FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label SeJaRaH. Show all posts
Showing posts with label SeJaRaH. Show all posts

Saturday, December 19, 2009

GooD BYe 2009 : FebuaRY (ReTuRN To Da PaSS)

Bulan Febuari bulan macam-macam dan bulan berjalan....

TaMaN ALaM, KuaLa SeLaNGoR : MosT 'SeMPoi' & BuDGeT FRieNDLY

Setting untuk Taman Alam, Kuala Selangor plan pagi petang terus gerak (gamble, but we do make a reservation to A-Hut camp at Taman Alam. Went there with my cousin Farah and Janggel. Malam tu tiba-tiba Acik n Pakcik telefon cakap nak join (nasib baik camp tu cukup - me, Farah and Acik have to sempit-sempit lar sket! Budget price camp at RM25 per nite and tentulah kami amek 2 camp. Aktiviti menarik kat sana termasuklah tengok kelip-kelip (Kg. Kuantan), hiking at wetlands Taman Alam (memang cantik giles! and korang akan nampak a lot of eagles (brown eagle) kat satu sungai ni flying up and down tangkap ikan - memang amazing!). TaMaN ALaM (PaRT 1), TaMaN aLaM (PaRT 2), TaMaN aLaM (PaRT 3).

View macam nie memang hampir sepanjang trek

Ni satu lagi entri yang den terlepas. Bukit Melawati... Den buek nanti... Den buek..

JeRaM, SeLaNGoR : aNoTHeR KiTeS SessiON
Atas keinginan yang membuak-buak sebab ada kawan cakap ada tempat makan kat tepi laut dekat kawasan ini, maka satu lencongan telah dibuat semasa perjalanan balik ke Putrajaya. Sebab masih awal, seafood tu memang tak ada tapi pantai tempat main layang-layang memang ada (sebenarnya kita orang saja yang suka-suka berhenti kat tepi jalan dan main layang-layang dari tengah hari membawa ke petang! Rewards(?) : Sunburn and satisfaction!).


Another missing entri... banyak jugak rupanya... Seb baek den buek entri gudbye ni erk!


SG. LemBiNG: BaNDaR BiJiH TiMaH TeRBeSaR DaN MasYuR suaTu KeTiKa DaHuLU

Perjalanan yang tidak dirancang. Ke Kuantan kerana menziarah kawan bersama kawan-kawan. Sungai Lembing antara tempat yang dituju kerana perjalanan ke Kuantan tidak disertakan dengan niat untuk membeli-belah. Sungai Lembing hampir menjadi bandar tinggal sedangkan suatu ketika dahulu ia merupakan bandar yang terkaya dengan pengeluaran bijih timah (kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar selepas Bolivia. Ia juga dipercayai mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu sehingga 1,400 ke 2000 kaki.). Banyak benda menarik didapati kat sini dan telah dikongsikan di dalam entri
Sungai Lembing, Pahang.
Pekan Sg. Lembing kini seakan bandar tinggal.
Inilah Muzium Sg. Lembing.

EDiSi BuKa PiNTu : ErMMMmmm....
Kalau diputarkan masa, should i say it as WHY?? Soalan aku masih belum pernah terjawab.



GeNG PeNGeMBaRaaN BeRMuLa : MeMaNG HeBaT

Febuari, fever on Geng Pengembaraan Bermula start! Mana-mana memang orang tengah 'gila' Upin dan Ipin. Cayalah! Dan masa ni i met Zarin (kawan baru lagi!), team Upin Ipin. Keep up Geng!


* Gambar curik dari gengmovie blogspot. hehe

[Mungkin aku 'gila' di Febuari.... ahaksss]

Monday, August 31, 2009

KoMPLeKs SeJaRaH PaSiR SaLaK

Pasir Salak.... Kampung yang banyak meninggalkan bekas dalam zaman kanak-kanak aku. Tahun ini kembali aku jejaki setelah sekian lama meninggalkannya. Bukan rajuk, tetapi punya keberatan yang teramat kerana wujud simpati yang masih belum aku tanggani. Maafkan aku...

Kunjungan baru-baru ini, langsung terus ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Letaknya di antara tepi sungai dan hadapan rumah Opah Saudaraku yang kini telah dipindahkan ke kawasan berhampiran. Aku melihat tapak kompleks ini dari sebelum pembinaannya sehinggalah kepada keadaannya sekarang yang sudah uzur. Tebing sungainya juga sudah tidak seperti dahulu... Mahu terjun sungai??? Arghhh tidak lagi berani dengan air sungai yang sudah semakin dalam dan tidak nampak tenangnya. Tandas gantung juga memang sudah lama tidak ada... Cemar!! Aii cemar!! Jeti bot juga sudah lama ghaib, agaknya sejurus selepas jambatan siap dibina pada akhir 80-an- awal 90-an. Agaknya apa nasib si pembawa bot?? [Dahulu, jika tiada bot di tepi sungai, perlu menjerit memanggil bot di seberang. Ermmm kenangan :)].

Kompleks Sejarah Pasir Salak dirasmikan pada Mei 1990 oleh ketika itu DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin. Gah dan berpusu-pusu orang datang melawat. Rombongan sekolah apatah lagi, bagai tidak pernah putus setiap kali hujung minggu dan mulanya cuti sekolah. Aku juga setiap kali pulang ke kampung, dengan senang hati entah berapa puluh kali kompleks sejarah itu aku jengahi. Barangkali, rasa bangga dan seronok melihat bangunan cantik dan khazanah yang tersimpan didalamnya sangat tebal di jiwa kanak-kanak hingga membawa kepada remajaku.

Kompleks Sejarah Pasir Salak (Bumi Pahlawan Melayu) menyimpan sejarah pembunuhan JWW Birch iaitu Residen British yang pertama di Perak. Kejadian bermula pada tengah malam 2 November 1875, apabila JWW Birch melabuhkan kapalnya bernama Naga dan rumah rakit di kawasan ini (tapaknya ditandakan di kawasan Kompleks ini). Kejadian ini diceritakan melalui tugu-tugu yang dibina di kawasan sekitaran dan melalui diodrama yang di dalam Terowong Sejarah Pasir Salak.

Nostalgia tempat ini diusik kesedihan melihat bangunan Rumah-Rumah Kutai yang kelihatan uzur, sedang di dalamnya menyimpan sejarah yang tidak ternilai. Hanyasa, Terowong Sejarah yang masih elok terjaga. Barangkali kerana ianya satu-satunya bangunan yang perlu dibeli tiket sebelum dapat memasukinya. Jangan sampai suatu ketika terowong ini juga dibiarkan. Aku belum pernah jemu memasukinya. Melihat penceritaan melalui diodrama yang sangat teratur, menarik dan dijelaskan dengan penceritaan yang terperinci. Ada lagi yang menarik di bangunan Terowong Sejarah ini, ... (aishhhh, semua pun nak kena cerita ke? ekeke).

Disertakan beberapa gambar yang dapat dibidik di kawasan sekitar. Agak terbatas sumber kerana menghormati larangan bergambar dan petang yang agak lewat.


Jangan tidak-tidak menulis nama di buku pelawat.
Papan penunjuk lokasi.., jangan sampai sesat ya!!
Ditandakan kawasan kejadian 'pembunuhan' (bak kata sahabatku)
Inilah Terowong Sejarah Pasir Salak yang dimaksudkan. Paling sesuai jika punya masa minimum 1 jam setengah untuk melihat semua yang tersimpan di dalamnya. Dibuka Isnin - Ahad 9.30 pagi hingga 5.00 petang kecuali Jumaar ditutup sementara pada 11.45 pagi -2.45 petang. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2.
Berkobar-kobar untuk masuk ke dalam Terowong
Ada laks 'mafia' sesat..... [wahai sahabat, chobaan apakah itu?]Tugu Pahlawan, peristiwa Pasir Salak dianggap sebagai asas kelahiran demokrasi di Malaysia
Batu Peringatan akan peristiwa pembunuhan JWW Birch
Eh, tu pesal kena kurungke??

[Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-52 buat negaraku tercinta]
[Jauhi aku dari menjadi seorang manusia yang terlalu mudah lupa akan sejarahnya]

Tuesday, February 10, 2009

SuNGai LeMBiNG, PaHaNG

Perjalanan ke Sungai Lembing merupakan perjalanan yang tidak dirancang. Aku pernah sampai di sini tapi tidak berkesempatan untuk mengekplorasi ke seluruhan kawasan. Ketika itu aku sampai ke pekan ini pada waktu malam dan meneruskan perjalanan ke Gunung Tapis. Sememangnya pekan ini adalah pekan yang terakhir sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki. Pelik sebab semua yang ada di sini, aku seperti 'dejavu'.
Sedikit maklumat mengenai Sungai Lembing, asal namanya dipercayai dari perkataan 'lembing' iaitu sejenis senjata yang digunakan dalam perburuan. Kisahnya berkisar pada sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan yang dikatakan telah melontarkan sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak di badannya. Setelah sekian lama, sekumpulan pelombong bijih tiba di kawasan ini. Sedang mendulang, mereka menemui sebatang lembing yang dipercayai pemburu tersebut. Maka dinamakanlah tempat ini sebagai Sungai Lembing. Namun demikian, tiada bukti yang dapat menyokong cerita ini.
Sungai Lembing pada suatu masa dahulu adalah bandar yang terkaya dalam pengeluaran bijih timah di negeri Pahang. Ini kerana kawasan Sg. Lembing merupakan kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar selepas Bolivia. Ia juga dipercayai mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu sehingga 1,400 ke 2000 kaki. Kewujudan Sg. Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sg. Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Febuari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,000 kaki persegi dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran 1 sen setahun.

Pekan Sg. Lembing kini seakan bandar tinggal. Rata-rata penduduk tempatan yang ditemui merupakan warga emas.
Masjid yang terdapat di pekan ini. Penduduk di sini Melayu dan Cina, tetapi di kawasan pekan boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah orang-orang cina.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing, terdapat lot rumah kedai dan dewan orang ramai.
Pemandangan dari atas.
Alamak dah lupa!! Kalau tak salah ini pejabat pentadbiran (lebih kurang PBT) larr.
Inilah satu-satunya stesyen minyak yang ada di pekan ini.
Muzium SG. Lembing dibuka kepada orang awam setiap hari dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat dibuka 9.00-12.15 dan 2.45 hingga 5.00 petang. Muzium ditutup pada Hari Raya Puasa dan Haji. Masuk percuma.
Inilah Muzium Sg. Lembing. Bahan yang dipamerkan adalah menjuruskan kepada aktiviti perlombongan yang wujud di Sg. Lembing ini. Apa yang ada dalam muzium ini memang mengkagumkan, orang dahulu memang hebat!!
Penunjuk arah ini sebenarnya menunjuk arah pintu terowong lombong.
Kelihatan pintu masuk terowong ke lombong 1. Tangga tu tak tahu ke mana...
Pintu terowong ke lombong 2.
Pintu terowong ke lombong ke ?. Ada banyak pula pintu terowong yang dijumpai kat kawasan sekitar ni.
Lebih kurang macam pemandangan Angkor Wat lar kononnya. Tak dapat dipastikan kawasan ini dahulunya menempatkan bangunan apa. Mungkin kawasan memproses timah kerana di atas bukit terdapat ruang bakar (oven). Mungkin pihak muzium boleh meletakkan papan tanda meletakkan sedikit maklumat.
Pemandangan dari atas kawasan '?'.
Bagi yang berminat untuk 'hiking', mungkin boleh mencuba ke menara Bukit Panorama. Dalam gambar stesen yang pertama. Terdapat 3 stesen ke semuanya dan Den hanya melepasi 1 setengah stesen kerana 'tour guide' tak beri maklumat lengkap. Aiii cit!!! Rugi betul!!!
Anak tangga untuk ke menara. Gambar nie, dah tentulah semasa nak turun :p
Sebahagian denai yang perlu dilalui untuk ke menara Bukit Panorama.

Mee Jawa sedap yang Den makan kat depan muzium. Memang sedap dan semua makan sampai tak ada apa yang tinggal dalam mangkuk.
Dah tentulah ini Den!!! Muehehehe