Program I Love Ipoh - jom ke Lokin (Lorking?! Looking?!)!
Pasar Karat Lokin ini terletak di Memory Lane iaitu di Jalan Horley (melalui Jalan Sultan Idris Shah) dibuka pada setiap hari Ahad seawal 7 pagi sehingga dua belas tengah hari. Pelbagai jenis barangan termasuk jam, telefon, tin-tin, kamera, barang mainan, buku (dari kategori antik, terpakai, barang 'rare') ada dijual di sini. Pendek kata, pasar karat memang ala-ala 'heaven' bagi peminat-peminat barangan barang-barang lama.
*[hahahadeh tetibe cam dah tak pandai nak nulis laksss, korang layan gambo je larrr erk!].
* Masa yang dihabiskan di Lokin ini (khatam di kawasan pasar karat sahaja) ~ 2 jam setengah!
| Jeng jeng jeng... dah nampak dah kemeriahan Lokin (ini baru nak masuk) |
| haaaaa tu dia, ni keadaan pada pukul 8 pagi. Digalakkan kalau nak datang sini, eloklah datang awal pagi :) |
| Basikal-basikal budak... Korang ada??? Teman nyer dulu yang kedua dari kanan :D |
| Air gas dalam botol! Dulu2 kita beli lepas tu, orang kedai tuang dalam plastik! Ingat tak? |
| antara barangan lain |
| baju bundle |
| majalah-majalah lama |
| tas tangan beraneka rupa... yang ni weeeee glamer |
| bekas cermin mata - terpakai |
| nak cari basikal tua? ni naaaa kat sini pun ada!! |
| kelas kau maria - set kayu golf Mustang |
| stroller 'doulu-doulu' |
| kamera-kamera antik pun ada... ini antaranya... 'i like!' |
| borongan aku - The Advantures of Tom Sawyer dengan Harris Brinker :D |
JOM IPOH!!!