FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, July 28, 2010

BoSaN TaK BeRNYaWa

Ini kali pertama aku menulis selepas aku berhijrah di tempat baru. Aku masih lagi berjuang untuk menyesuaikan diri dan mengadaptasikan diri aku di sini supaya aku menjadi sebahagian dari tempat ini. I'm struggling to move on! Damm! Semuanya baru di sini. Aku perlu bermula dari kosong dan yang sedia ada, aku perlu menyesuaikan dengan keadaan yang serba kurang.

Pagi tadi AN tanya, "Macam mana Mas? Tempat baru bosan? Tak ada kawan?". Aku pandang AN dan kemudian menggaru dahi. AN kebetulannya adalah teman sejawatan yang masuk melapor diri pada tarikh yang sama dengan aku satu waktu dahulu. AN sepatutnya berhijrah ke tanah Borneo pada tarikh aku melapor diri di tempat baru ini. Sambung AN pada aku, "Itulah yang saya malas nak pergi sana (dengan merujuk kepada penempatan baru beliau). Bukan saya sahaja, satu keluarga juga perlu." Aduh AN! Mungkin sukar juga baginya kerana AN sudah senior umurnya dari aku dan mungkin juga kerana AN tidak pernah berhijrah ke tempat lain. Tapi aku???

Aku belum punya teman lagi di sini. Janggal sungguh hidup tanpa di kelilingi manusia bernama teman-teman. Mahu mengatur langkah untuk mencari kenalan-kenalan baru, tapi urus ku banyak yang belum selesai dan aku juga belum bersedia sebenarnya. Selepas ini bulan puasa, aku fikir...... ermmmmm...... Urus rumah antara yang belum selesai. Aku akui, aku agak cerewet. Sudah biasa dengan rumah yang lapang, dan di sini belum lagi aku temui. Belum bertemu dengan rumah yang rasanya seperti rumah.... Bingung aku dibuatnya!

Cerita keadaan di pejabat telah aku luahkan kepada teman bicara. Katanya, "I think u've been spoiled!". Mana boleh aku nafikan perkara tersebut, tapi iya aku terima keadaan di sini. Tentang beban tugas, masih belum kelihatan kerana masih lagi aku menyelak-nyelak fail dan masih lagi cuba memahami operasi di sini (kerana berbeza dari negeri lain). Aku juga wujud dengan perjawatan baru diwujudkan di sini.

~B.O.S.A.N~
~belum lagi aku menemukan senyum walaupun aku cuba berkali-kali~

4 comments:

xplorer said...

pindah tempat baru mmg mcm tu . aku dah lompat keje lima kali baru jumpa tempat yg sehati sejiwa. Cuma aku harap di segerakan jumpa rumah dan tangganya sekali . eden teringin nak makan nasik minyak

masMZ KaKiJaLaN said...

nasi ganja ekaw tak mau ka???
den belum poei lagi berjogging, berhiking kek sini laei. Camno den nak berkenalan dengan enchek tangga den nih...

Ren said...

hmmm bestnyer.

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, apa yang bestnya????
Bila nak datang sini????