Hari ini dua kali aku menulis ya! (yang tengah taip ni, taip kali kedua sebab yang tadi tiba-tiba hilang dan tak dapat nak tarik balik! Em!). Hahaha, mungkin mood menulis sudah datang balik! Jika tadi aku menulis dari dalam kelas, kali ini aku duduk mengarang di MacD Bangi. Bukan lari kelas ya tapi rehat tengah hari yang terlalu panjang! "Apa mau bikin?", tanya pada diri sendiri. "Cari tempat mandikan keretalah! Kasihan dia dah lama tak mandi. Padan juga sekarang pandai merajuk-rajuk dengan aku!".
Dalam perjalanan ke lokasi yang sesuai, aku melintasi kawasan kampus. "Ahai, pelajar-pelajar baru! Minggu orientasi nih! Bagusnya kalau aku masih berstatus pelajar kampus!".
Sesampai di pusat pemanjaan kereta, ditanya si Tukang Cuci "Kakak, polish tak mau?". "Tak mahu. Kasi mandi saja sampai kilat. Kalau ter'over' kilat, nanti orang tak pandang pemandu laksss!" (ok! ayat yang terakhir tu, ayat dalam hati aku je yer!).
Duduk di MacD Bangi menjamu sundae cornetto strawberry sambil menulis. Dalam beberapa minggu ni memang tekak asyik minta aiskrim je. Dalam tempoh sepuluh hari ini, dah empat kali aku makan aiskrim. Dan ini, aiskrim aku yang kelima. (ada sekali tu aku makan dua aiskrim berturut). Aiskrim yang aku idam-idamkan ialah aiskrim 'doulu-doulu' yang duduknya dalam bekas kertas board (sekarang dah tak ada!). Apa beza rasa dengan aiskrim dalam bekas plastik? Feel dia!!!! Sebagai galang ganti, bagus juga kalau dapat aiskrim 'mewah' dalam bekas kertas board yang besar. Duduk makan sorang-sorang pun layan! Tapi.... kalau makan berteman (aiskrim masing-masing, tapi aku leh curik rasa orang lain punya!), walla lagi best giler!
Aku tahu Man nak belanja aku dengan Sha makan aiskrim mahai. Yippie! Bila eh? Sempat ke tak??? Alahhhhhh.....
Aku tahu RChn pun nak belanja makan aiskrim sebab menguruskan pendaftaran team relay kami dan team gelap yang RChn pandai-pandai jadi manager... Wahhh tak kira! Tak kira! Camne nak jumpa RChn?? Hujung bulan masa event??? Lamanya lagi!!
Aku tahu RChn pun nak belanja makan aiskrim sebab menguruskan pendaftaran team relay kami dan team gelap yang RChn pandai-pandai jadi manager... Wahhh tak kira! Tak kira! Camne nak jumpa RChn?? Hujung bulan masa event??? Lamanya lagi!!
[Ada sesiapa lagi nak belanja aku aiskrim]
2 comments:
Huh makan aiskrim Mcd bukan nak ajak aku!!!!
Ngeh ngeh... Mana sempat nak bagitau... Pe kata nanti lepas berbasikal???
Post a Comment