aku studi kat Sabah... muahahaha....Tungguuuuuuu.... (alamak! rasa2 tak sempat nak cari larrr... keje tak habis lagi! mao habiskan keje cepat, packing dan cha-alip-bottttt Kolumpo dan cuti2... ampoonsssssssss)


Hopppppppsssssss acilut at at.... terpaksa larr bagi yang lain sebab tak sempat nak cari pasport lama.... Pepun, masa gi Sabah sekali tu, tatkala orang lain sibuk-sibuk isi borang kat kaunter aku terus je hulur pasport merah aku kat imigresen.  Melampau tak??? Muahahaha.....  Masa ni saja cop sebab nak mengimbau 'jaman' dulu kala, mana aaaaa letak pasport lama tu??? Huhuhu..... Korang ado cop melawat Sabah???? Har3x




37 comments:

Fatt said...

ok mas, aku dah baca sepintas lalu. nti tlg letak link ni kat blog aku. submit kat entry yg ada soalan tu yek.

ko confuse dgn soalan #9. soalan tu request ko list nama TEMPAT YG INGIN DIULANGI...bkn tmpt yg INGIN PERGI. so aku rasa ko boleh amend jwpn utk soalan tu. aku rasa ko confuse dgn soalan #10

gmbr tu ko enlarge skit eh..aku tak brp nak nampak esp makanan2 tu..aku nak tgk rupa makanan tu...gmbr ko yg lelain tu pun ejas kasik besar skit. TQ

last but not least, ok aku dah tau..ko dgn janggel ni couple rupanya....hehehehe....bagus2..senang bleh jalan sama2 klu dah kawin. aku doakan korang kawin tau! jemput aku nanti :D

nanti aku dtg balik utk review...TQ mas sbb spend masa jwb questionnaire ni :)

MasZuber said...

name kite sama! :-))

gambo ko pakai baju kurung kuning dan kain batik tutup kepala tue memang "Kelasssssssss" terbaek!

owh janggel tue scandal ko rupanya! ;p

just.HY said...

@MasZuber
kannn!!! gmbr dia yg pakai baju kuning tu mmg sebijikkk mcm zaman pendekarr! hang buah gitu! hahahaha....

Ren said...

Ehem ehem,...nama wa disebut disitu!

Ely Hasrul said...

slm,

hahhahahaa okeh sori tiap kali baca entry org sure nk gelak hahahhaha.. ngapa sorg aje yg lari ke anjing tu xkeja sesapa.. hahahhaha

gambo dh cam puteri gunung ledang, kalu buat muka serius kompom cam bunian haha

Anash said...

MasMZ,
akak dah lama tau deme nih kapel....
bukan kapal
maupun sampan...
(err..apa citer nih?)
Janggel, sila la tersedak..heheh

kemang~ said...

gambo baju kuning dgn kain batik tu.... i like !!!! haha


skandel ngan janggel ehh!!! ;p

kantoi, haha..

Fatt said...

john,
HANG BUAH? HAHAHAHA...kuang hasam! aku dah terkekek2 sorg ni ok..kul 4.15am ni...kang org ingat ada ponti plak...tp mmg sumpah lawak..kalau sape baca laju mmg tak perasan. intentionally eh? :D



kak anash,
tu dia kak anash buat statement melodi. nti kena buat press conference dorg ni..so maknanya pasni yg masih solo just kemang, john & shahrul...aku main teka je ni. kalau dah berpunya sila keluarkan statement okeh!

depa diam je ni kak..cane ni kak?

Fatt said...

amboi siap ada iklan larian ozon lagi. hahaha...klu dpt cam ko dpt hadiah apa? ceciter...

okla kali ni aku nak review...dah 3x aku ni..ekekeke..sori naaa lambat. aku penat berlari dari 1 blog ke blog lain...huhuhu


1. resume ko mmg memberangsangkan. mcm D.O. bleh tahan bizi ye ko..ektip pun ye..iskk

2. gile dasat perjalanan ko nak balik kolej. ni cerita masa kat matrik eh?

5. tang ni aku tersedak...tak ku sangka buah cempedak dah jadi nangka...aku blum penah lagi jumpa kapel yg suka travel..yg kawin tu dah biasa la..tp apapun, selamat maju jaya. kenduri jgn lupa jemput :)

6. 2001 ke 2011? aku rasa ko typo ni. aku tertarik tgk gmbr ko pegang kangaroo kat padang tu..ni jenis liar ke camne? sbb selama aku jumpa yg tepi2 jln ni sume pakat lari bila nampak manusia..tp mmg comel kan kangaroo :)

8. ripit takpa tp jgn sangkut org sana sudah..nanti ada org tu nangis...hahaha

9. ameen~

11. aku rasa ko dgn pakwe ko ni mmg dah kena aim dgn anjing le..dulu aku lupa dlm entry mana tah dia ckp anjing kejar dia. so aku assume mmg korang ni muka wanted! hahaha

12. cerita ko yg #2 tu mmg sadis. tp part tetiba ada pegawai pencegah maksiat tu kecut la jgk sbb tetiba dok dpn pintu. so pastu apa cerita? dorg masuk buat lawatan ke mintak maap pastu blah? tp mmg sume ni berlaku dlm 1 trip yg sama la ye? klu sebegitu la yg dimaksudkan..mmg sadis

13. soalan ni general...jawapan ko counted

14. ok, sume makanan ni aku tak penah dgr lgsung. pendek kata mmg alien habis. yg teheh2 tu paling aku takleh bayang nak telan camne sbb berbulu cam sabut kelapa...bleh telan ke? tak tercekik? nti kalau pi sabah lagi sekali aku nak cuba pastu verdict..aku mknan pelik2 ni mmg aku suka nak cuba

15. aku tau nape ko pakai henbeg...sejak ko bercinte! kih kih kih...

16. mana bantal comel mu ittew?? sila tayang! hehehe

17. aku percaya!

18. #2 - ok aku nak pitam
#3 - sama je kome pakwe makwe

21. ko nak ganti inspektor sahab eh? HAHAHAHA....

oi takleh blah gmbr bajet puteri gng ledang tu...over tau! hahaha

25. #1 - yg ajak menikah tu muka senonoh ke stok kena tekup bantal baru ok?
#3 - bahaya tu..manja original ke pelesu?

26. kelempang! kelempung! *sound efek kompang*

soalan bonus - aik, dua2 cuti ni...hahaha...apapun semoga berbahagia hendaknya...cewah! nti update mana yg lobang tu ok! :D

isabelle said...

nasib baik 26hb nanti anniversary ktorg, kena gi jerantut.
kalo x, harus le i yang sapu hadiah sebab berjaya identify u. muehehe.

oo..perth dah smpi. sila doakan scholarship utk pegi obersi tu dpt, nanti buleh kome gi jenjln lagi

Biqque said...

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOO NI LA MUNGE SI JANGGEL YEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

terus nyanyi "kompang di paluuuuuuuuuuuu pengantin baru!"

ha masukkkk! masukkkkk! ewahhhhhh!

kemang~ said...

biqque !!! i like !!


aku terima nikahnya MasMz dengan mas kahwin tiket kapal terbang gi honimun hawaii !! hihhi

Ren said...

Ei tak baik tau gosippppppp sian aku saham jatuh......:(

Biqque said...

kemang, silap tu...

aku terima nikahnya MASMz dengan MAS kahwin tiket kapal terbang MAS gi honimun ke MAScau, MAScedonia, MASdagascar, MASlawi, MASldives, MASritius, MASxico, MASkistan, MASgolia, MASrocco, MASzambique, MASyanmar (tetiba sume negara jadi MAS hahahahaha!)

ala janggel, leh errrrrrrrrrrr...ko tau tak, ada gf/bf lagi menjadi pojaan? tu tak kira jadi laki/bini orang lagi tu! haaaaaaaaa...don't play2...

Anash said...

Janggel,...eh silap...MasMZ,
hehehehe...
akak gelak lagi...
ramai betul blogger mendoakan nih...
Janggel, sila lap peluh di dahi..
hehee

masMZ KaKiJaLaN said...

hahahhaa.... jap yerrrr.... pagi nih yang aku ado nak melompat-lompat blog... kalao sempat, ado larr ripit paper nih.....

Lalalala dah check in nak pi jenjalan untuk sopinkholik (pink ~ kemang! hahaha) di tutttttttttt (tempat tersenarai)... hehehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@maszuber,

har3x...... ado yang terkonpius jugak kita nih eh......

@maszuber, john, ely, kemang,
kan?! tetiber blushing~ muahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

@ely,

diri ku ini sememangnya buk fobia anjing!! owh nooo noooo noooooo.. masa tu bukan takat terkejut, siap bertentang mata! Seharusnya selogik akalnya, memang anak anjing itu kejo aku.... orang lain pandang je aku main aci kejo dengan dia. Fuhhhhh sungguh memalukan tapi tetap kelako.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Janggel,

ehem hemmmm.... hahahaha

@k.Anash,

haip... kuar kang gambo baring tengah jalan!!! hahahahaha errrrrrr

masMZ KaKiJaLaN said...

@isabelle n Fatt,

saper dapat cam aku kat sana, ermmmmm aku bagi pakej produk femes kat sana aaaaaa..... kena aaa datang jenjalan sana dulu....

@ isabelle,

ko disqualified aaaaa sebab dah kenal :p Aku memang doakan scholarship dapat sebab aku nak jenjalan kat sana lagik! hihihihi.... copek aaaaa

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

Errrr ehhhhh banyak gak tempat nama Mas erk?!!!! hahahahaha tatau tatau tatauuuuu *mana mao tutup muka nihhhh..... saham saham sahab inspektor sahab wiNK~

masMZ KaKiJaLaN said...

@Fatt,

1. Sejak bulan lepas, tetiber aku berangan nak jadi Dato'... Almaklumlarrrr bz kekadang ntah hape2 nyer cikaru, alang2kan! <- giles kentang

2. Matrik kat Kulim, turun naik bas dua- tiga kali je... tapi yang mencabar masa belajo kat Sabah... balik sana sendiri-sendiri dari kampung :).

5. HAhahhaa teman se'onar'

6. Tahun 2001... Gambar ni masa kat Lucivelle, dapat duduk farmstay... Kangaroo ni memang asyik mengekor kitaorng je... sampai sedih teramat nak tinggalkan tempat nih.

8. Nanges??? Hihihi... Jauh sangat kalau lekat dengan orang sana :)

11. Pasrah.... Pepun hero tetap ku tolak ke depan... erk??? herokah??? har2x

12. Citer no 2 tu memang dalam satu perjalanan... Dari mula pergi sampai larr balik kolumpo... Memang sadis... Yang pakai lebai ketayap bagai tu bila aku datang, diorang pun bersurai... Tatau larr kot sebelum tu diorang dah sepuluh jam ketuk pintu tapi tak bukak2... Hihihi

14. Yang macam sabut tu bila nak makan kena kopak dulu... Pecahkan pastu kopak... Diorang cakap, kalau nak sedap, lepas masak biar semalam baru rasi rasa nasi dengan teheh-teheh tu....

15. hahaha salah!!! sebab aku kena paksa dengan kengkawan aku bila aku kena pindah epo... apapun backpack tetap aku pakai, tapi henbag aku memang terpaksa bawak jugak sebab kang kena pi miting, tak lojik larr pakai bagpack kan?!

16. baik, comel tauuuuu.... aku letak. aku letak.....

17. Hahahaha

18. #2. jom pitam sesame....#3. Pengaruh konsert SUJU a.k.a Super Junior.....

21. teringin gak ganti inspektor sahab tu beb!! dah tua dah, patut diorang amek aku yang berlakon kan!?! Gambo yang pakai kain batik tu gigih aku bawak panjat Jelawang sebab nak amek gambo untuk raya haji, kengkonon nyer.... hahahaahaha

25. #1. senonoh, encemmmm... gambonyerrr aku pun tatau save kat mana. #3. yang betul Fatt... sebab tu aku rasa ramai yang leh sangkut dengan orang sana... Hahaha #2. terus tuka sebab nak cepat jawab

26. Ameen...

Lily Riani said...

u dah penah gi jordan, jeles tahap gaban!!!!

ish! biq, negara2 yg u mentioned tuh on top and above 198 ctry in the world ke? ehheheh

Ely Hasrul said...

laaa xde kenduri ropenye kt sini.. apesal tak jemput.. aku sanggup dtg walaupon kena beli teket MAS hahahhaa

Anash said...

MAsMZ
hep..tang MIA tuh, jgan le menjadi ikutan...tak elok..akak je yang leh buat..hahah
btw, ke mana tuh???
(kepochi..)

Anonymous said...

K.Anash, skrg kat lokasi tuttttt... Hahhahaha ada je hint kat atas tu... nak wat caner sbb sbnornya tak boleh nak cuti time ni
~masMZ

Anash said...

MasMZ,
semoga menang...(tetiba..)
heheh

Ain Mardhiah said...

salam ziarah akak tuan rumah...

*tetiba excited nak komen sebab ada mention jordan*

first and foremost, akak memang sangat tepat ah pasal jordan tu. ramai giler kot ajak budak pompuan sini kawen. hehehehehe... bukan apa, sebab budak malaysia ni kat sini semua sopan2 baik2 lembut2 ayu2 even muka takdelah boleh kalahkan pompuan jordan. ;p tapi yang bab seluar tu, sekarang tak de la diaorg bising sgt pun rasanya. ntahlah. ada sebilangan je kot lagi yang still kata macam tu. wallahualam.


meh la datang jordanlagi ^_^

aharis said...

Salam.

Ada maklumat lanjut pasai Larian Ozon dan Karnival Rakan Alam, Lumut pada 26Nov ni?

Borang, telepon or website?

Haris

Fatt said...

aku terjah lagi. aik bila masa ko tambah gambar? bagussss....cerah peluang utk menang...hihihi

xplorer said...

Masmz-gambo ekau dengan janggel dalam hutan pakai baju kebangsaan dalam hutan mmg klasik ler.sepanjang idup aku selama 23 tahun ni , itulah gambar yang paling kelakau pernah aku tgk . Bila aku tilik aku nampak ada keserasian , hhmmm bila nak nasik minyak ni? Jgn biar terlepas nanti melepas.dan seperti entry kenyir yang dulu , disini beta ingin mengumumkan bahawasanya jika beta menerima jemputan ke majlis ......... Korang berdua , 1 night hotel accomodation beta akan sponsor.sekian, amacam janggel n mas , brani tak sahut cabaran

masMZ KaKiJaLaN said...

@Lily,

Hihihi.... rezeki dapat pergi sana. Macam tak sangka juga :D

@k. Anash,
hahahaha vote larr saya... ahaksssss hahahahahahahaha (sambil2 tunjuk peace)

masMZ KaKiJaLaN said...

@Ainul,

Selamat datang Ainul. Wahhhh studi kat sana ya?!!! Ramai jugakan student kita kat sana dengarnya :)

Seronok juga jenjalan kat sana, banyak tempat boleh pergi semuanya historious dan istimewa. Kat sana hari tu sempat ke Petra, Ashabul Kahfi dengan menerapungkan diri kat Laut Mati.

Pasal kena lamar tu selain dengar dari kengkawan, rupanya diri sendiri pun kena! Wow! Haha, haduiii.....

psst : berapa lama lagi kat sana???

masMZ KaKiJaLaN said...

@aharis,

Larian ni dah dibatalkan. Tinggal Karnival sahaja.. Dibuka kepada pekerja industri / kilang di Perak.

masMZ KaKiJaLaN said...

@xplorer,

Aku pun suka gambar tu *wiNK~

Sehari je ke???? Hehe....;)

langkah kaki.. said...

salam kenalan n salan kaki jalan., eh? hehe.
suke panjat gunung jugak er?? =) best best..
er..makanan tu mengerikan..T_T. tgk pon dah x sanggup makn.. x lei masok fear factor sungguh..T_T. first time tgk mmg trus nak makan ker??wiw.. sungguh tabah.

masMZ KaKiJaLaN said...

@langkah kaki,

salam kenal dan selamat datang :D

Panjat gunung, suka!!! Bau hutan, lagi sukaaaa!!!

ngeri? Hihi.... tak ada larrr, biasa je... Bila siput tu dipecahkan, rupa dagingnya macam sotong yang bewarna kuning cair je. Yang teheh-teheh tu pula, rupanya macam tempurung kelapa... :D