FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, May 22, 2011

LaRiaN HaRi KePuTeRaaN SuLTaN AzLaN SHaH 2011

Wowweeeeeee..... Setelah sekian lama tak berlari dalam event (erk? training pun sebenarnya dah lama ditinggalkan! huaaaaa), akhirnya kesempatan itu muncul juga...

Pagi ini sebelum Subuh dah gerak ke Kuala Kangsar. Teman nak berlari di Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah 2011, huuuuu.... Gile teruje, tapi nerbes tak tahu nak cakap macam mana! Bayangkan last event yang teman (loghat Perak ler yer hari nie!) masuk tu masa Penang Bridge Marathon masa tu bulan November! Ater tak keje gile namanya? Training pun memang haram sebab sibuk ya amat dan tak ada orang nak paksa pun! Maha bosan training sorang-sorang kat padang dan pusing sampai sepuluh pusingan....

Hari ni teman berjaya menghabiskan larian 14km dengan masa 2 jam 20 minit (kot?! Gagal sungguh timing teman kali nie.... Yang penting sampai sudah). Trek boleh tahan tersangatlah mencabar kerana asyik mendaki je. Flat road muncul kejap-kejap dan pendek je, tapi bila part mendaki amboi macam tak ingat.... Kalau kat Bukit Chandan tu dah memang sah-sah dah mendaki, nak keluar pun rupanya mendaki juga ikut kawasan perumahan pulak.... Huuuu nasib kaki tak buat hal :) Apapun, i enjoyed da run... SUKA! ~WiNK~WiNK~

Jom ikut teman lari (ehhhh????)

Sekitar jam 6.45 pagi

Dengan kengkawan dari Shah Alam (yeayyyy)

Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah tiba pada jam 7.00 pagi

Persembahan kompang di stesen yang pertama.. Di beberapa stesen lain, ada persembahan gendang Cina, India.... Suka dan membangkitkan semangat!!! Tak pernah jumpa event yang macam ni :)

Melalui jambatan (mendaki, fuhhh)

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Istana

'Istana Adabi'

Larian dah selesai.... nerbes lain pulak!

Ishkkk lagi nerbes

Sangat nerbes! Ampun Tuanku..... Huuuu

:)

Yeayyyyyy..... tuaian hari ini.... medal 'labu sayong' 14km finisher....
Suke teman! Hihihi

No comments: