FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, April 17, 2012

INDia PaRT 3 : BaNYaK CeRiTa DaLaM SaTu HaRi Di DeLHi

Walla tebas-tebas sawang jap... Susah nau rasanya nak tulis entry hari kedua di India nih, lagi tepat di New Delhi. Banyak cerita dalam satu hari dan aku sendiri tiap-tiap minggu lesap macam-macam hal... Hahahahahaha.... Anyway, ada tak sesiapa yang masuk Putrajaya Treasurehunt baru-baru ni??? Yeahhhhh aku pun masuk! Bestkan? Tahun depan nak masuk lagi larrr..... HAhahahahahahaha.....

Sebab banyak sangat gambar nak kongsi, cerita ikut gambar jer lar....

Cerita 1 :  PaGi DaN CaRi TuK-TuK

Pagi tu beriya Johny a.k.a John a.k.a Danny a.k.a Kaki Berangan ajak pi jalan sampai ke jalan besar.  Katanya tuk-tuk kat sana mesti lagi murah memandangkan jalan yang kami duduk tu hampir semuanya hotel.  Aku tengok Janggel, Janggel tengok aku "Baeklah, hahahahaha.  Ikut sukalah" *gambar warna kelabu kengkonon macam masih subuh alam larrr

Suasana pagi kat jalan besar, dah ramai orang sibuk-sibuk nak pergi kerja. 

Beca memang merata-rata, awal-awal pagi nih kurang pulak nampak tuk tuk.  Dok pusing-pusing, akhir sekali kami ambil tuk tuk betul-betul kat simpang Arakashan Road tu.    Untuk ke Red Fort harga tuk-tuk pagi itu adalah Rp100, alhamdulillah rezeki pagi tu tak perlu bersusah-susah nak bertawar-tawar.

Cerita 2 : ReD FoRT, NeW DeLHi


Dari jauh dah nampak kubu kota yang sangat besar...  Memang teruja nak masuk dalam.  Harga  pelancong untuk masuk ke Red Fort ini adalah sebanyak RP250.  Bila bayar jangan lupa tengok balik baki, ada pula yang terkurang tu. 

Red Fort merupakan salah satu lokasi wajib jika datang ke New Delhi.  Dinobatkan juga sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2007.  Dibina pada kurun ke 19 semasa pusat pemerintahan dipindahkan dari Agra ke Delhi.  Tempat ni sangat luas, banyak bangunan lain di dalamnya dan cantik.  Memang berbaloi untuk masuk.

Ni pemandangan depan Red Fort.  Tersergam indah dah gagah, rugi sangat kalau tak ambil gambar  sebelum masuk.  *psst : ada 3 aksi posing yang boleh diperagakan di khalayak ramai kat situ. 

Benda pertama yang kami jumpa bila dah masuk dalam Red Fort! BLiNK.BLiNK. WiNk.WiNK. Wehhhhhhhhhhh santekkkkkkkkk.......

Ada lagi!!!!! huhuHuuuuuuu.... Rezeki awal pagi buat kali kedua pagi ni..... Segala jenis perhiasan  manik yang dicari nah kau dekat depan mata.

Dan ada larr orang yang telah menjadi seperti lupa diri, hahahahahahaha.... Seronok sungguh dapat  membeli-belah di awal pagi.  Harga buka kedai memang berbaloi-baloi dan tak rugi langsung kami memborong sakan pagi tu sebab di kedai lain yang kami singgah, memang lagi mahal dari harga kami dapat pagi tu.

Selepas memborong sakan, kami meneruskan perjalanan.  Sebenarnya banyak lagi kedai  kat dalam ni.  *gambar dikelabu asapkan sebab masa ni aku tahan diri dari menyinggah ke mana-mana kedai.

Bangunan yang pertama yang kita akan nampak selepas melintasi Naqqar Khanna (alamak, salah susun gambar dah!) ialah Diwan Di-Aam.  

Untuk memendekkan entri, pasal Red Fort dan bangunan-bangunan dalam ni boleh larr tengok kat sini sila klik


Ukiran di Diwan Di-Aam

Di hadapan Diwan I-Khas tersergam cantik dan terdapat tempat duduk berehat di depannya. #pasan tak dua gambar yang familiar???? Teringin jugak tuhhhhh....

Marmar yang berukir memang mengkagumkan di Diwan I-Khas.  Sejuk je dalam bangunan ni.

Moti Masjid dalam pembaikpulihan.  Bangunannya agak pelik kerana tak nampak pun ada tingkap.  Apakah mungkin bangunan ini mempunyai ruang terbuka di bahagian atas? Masjid Moti ini juga dikenali sebagai Pearl Mosque dibina pada tahun 1659 dengan tiga buah kubah yang diukir dari marmar putih.

Dari salah satu bangunan

Naqqar Khanna, pintu gerbang yang memula sekali masuk sebelum nampak Diwan Di-Aam... Masa keluar, baru perasan yang struktur ini juga sebenarnya merupakan sebuah muzium dan kita boleh masuk.  Memandangkan masa yang sudah suntuk dan ramai yang beratur nak naik ke atas, maka kami 'skip' untuk masuk ke dalam.

Bangunan ala-ala Kellis Castle kat Batu Gajah, hehehe...  Bangunan ni tak boleh masuk mungkin dalam pemulihan.  *hurmmmm cam best jer berangan berlari-lari kat beranda tu, ecehhhhh #drama

Bangunan lain yang terdapat dalam kawasan Red Fort

Ada satu port cam klasik dan drama sebab di sebalik bangunan  merah terserlah kesejukkan rimbunan pokok besar.

Dan macam semalam, hari ni kami telah diretiskan lagi sekali oleh peminat tempatan....  Macam tak percaya jerrrrr....  Gambar kalau tak peluk tak sah tuhhhh.... Omaiiiiiiii

Dah jom keluar dari Red Fort.  Singgah jangan tak singgah kalau tempat dah depan mata..... Cerita seterusnya....

Cerita 3 : CHaNDi CHoWNK dan MaSJiD JaMa', NeW DeLHi


Chandi Chownk terletak dalam jarak berjalan kaki dari Red Fort.  Katanya tempat ini juga tempat membeli-belah yang best. Fuh omak aiiiiiiii, den takleh nak kata apa larrrr... Sesak dan kedai-kedainya semua saiz kecil-kecil macam stall yang dalam pasar kita kat sini.  Kalau nak masuk kedai dalam bangunan memang taklah kot, rasa macam tak akan berkenan di hati pun!  Jauh beza dengan Sarojini Market sebab kawasan kat Chandi Chownk ini sesak.  Ramai juga yang berniaga guna stall beroda yang tak berbumbung di tepi-tepi jalan.

Dan tengah-tengah menapak di Chandi Chownk menghala ke Masjid Jama', nahhh terserlah artis dari mana nih pun kami tak tahu.  Bukan main ramai orang tempatan yang ikut belakang diorang nih.... Tetiber rasa ke'retis'an kami berkurang, ekekekeke.... Apalah yang diorang buat kat tempat nih???  Panas kot masa nih dah tengah hari buta dah nih, matahari atas kepala!

Dah lupa sebenarnya ada ke tidak jalan tar kat sini sebab dah sama cam jalan tanah warnanya! Memang berdebu sebab waktu ni panas dan kering.

Ada ke shop lot kat dalam ni??? Haiii takpe larrrr....

Ada lagi orang yang ikut kami, memula tanya dari mana, suruh jaga-jaga pencopet bagai, pastu suruh naik beca dia.  Malas nak layan.  Mesti dia frust sebab lepas kami turun dari Masjid Jama' dia ada lagi menunggu kami mengharapkan kami menaiki beca dia. Owh tidak. tidak. Jalan kaki pun boleh larrr nak pi jalan besar tu semula :p

Jama Masjid ni terletak kat atas bukit.. Ini pemandangan dari pintu gerbang masjid setelah mendaki anak tangga yang banyak!!  Nak masuk kena 'scan' sama macam kat tempat lain.

Kami ambil gambar dari depan pintu gerbang masjid sahaja memandangkan nak masuk dalam pun ada fee sebanyak Rp200.  Nak masuk sikit pun tak boleh, cam hampeh je kan????  Macam mana kalau aku kata aku nak solat kat dalam sebab waktu ni dah nak masuk zohor dah.

Dengan itu, kami pun memang sepakat untuk tidak melaburkan sebarang Rupee hanya untuk masuk ke dalam masjid ini dengan tanggapan seharusnya dalaman seperti di Red Fort dan kami juga perlu pulang dengan segera untuk ke pejabat pos.  Kami pulang semula ke Hotel dengan menaiki tuk-tuk dengan harga Rp100.

#kami tidak ke pejabat pos pada awal pagi memandangkan pejabat pos di India buka pada jam 12 tengah hari dan akan ditutup pada jam 4.00 petang. Huh???

Cerita 4 : NaK PoST BaRaNG

Sampai sahaja hotel, Alok dah sediakan kertas pembungkus dan gam untuk balut kotak.  Kelam-kabut kami membungkus kerana tuaian dari Sarojini Market semalam memang banyak, tambahan pula barang John a.k.a Danny yang barangnya seorang sudah menyamai atau lebih sikit kot dari barang yang aku dan Janggel yang disatukan.

Alok dah beberapa kali panggil katanya dia dah siap panggilkan teksi.  Alok memang dah geleng kepala nengok barang kami super duper banyak, opsssss....  Baik si Alok ni siap ikut kami ke pejabat pos yang terletak betul-betul di sebelah stesyen keretapi Delhi.  Agak malang, dalam waktu yang dah macam nyawa-nyawa ikan tu, rupanya pejabat pos tu tidak menawarkan perkhidmatan untuk pos barang ke luar negara (ke diorang malas nak layan??).  Maka Alok pun berlari lar ke sana sini, pergi ke tempat yang disebut oleh orang yang kat pejabat pos tu, dah pergi satu tempat ni, rupanya tak boleh gak.

Bila dah jumpa tempat (setelah menghadapi beberapa kesukaran), kisah lain pula keluar.  Barangan kami beratnya 54 kg, oklah tak de masalah.  Lepas tu, ikut prosedur nak kena fotostat pasport pulak.  Bila dah ok, dia kata harga Rp20,000!  Omaiiiii giler ke hape ke? Nak mencekik darah orang!  Rp20,000 tu dah nak sama dengan RM1,300.  Aiii tak ada maknanya dan memang tak berbaloi langsung!  Baik beli extra luggage yang jauh lagi murah dan barang pun dah tentu selamat sampai sekali.  Bila kami kata tak jadi pos, maka berkerumunlah orang-orang kat situ. "Why cancel? Why cancel?". Ciskek sungguh korang yer ada hati tanya macam tu kat kami!  Nak paw orang pun melampau-lampau!  Nak jadi cerita lagi, orang kat pejabat tu siap boleh tanya lagi untuk offer harga ~ berapa kitaorang nak bayar! Huh! Memang nampak sangatkan bisnis tak jujur!

Apapun, ada satu cerita lain di samping cubaan di paw kaw-kaw ini....

Cerita ni memang salah satu pengalaman lawak dan super manis buat kitaorang masa kat Delhi. Sebab barang banyak dan tengah rushing, Alok tahan teksi.  Empat orang kena duduk kat belakang yang biasanya muat untuk 3 orang sahaja dan tuk-tuk kitaorang naik tu kat belakang dah penuh kotak, bawah kaki pun kotak, atas riba apatah lagi... Maka duduklah Alok atas palang dan badan membongkok ke dalam.  Aku meriba kotak dan caya tak percaya, Janggel riba John!  Macam tak terkata apa-apa.  Dok tengok muka masing-masing lepas tu gelak.  Gigih sangatkan?!!!  Pemandu tuk tuk ni tak bagi sorang duduk depan sebab katanya ada banyak polis. Ya Allah memang tak boleh lupa naik tuk-tuk ni...  Rasanya kami bayar Rp150-200* untuk teksi yang berpusing-pusing cam rollercoaster dan setia menunggu nih. *lupa

Akhir sekali, kami balik semula ke hotel dan menyimpan barang-barang sebelum  ......

Cerita 5 : Hoyeahhhh Sarojini Market lagi!!

Di waktu yang berbaki, kami ke Sarojini Market lagi memandangkan ada lagi yang berhajat nak menambah sari.  Dan memandangkan barang yang banyak dan berkotak-kotak, kami mengambil keputusan untuk membeli beg besar dengan harga Rp600 (tapi jangka hayatnya cukup untuk sampai ke muka depan pintu rumah kat Malaysia je.. Hahahaha).

Retis larrr lagi ala-ala Akademi Fantasia di Sarojini Market.


Cerita 6 : KeDai MakaN MuSLiM ~ Al-SaMeeR

Malam ni malam terakhir kami di New Delhi.  Terasa hati teringin juga nak makan kat sini.  Dalam berbelah bagi nak makan kat restoran kat hotel (Ajanta Hotel) atau Al-Sameer yang terletak selang beberapa buah pintu, tetiba kami semua sepakat nak cuba nan kat Sameer.  Janggel dan John order ayam tandoori, manakala aku mencuba ayam butter (yummeh memang sedap!!!).  John siap tambah order nan lagi! Hahahaha.

Masa nak makan tu kami dapat kawan baru dari Calcutta.  Ssagar kata dia juga pertama kali datang ke New Delhi dan datang sebab mengikut ayahnya yang berniaga. Nak jadi #drama lagi, Ssagar kata ayahnya ada juga perniagaan kat Ipoh....  Baiklah saya percaya kepada dia kerana apa yang dia sembang dan tanya pada kami pada malam tu masih berfakta dan ada larrr keikhlasan berkawan diwajahnya... *fuhhh sejak bila pulak aku pandai baca muka ikhlas tak ikhlas nih????  


Cerita lain
1. Yang pasti ini entri aku yang paling panjang dalam sejarah! Hahahahahaa.....
2.  Hehehehe dapat hadiah bekas cincin masa kat Red Fort. Terharu gitewwww...
3.   Shutter kamera dslr dah mula buat hal... hurmmmmm sedeyyyy
Versi Janggel, boleh baca klik kat sini.  Versi john a.k.a Danny boleh klik kat sini. .





16 comments:

Naramas Aman said...

Menarik!

Saya sudah baca versi John aka Danny aka Kaki Berangan dan Janggel...yang kena cherry berry dan paw kaw kaw.

Saya nak tanya masuk masjid yg kena fee itu adakah kena paw juga atau memang AJK masjid yg buatkan? Adakah org luar saja yg kena?

Ren said...

Ohmaiiiii kenapa cite pasal wa Riba John a.k.a Danny tu????? Hahahhahaah bukan sekali tapi dua kali wakakkakaka.

Masjid tu, siap ada papan tanda besar tampal kat tepi pintu masjid bgtau kena bayar RS200, dan rasanya untuk pelancong asing je kot.

Anash said...

hahahaaha...
semput akak baca
dah macam marathon
tak pun
rat race
or treasure hunt
....
gile panjang entry kali nih
...
demi jaga ati peminat..iye tak???
(akak juga peminat anda...tau!!)

masMZ KaKiJaLaN said...

Naramas Aman,

Hihi... Selamat datang. Terima kasih.

Rasanya orang luar sahaja yang kena bayar kot tak kira agama apapun. Saya cuba nak masuk (hajat sampai lepas sikit dari pintu gerbang tu), baru selangkah dah kena panggil dan ditunjuk papan tanda yang kena bayar tu. Kalau Janggel atau John, mungkin juga tukang jaga boleh keliru kot2 dari Korea ke Jepun ker (cehhh tetiber kan?), tapi saya bertudung.

masMZ KaKiJaLaN said...

@Janggel,

Hahahahaharuslah cerita... Rasa macam kelakar sangat duduk dalam tuk-tuk sampai tak boleh bergerak sikit pun. Gigih sangatkan kita masa tu.

masMZ KaKiJaLaN said...

K. Anash,

Demi menjaga hati peminat... Eceh yer larr sangat kannnn... #overst je...

Dah jauh nau saya tertinggal ke belakang, terpaksa harung satu hari dalam satu entri. Memang ini first time saya wat entri panjang camgini....Rekod!!! Terus rasa cam nak bagi otograp kat diri sendiri! hehehehehe

Cawan said...

beg A-Fantasia tu bertahan sampai ke dpn pintu rumah jek? takpe takpe, modal jualan di Msia gitu.. he he..

bnyak gak story yg klako trlepas kat sini, peminat like!!

masMZ KaKiJaLaN said...

@Cawan,

Beg A-Fantasia tu patah rodanya... hahahahahaaha alamak lupa pulak nak masukkan kos beli beg dalam kos bahan mentah! ecehhhhh mencik, ada sedikit kemerosotan keuntungan di situ....

Haaaaa nak buat larrrr fanpage thread.... ekekeke sila like~ huahuahua

Unknown said...

apsai la kecik bebenor gambornye..adeh... tiang pun aku xnampak tauuuuuuu ishhh

just.HY said...

keciknyaaa gambaaa!!!! sila besarkan pls...

mRj said...

Tiket masuk masjid?...apa nak buat:)

lama dulu,masa ke hyderabad,nak masuk ke 1 of old fort..dah tak ingat,kawan aku orang india sentul,cuba nak kelentong kat jaga kaunter tu,kunun dia local le utk dapat diskaun..sekali penjaga kaunter tu keluar slang tamil asli ke hapekebenda..terus kantoi kawan aku tu..hahaaa...pengajarannye setakat kaler jer sama lum tentu ori:)

Ely Hasrul said...

aku paling xsuka kalu berlaku perkara lucu spt naik tuk tuk tp kena berimpit, bukan ape.. sure nk gelak smpai sakit perut. aku xsuka betol kalu tgh lawak nk mampos tp dok sipu2 tahan gelak hahahahhahahhahahha jahatlah!! tak pasal2 aku tgelak dpn lappy hahahhahahahhahahaha

Biqque said...

skin, aku ngan na aritu bantai je gelak kuat2 dlm tuk2! hahahaha! puas hati koooo...

ye, gambar kecik! seb beik dah besokan...baru puas bebbbb!

xplorer said...

mmg kena pau memanjang korang kat india , ni yg mcm tak nak pi ni

masMZ KaKiJaLaN said...

@mRj,

Ha'ahhh... nak masuk ada kena bayar juga walaupun setakat nak berlegar kat laman... pelik sungguh... Nak ambil gambar dari depan muka gate pun tak dapat larrrr sebab nak kena lalu dengan orang jaga tu...

Hahahaha... ada juga cubaan macam tu ya :D

masMZ KaKiJaLaN said...

@xplorer,

Kena pergi! KENA PERGI!!