FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 24, 2010

MooD CaMPuR-CaMPuR Di PaGi iSNiN

Today Monday already... Amboih copek betui masa berjalan minggu nih....

Yang Baik
Mood Den baik pagi ni dan dengan gembira hati ke pejabat sebab Omak Den sediakan bekal nasik lomak buah bidara (hoyeahhhh buah bidara tu acah je! Hahaha).
Mood Den baik pagi ni dan dengan gembira hati meng'shred' kertas-kertas yang Den wajib lupuskan (hoyeahhhh kerja-kerja pelupusan ni menyebabkan tompek Den lapang!)
Mood Den baik pagi ni dan dengan gembiranya mengemaskini fail-fail yang ado dokek tompek Den (hoyeahhhh ini hari mesti mau siap)

Yang Sedang-Sedang
Mood Den sedang-sedang pagi ni sobab pc Den corrupt. Bila larr orang-orang dari BTM nak amek pc Den.... Walla eh, Den ado laporan yang Den kena siapkan.

Yang Tak Berapa Nak Baik
Mood Den yang biasa-biasa ni dicuit-cuit eh! Tak sibuk-sibuk dan wat dialog annoying boleh tak? (owhhh ini semua dialog dengan orang yang sama di lokasi-lokasi yang berasingan pada pagi ini)

Dialog 1 : Lokasi 1
PM datang kat lokasi Den menge'shred'. Hari ini PM pakai t-shirt datang pejabat. Maka Den pun tanyo larrr kepada PM......
Den : Nak pergi kerja luar ke? Atau dari mana nih?
PM : Ha'ah (sambil sengih-sengih).... Nak pegi Sabah...
Den : Sabah? Ada apa? (Knowing kawasan 'jajahan' PM bukan di Sabah)
PM : Ha'ah.... (kemudian menyanyi baris "Dari Perlis hinggalah ke Sabah")
Den : Owhhh.... Ok fine.... Tak payah bagitau.... (main-main lagi... depan-depan orang lain laks tu)

Dialog 2 : Lokasi 2
PM datang kat tempat Den yang mana Den tengah menengok-nengok dokumen untuk difailkan..
PM : Eh, ko tak pergi jalan ke?
Den : Tak
PM : Ko tak pergi Sabah?
Den : Ermmm... baru balik
PM : Eh, bila ko pergi? Ko tak ajak aku pun pergi.
Den : Erm???
PM : Owh, nampaknya ko dah potong aku ya! Dah banyak berjalan dari aku. Aku dulu selalu pergi jalan.
Den : Haa?
PM : Dulu aku selalu pergi jalan. Tapi sekarang dah lama aku tak pergi berjalan sebab wife aku tak suka pergi jalan.. (ayat yang Den selalu dengar dari PM)
Den : Ermmmm.... (tak habis lagi ke PM nih??)
PM : Aku nak tukar hobi lain larr.... Aku nak ceburi bidang fotografi larrr.....
Den : Baguslah....
PM : Tapi nak kena jalan jugak...
Den : Kalau camtu, apa kata tukar hobi kumpul setem je?
PM : Eh, itu hobi aku masa darjah 2 dan 3
Den : (oooiiiiii, udah larr tu!!) Ok.

Dialog 3 : Tempat Den dan tempat kawan-kawan Den
PM : Eh, tak de makanan ke?
Den : (HaiyakkkkkkHHHHhhh!!!!!!) ..... Takde....

Post a Comment