FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, July 6, 2010

SuRaT SuDaH Di TaNGaN - PeNeRiMaaN???

Akhirnya segala tanda tanya terjawab juga pada hari ini. Segala khabar angin dimatikan dengan serta merta.

Bos Besar datang masuk bilik sambil menghulur surat, "Congratulation".

Aku mengambil dengan perlahan. Aku sudah tahu isi kandung surat tetapi konsentrasi ku pada kerja yang perlu disiapkan dengan segera... Menyambut surat dan membaca. Bos Besar keluar dengan muka ayam hilang anak (over ke ayat nih??? sebab hutang kerja aku dengan dia banyak lagi kot! "Sir, jangan risau. Saya yang risau kerja-kerja ni tak siap.. Saya nak cuba minta tangguh" <- ni aku cakap dalam hati). Bos Besar mesti risau sebab tiba-tiba dia hilang dua anak buah serentak (aku dan seorang lagi kawan). Kalau nak kira, selepas Bos Besar, ada sorang kerani lepas tu aku larr yang paling lama duduk kat tempat nih. Ada kerja-kerja aku yang orang lain tak pernah usik, buat sendiri jalan sendiri. Ermmm.... Siaplah siapa nak kena sambung kerja aku nanti!


Dalam masa yang sangat suntuk, minggu hadapan aku perlu lapor diri di utara tanah air. Ya, mungkin aku pergi lapor diri saja dulu dan kemudian minta ditangguhkan sehingga hujung bulan. Ahhhh, nak kena mulakan kehidupan baru pula. Siapa yang ada kat sana??? Setahu aku WO je yang ada! Yang lain-lain dah tak available... New friends, tempat baru, banyak yang nak kena sesuaikan ni.... Moga semuanya dipermudahkan untuk aku.

[sedang kawan-kawan bergembira untuk aku, aku sendiri masih belum ada perasaan yang jelas.... Apapun, yang aku bersyukur atas tawaran yang tidak disangka ini]
Post a Comment