FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, May 19, 2010

272 aNaK TaNGGa Di BaTu CaVEs : FuHHhHhHhh

In da middle of nowhere, dalam keadaan diri yang masih huru hara, datanglah satu cadangan yang juga datang dari middle of nowhere.... TretTrettt.. TretTrettt... "Salam. Mas, i ada training baik untuk you. Esok panjat tangga! Jom?!".

Dialog seterusnya......
KJ : Tangga mana?
MB : Batu Caves...
KJ : Pernah pergi tak?
MB : Tak pernah lagi..
KJ : Habis tu nak pergi dengan siapa? Kau betul ke?
MB : Eh, betul larrr.... Dengan CKC...
KJ : Tengok keadaan dulu boleh? Tahap kesihatan masih belum memberangsangkan larrr
MB : Tukar strategi lar... Kot2 nanti baik ke pulak!
KJ : Cait!!!

Pada hari kejadian, berkumpullah kami bertiga di tempat letak kereta Batu Caves. Untuk sampai ke sini, bolehlah menggunakan MRR2. Perjalanan dari Kepong - Batu Caves akan berada di sebelah kiri, manakala perjalanan dari arah Cheras - Batu Caves akan berada disebelah kanan dan perlu buat susur ke kiri apabila menghampiri Giant Batu Caves.

Cuaca pagi yang bagus, tapi aku masih srok srek.... Sejuknya angin pagi!! Owhhhhh...


Burung merpati yang banyak sentiasa ada kat dalam kawasan temple ini... Bolehlarr nak perasan macam kat ober da sea ....
First round mendaki memang gagah... Kurang 4 minit dah sampai atas.. Awal pagi tak ramai lagi orang, jadi sangatlah sesuai untuk melakukan aktiviti naik turun tangga ni.

Pemandangan Kuala Lumpur dari tangga paling atas

Ni keadaan tangga yang perlu di daki... Masa nak turun baru tahu gayat sebab anak tangga sempit!!! Dinasihatkan semua supaya berhati-hati.

Di separuh perjalanan, ada susur ke Gua Gelap... Boleh masuk dengan guide...

Pemandangan dari separuh perjalanan turun.. Ini round two, aduh tak larat dah... Ambil gambar dan patah balik naik atas... MB dan CKC meneruskan perjalanan.

Erm.... Takkan nak tunggu kat tengah-tengah ni??? Nak naik ke nak turun??? Owhhhh beratnya kaki nak mendaki balik!!! Kaki dah menggigil-gigil!!

Si Gagah dan Si Hebat, MB dan CKC

Bersenang-senang kat atas... ada 2 ekor iguana dan 2 ekor ular sawa kat sini... Nak amek gambar dengan binatang-binatang ni pun boleh... Diriku cukuplah memandang dari kejauhan...

MB selepas round keempat telah berhenti kerana jeles dengan KJ yang bersenang-lenang kat atas... CKC meneruskan perjalanan... Hingga CKC sampai ke round ke-lapan, KJ dan MB mula turun tangga dan membuat pendakian semula.... :)

Menghampiri jam 9.00 pagi, orang sudah mula ramai...


Pintu gerbang ke 272 anak tangga

Hoyeahhh inilah lokasi kejadian.... Kuil Batu Caves

Nota 1 :
KJ - 3 round turun naik, MB - 5 round, CKC - 10 round
Nota 2 :
Ramai orang exercise turun naik tangga nih... KJ nak kata : well recomended untuk sesiapa yang nak mendaki
Nota 3 :
Gila aaah, betis KJ jadi keras! Aduiiiiiiii susah nak jalan! Siapa suruh tak wat warm-up??!!!! Padan muka!

7 comments:

abrashid said...

uh rasanya masa tu saya ada sms tanya pasal apa ye, lupa? dan Mas tengah wat pendakian kali yg ke berapa ntah, huh hebatnya. Saya pernah naik skali masa muda2 dulu, tu pun semput, kalau skarang ni 100 anak tangga pun dah pancit...Saya hanya turun naik tangga kat umah ni saja, aaa ada la 20x sehari ha ha

Anash said...

wow...
demam pun leh panjat tangga batu cave? kuatnya semangat mental & tenaga..cayalaa..
myself kalau demam..kuat panjat katil je ..tidooo..

nadz said...

salam,
Hebatnya mendaki tangga-tangga tu..
Mama tak berdaya dah mendaki di usia begini....

masMZ KaKiJaLaN said...

@abrashid : masa tu enchek rashid tanya pasal hotel yang senang n dekat nak datang opis. Enchek Rashid, kalau tangga rumah tu naik turun mahu juga sampai ke angka 272 :)

@anash : tak de pilihan larrr... duduk rehat pun tak baik2 jugak... jom mendaki??? owhhhh meowww

@nadz : salam mama. Semput juga saya hari tu! *wiNK*

Anash said...

alamak mas...
pernah naik gunung kinabalu ..sampai check-point terakhir je..sebab dah nampak planet zuhal, pluto, bima sakti, bulan...(pitam..hahaahah..)
err...mana mau daki eh? (tetiba teringin..)

hang nadim said...

hahaha...hebat-hebat hang tak jumpa dengan ayah pin ka, Kerajaan langit. heheh

masMZ said...

@Anash : nanti larr bila2... ;) biasa program adhoc je... he

@Hang Nadim : tak jumpa larr Ayah Pin sebab tak sampai ke langit pun! :)