FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, June 7, 2010

PaRT 5 : TeHeH-TeHeH (oK DaH BeTuLKaN DaH!)

Nama sebenar binatang ini, janganlah ditanya kepada aku. Betul aku tak tahu dan yang diberitahu sejenis landak laut. Kalau ada sesiapa yang tahu nama binatang ni yang sebetul-betulnya habaq mai lar kat aku nih... Hehehee....

Sejenis hidupan laut, kalau aku yang mencari tak jumpa-jumpa. Kalau orang lain yang bawa naik, amboi dua tiga sekali. Hmmmm... memang aku nih tak boleh diiktiraf sebagai orang laut langsung! Ye yang sebenarnya aku pun tak reti macam mana nak tenggelam! Agaknya lemak banyak kot, jadi senang benau terapung dalam air! Hahahaha...

Macam mana nak sediakan benda ni??? Namanya yang PT asyik sebut TeiHeEHeE (bunyi HeE lebih kurang macam Hek). Kaedahnya .....


Ini rupa 'landak laut' yang dimaksudkan.

bersihkan dengan membuang segala organ dalaman binatang ni dan cuci-cuci....

Bila dah bersih, masukkan beras dalam 'tempurung' (ermmm cengkerang?) dan permukaan yang berlubang tu tutup dengan daun pokok kelapa.

Ni yang dah direbus. PT cakap lagi sedap kalau dibiarkan semalaman supaya nasi dengan isi landak ni serasi.

Nak makan kena kupaslah! Tempurungya lagi nipis dari tempurung kelapa...

Haaaa... inilah rupanya TeiHeEHeE... yang kuning itulah isi landak

Yang dah dibelah... nak makan dengan gigit sekali dengan isi landak... Rasanya ala-ala telur masin sket. Wowweee ada berani???
Post a Comment