FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, May 5, 2011

PerJaLaNaN Ke SeLaTaN : DaY 4 (PuLaU SeNToSa)

Awal pagi, kami keluar dari hotel dan bersarapan di Terminal Bas Larkin sebelum menaiki bas ke Singapura (hehe dua hari in the row!). Pengalaman hari sebelumnya mengajar kami supaya makan siap-siap dan untuk memudahkan perjalanan dan menjimatkan kos, kami tapau sedikit makanan untuk dibawa bersama.

Ayuh, jom kita!!

Nak pergi mana hari ini??

Sentosa Island!! Yeahhhhh, lets go!! (eh, tiba-tiba ter'speaking' London laksss, ngeee).

Sesampai di stesen MRT North South (Merah) Kranji, kami terus menuju ke stesen Orchard Road. Ermm ada apa hal erk??? Hehehe... Sebenarnya semalam dah berkenan dengan satu beg kamera yang baru sebab beg sedia ada dah nak lunyai diangkut merata-rata. Selepas membeli beg idaman, kami kembali menaiki train ke Dholby Ghout sebelum menukar train North East Line (Ungu) ke Harbour Front.... Maka, sampailah kami ke Vivo City sebelum dapat menaiki train yang terakhir untuk sampai ke Jeng Jeng Jeng...... suspenssssss....

Yippie dah nampak!! Dah sampai dah ya?? Ngeeee.... Jom kita meronda dalam Sentosa Island (^^,)

Antara benda pertama yang menangkap pemandangan mata ku.... Wow weee mewahnya kalau mendapat candy sebegini banyak!!! [keterangan : yang bergantungan itu bukan candy sebenar... ishkk tipah tertipu!]

Kejap! Kejap! Nak bergambar! Tolong ambilkan!

He'eh nak pergi mana??? Kasino??? Takmau! Takmau! Eh boleh ke?? Hahaha

owhhh tempat idaman untuk dimasuki... Kerana perancangannya lain, cukuplah untuk hari ini kami bergambar sahaja di mercu Universal Studio Singapore tanpa memasuk ke dalamnya. Info harga pass untuk satu hari ialah S$66 pada hari biasa, dan S$70 pada hujung minggu bagi pengunjung dewasa. Harga yang lebih murah ditawarkan kepada kanak-kanak dan warga emas yang berumur 65 tahun ke atas.

Sambung jalan-jalan kami sampai di The Merlion (Merlion Plaza). Tidak juga kami masuk kerana sudah memadai bergambar dari luar (jimat kos! haha). Jika tidak, boleh juga bergambar dari dalam mulut Merlion ini iaitu pada ketinggian 37 meter tinggi..


Melalui Imbi Lookout Point nampak sesuatu yang menarik. "He'eh tak kasi can langsung! Garang bapak burung tu!" [Ehem, bergaya dengan bag baru!]

Butterfly Park, nak masuk ke tak??? Errrr....

Jom main air! Erk? Dalam wayang ni ke??? Errr jom arrrrr....

Yes!! Hari tu kami menonton cerita Pirates dengan harga tiket S$18. Terdapat juga harga istimewa jika mahu menonton 2 cerita yang berlainan. Best!!

Salah satu tarikan di dalam Sentosa Island iaitu Images of Singapore. [catatan : bergambar kat luar sahaja]

"Nak tengok juga laut di Singapura, jomlah!" Maka, sampailah kami ke Siloso Beach.

Cewahh! Ala-ala baywatch, tapi mananya??? Ada juga orang mandi kat pantai ni ya... Ermmm macam tak percaya.. Sebab apa???

Sebabnya?? Betul-betul berhadapan dengan Pantai Siloso ini ada banyak kapal-kapal yang berlabuh. Huh! [sambil geleng kepala dan fikir, "Kebalnya kulit mereka!"

Dah. Dah! Jom keluar. Nanti semua orang balik kerja, train penuh, jalan jammed.... dan yang paling akhir, nak balik Kuala Lumpur!! Aiyaya...

Ermmm... (lagi!) Betullah nak kena balik ni ya??? Cuti dah habis ke??? Iyalah, jom. jom! Dah naik train, tunggu bas pula untuk ke Woodlands dan seterusnya ke Terminal Bas Larkin.

Adeh, habis sudahkah Perjalanan Mencari Selatan ni???? Ermmmmm..... gitu lar nampaknya.... Terima kasih yang teramat buat encik Janggeltrekker (yeap, tercapai juga cita-cita), Abu Zuhair sekeluarga dan teman-teman di Johor Bharu yang membantu merealisasikan Perjalanan Mencari Selatan ini...
Janggel, thank you so much for making this possible :D

3 comments:

AieSha said...

fuh, mmg puas bercuti ni... ;)

masMZ KaKiJaLaN said...

sakan! ngeeee :)

masMZ KaKiJaLaN said...

hahaha.... ha'ah sakan!!!!