Selepas Kenyir tidak ada latihan renang yang lebih intensif lebih dari sebelumnya. Demam, batuk dan selsema yang berterusan sehingga menjelang hari terakhir pendaftaran Swimathon Kapas-Marang menyebabkan aku hampir-hampir tidak menyertai acara tersebut. Banyak wajah yang kulihat kecewa dengan keputusan aku kerana tidak mahu mencuba. Aku masih dalam pakej demam, batuk dan selsema di dalam perjalanan ke Marang, dan pandangan-pandangan mereka, arghhhh ianya sangat melukakan hati. Pengharapan yang terlalu tinggi, owhhh. Pandangan sinis? Ermmm.... ada juga tapi aku lebih rela memejam mata.
Sesampai di Marang, melihat ombak memukul pantai dengan lemah, aku sendiri tidak dapat menahan keinginan untuk menyertai mereka. Bukankankah telah ku katakan kepada diri sendiri, aku akan buat apa sahaja yang terdetik di hati sementara peluang-peluang itu ada di hadapan ku? Teman-teman jauh dirujuk untuk menetapkan pilihan, aku punya jawapan yang berbeza namun mereka semua membiar aku membuat keputusan. Kepada pertanyaan “U follow ur heart or ur head?”, jawapan ku “Kedua-duanya tanpa sangkal”. Aku mengambil pendekatan tanpa paksa “Aku mahu berjuang sejauh mana yang aku mampu” dan itu sahaja yang aku laksanakan. Renangan yang tidak habis, tapi kugagahi sebelum habis berjuang. Ayat terakhir aku kepada pembawa kayak, “Kamu dengan saya ya! Sejauh mana yang saya mampu”. Sungguh aku tak berjaya menghabiskan renangan, tapi aku pernah mencuba. “Mas, ko nak naik tak?”, tanya S yang lebih dulu duduk di atas bot. “Taknak!”. Aku bangga dengan pencapaian ku. Adakah aku akan kembali untuk membuat renangan? Naaaa (sambil geleng kepala), sekurang-kurangnya buat masa ini aku tetap akan menjawab tidak.
Aku kongsikan detik-detik di Swimathon Kapas-Marang 2010 yang berlangsung pada 18 April 2010. Tahun ini, seramai 300++ perenang mengambil bahagian dan perenang pertama yang berjaya menghabiskan renangan 6.5km telah melakukannya selama 1 jam 4o minit. Tahniah buat perenang-perenang wanita yang berjaya mengungguli tempat pertama, kedua dan ketiga keseluruhan…. Memang hebat!!!
5 comments:
kuatnya dia berenang, tahniah kerana ikut serta, walaupun tak menang, ikut serta pun kira menang dah tu
abrashid
hehehe...pandai ekaw nih beblogging yaa...cantek penyusunan ayat..erti kata..mudah difahami...amboihh...ekaw panggi den koboi siam aa...hahahaha...ok gak tuu...tukaq nama laa plak ni...
x sabaq tunggu swimathon tahun depan plak...tapi masa tgh swim aritu rasa menyesai pun ada...penat ya amatt...tapi den cuba gagahi gak dengan kudrat yang tuhan bagi ni...alhamdulillah...hehehe...c ya soon...
En rashid, tima kasih. Susah juga nk buat keputusan nak berenang ke tak tu.. Mcm bg nyawa je rasanya.
CG, tima kasih. Tak sabar nk tggu swimathon thn depan? Amboih! Den nk tgk air pun xlalu lagi!
CG, nama koboi siam sedap jugakkan?! Ekaw memang hebatlah! Cayalah! Meh lar Std Chart ;)
sama-sama,
haa sedap gak koboi siam punn...hahahaha,
kira ok laa berani gak swim sampai ke tengah...bukan senang tu..ngan ombaknyaa lagi...huihh...
haaa den nak masuk std chart tu...kalau ekaw nak regist bagi taw laa den samo...den nak try laa..tapi joging joging ni den mano laa nak larat...sekadar mencuba tak salah kan? huhuhuhu
Yeah! Cayalah CG! Den pun nak cuba jugak jarak baru ni. Den da register online. Ekaw register la cepat, ekaw masuk link yg den letak kt entri kl marathon tu. Ekaw pace dongan den lar. Kita wat manman.
Post a Comment