FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, February 25, 2013

IPoH : RoYaL BeLuM WoRLD DRuMS FeSTiVaL 2.0

Salam Monday Blues. Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan :D 

Mula-mula sekali nak ucap terima kasih banyak-banyak buat semua kengkawan kat sini yang sudi undi blog KaKi JaLaN kat MITBCA 2013. Weeeeeeee, ai tacing taw dengan semua orang pasal support menyaport nih.... Terima kasih.....  Doa la pulak untuk ke peringkat seterusnya... #terustadahtangan

Ok.. meh kita jenguk Royal Belum World Drums Festival 2.0 (versi tahun kedua kekdahnya) yang aku dan Maszuber pergi malam tadi di Padang MBI, Ipoh.  Fiuhhhhhhh, memang cuaca tak berapa nak best satu hari suntuk di Ipoh dari pagi sampailah ke malam.  Hujan!!!  Masa kami keluar, hujan dah ala-ala sidang tapi sampai sahaja kat padang MBI tu, nahhhhhhhh..... "Hadeiii, lebat la pulak!  Jom kita layan tekak dulu lar nak?!"  Nasib baik tempat event tu betul-betul sebelah dengan gerai-gerai makan... Ngeeeee...... 

Ada orang tanya, "Mas, best ke tengok orang main drum ni?"
Sebab minat orang yang berbeza-beza, jadi jawapan aku seharusnya. "Hoyeahhh BEST OKAYSSSS"
Bak lagu Kesha tajuk dia 'Die Young' yang tengah popular sekarang nih "I hear your heart beat, to the beat of the drum.... (ok lirik lepas tu dah tak berkaitan!) #motip pulak tetibe letak lagu omputih! Errrr.....

Drum ini universal dan worldwide (apakah bezanya??).  Peranan drum atau lebih umumnya muzik di kalangan sesetengah masyarakat sangat besar dan memainkan peranan penting sama ada dalam upacara keagamaan, kebudayaan mahupun dalam kehidupan harian diorang.  Macam kat Malaysia sekarang ni, masih lagi demam Tahun Baru Cina, bergendang-gendang drum tarian naga dan singa.  Tiba masa cuti sekolah, berpalu-palu bunyi kompang mengiring pengantin (kelopak jantung, kelopak jantung bunyinya).  Belum pula kira pada hari-hari istimewa, bila nobat dimainkan di adat istiadat istana.  Kalau nak cerita memang, bersiri-siri agaknya entri ni, hehehe :)

Untuk aku, kalau dengar bunyi drum ni, memang hati tu rasa macam kena palu.  Bukan dalam cara yang tak baik, tapi dalam cara yang aku suka (tolak tepi bunyi yang palu drum bingit).  Ada seni dan sentuhan.  Oleh yang demikian, memang tak dinafikan sekiranya ada orang memperkenalkan kaum etnik, budaya masing-masing menggunakan drum (namanya berbeza mengikut alat).

Jom, nak kongsi gambar-gambar yang sempat aku bidik.  Sesambil tu cerita macam biasa deh!  Hadoiiii jauh ke main dari pentas, ramai orang dan hujan!! Huwaaaa sob. sob!

Ini persembahan yang pertama yang kitaorang tengok.  Dari Republic of Maldieves, Harubee namanya


Masa tengok persembahan ni, memang terkejut jugakla tengok yang dua orang kat depan tu menari.  Bukan ala-ala yang bhangra (camne ke ejanya?) tu atau dalam filem-filem hidustan ke tamil, tapi ada gelek seh!!! hihi..... 

Ini persembahan dari Nakhornsawan Rajabhat University dan Absolutely Thai.

Dari Tataloe Perkusi, Thailand Indonesia

Wicket Aura dari Singapura.  Mantap!!!

Persembahan drum dari barang-barang kitar semula.  Antara bahan yang digunakan oleh Tataloe Perkusi termasuklah periuk, tong sampah, zink, kuali, botol dan apa lagi eh??? Lidi kot!


Persembahan dari kumpulan tempatan dari Perak iaitu Perkusi GatraSiap nyanyi lagu Wan Lebor iaitu lagu rakyat negeri Perak, hihihi....  Sangat meriah!!

Pancarsura dari Bandung, Indonesia memainkan musik etnik seperti Sunda, Bali di Indonesia yang diharmonikan dengan musik jazz

Persembahan dari ASWARA.  Yeahhhh 'beat the drum!!!!!' I'll go with you!!!!!

Persembahan dari Egyptian Nile Folklorik Musical Troupe, membawakan persembahan Tanoura.  Kalau ikutkan, persembahan ini biasanya dipersembahkan dalam Egpyt Sufi Festivals.  Kain yang penari tu pakai sebenarnya ada 2 lapis, ada satu lapis tu beratnya ada 7 hingga 8 kilogram.  Jom tengok lagi.

hebat kot yang menari ni.  rasanya kalau aku yang menari, harus pening dan pitam.  Berpusing-pusing.  Kalau korang search lagi kat internet, wahhh siap macam terbang lagi penari nih....





Gigih tunggu sehingga persembahan yang terakhir iaitu dari Republic of Azerbaijan iaitu Natiq Rhythm Group.. Wahhh simpan diorang yang terakhir!! Strategi sangat!!!  Pemain utama iaitu Natiq Shirinov baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 'naghara greatest player'.  Katanya yang paling laju, fiuuuuuuuu #LapPeluh!  Apapun memang persembahan beliau dan kumpulannya hebat!

Gambar terakhir sebelum simpan kamera.. Hihihi..

Oklah nak balik dah... Nak cari lagu Wan Lebor.. Awat ntah, bila dah pindah kawasan jajahan ni, selalu pula dengar lagu ni.. Terpaksa nyanyi!! Hahahahaa. 

 

Wednesday, February 20, 2013

RoYaL BeLuM DRuMs FeSTiVaL 2013 : KeMBaLi LaGi!!!

Haluuuuuu.... Selamat hari Rabu.  Salam Satu Malaysia dan Salam Moh Kita Pi JaLaN! 

Kita rehat dulu cerita dari tanah seberang.  

Dah sebulan rupanya aku ni dok ngadap gambar dan cerita dari sana je, walhal hurmmmmm kat Perak ni terutamanya kat #negaraEeypoh (Ipoh) ada satu event best yang akan berlangsung.  Ni mesti ada yang tak tahu ataupun tak sedar.  Meh sini nak tolong buat promosi :D

Ingak tak tahun lepas, ada entri dalam KaKi JaLaN tajuknya Menjenguk Royal Belum International Drums Festival??  Hoyeahhhh best gila walaupun masa tu dapat pergi tengok full raptai je.  Meriah dan happening sangat.  Tak sangka, diorang betul-betul nak buat event ni jadi event tahunan....

Nahhhhh.... 2013, Royal Belum Drums World Drums Festival 2013 kembali (nama baru gitew).  Setahu aku dah beberapa siri jelajah dah dibuat di beberapa bandar/ pekan kat Perak ni.  Teluk Intan dah lepas kalau tak salah minggu lepas, tak sempat nak pergi.  Untuk hari ni, ada tour kat AEON Manjung dan Mydin Meru Raya, Khamis di RTC Gopeng, hari Sabtu di Gerik (jauhnya!!) dan Ahad moh ler kita beramai-ramai ke Padang MBI untuk melayan Beat The World ni katanya! 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai event ni, korang leh cekidaut diorang punya laman sesawang rasmi iaitu http://www.royalbelumworlddrumfest.com/ (kenapa tak buat dwibahasa??).  Jadi, leh tengok apa program diorang dan juga kumpulan-kumpulan yang akan buat persembahan.

Nak share balik gambar-gambar yang KaKi JaLaN bidik masa tahun lepas, biar lagi terbakar korang nak pergi! Hehehe.  Moh kita Perak!! Moh kita ke Royal Belum Drums Festival nih...
 









Errrr.... soalan sikit, tengah-tengah mood Tahun Baru Cina ni, tak terselit ke Tong Tong Chengggggg ketukan drum cina masa tarian naga tu???

Jumpa di sana! Di SaNaaa! Di SaNaaaaaaaa........

Last but not least, korang dah cekidaut tempat ni ke belum??




Dah vote aku ke belum??? Hehehehehe... ketik ini --> VOTE
Buat yang sudah mengundi, thanks korang  :D


Tuesday, February 19, 2013

GiLi IsLaNDs : THe BeaUTY aND WaRMNeST (PHoTo SHaRiNG)

Haluuuuu..... Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan!!!

Soalan penting aku, korang dah vote aku ke belum??? Hehehehehe... ketik ini --> VOTE
Dan kawan-kawan dari Travelholicawesome sekali taw!! Tengok kat sini --> VOTE jugak!

Sambungan entri ni, dari sini --> GiLi iSLaNDs : TRaWaNGaN, MeNo, AiR (jom main air!!!)

Dalam entri kali ni sebenarnya nak kongsi gambar dengan momen-momen kat sana yang aku rasa akan tersemat dalam hati aku pasal tempat ni.  Rasa macam tak lengkap pula kalau tak tepek gambar-gambar ni kat KaKi JaLaN :D

Papan tanda ni betul-betul kat tempat port bot umum berhenti.  Yeayyy, tercapai cita-cita nak datang sini :D

Sajian dalam perjalanan untuk melihat matahari terbenam..  Berangin dan kami melimpasi  'golden moment'.  Terpaksa kayuh laju-laju, yah yahhhhh...

Jurrasic Park? Hehehehe..
Yeayyyy... Nak sampai dah.  Kat depan tu je Sunset Point kat Gili Trawangan.


Ehsan dengan kawannya.  Dah nama duduk satu pulau, harus kenal kot! Ekekeke..

Pagi di jeti Gili Trawangan *nota ni bukan jeti umum 





Aku dan baju baru???? Hahahahaha... Menchik taw!!!!  

Cuba lihat air kat bawah tu, jernih ok!  Nampak lantai laut!

Walaupun, Pulau Gili ini kampung, tapi kenyataannya keadaan dalam Pulau Gili ni bersih dan terjaga.  

Owhhhh ada budak pakai baju sekolah!  Beb! Jom cari sekolah diorang!

Owhhhh... Rupanya diorang ni sekolah juga hari Sabtu.

Anak-anak di Gili... Haaaaaa.. cer teka dengan siapa kami jumpa????  "Eh, kamu!" *sengih*sengih

Mawardi!!! Hehehehe... Kami jumpa masa tengah duduk depan tempat Ehsan dan dikenalkan oleh Ehsan.  Malu-malu je tapi sengih-senggih.  Agaknya tak faham sangat cakap kami kot.

Kami sempat bedak-bedak hadiah-hadiah kecil yang kami bawa untuk anak-anak yang kami jumpa sepanjang perjalanan.  Yeayyy, best giler tengok muka diorang happy dapat hadiah.  

Depan Kawasan Pasar Seni.  Di kawasan ini, ada banyak jual cenderahati dan baju-baju. 

Yeayyy... Jumpa pun pejabat pos!  Harga satu poskad kat sini IDR5,000 dan setem IDR14,000 untuk pos ke Malaysia (err lupa).

Kalau tak nak jalan kaki atau sewa basikal, ada kerete kuda ni. Dalam pulau ni memang tak ada kenderaan yang berenjin.

Jam 10.30 pagi, kami menaiki bot laju untuk kembali ke Lembar.  Dengan harga tiket IDR300,000, perjalanan ke Lembar hanya mengambil masa 3 jam (jimat banyak masa dan tenaga) dan harga termasuk kos van ke hotel-hotel di Bali.  Jimat giler!!!


Ok lupa pulak.. Dah keluar baru teringat nak ambil gambar bot! Hihihi.. Ampun!

Sedikit nota mengenai Gili Trawangan ini, disebabkan kami punya waktu yang suntuk dan dihambat akan kegeraman bagasi yang tak sampai-sampai, kami terlupa saranan Pris kepada kami untuk mencari dua buah masjid istimewa kat sini.  Katanya kat Pulau Gili Trawangan ini juga dikenali juga sebagai Pulau Seribu Masjid.  Memang tak dinafikan, dari sayup-sayup, kami masih boleh mendengar laungan azan, ngaji dan ada sekali mendengar pengumuman ke rahmatullah penduduk kampung.  Kalau jalan kat depan sahaja memang tak nampak sebab kampung masuk ke dalam sikit.  Terkilan jugak la rasa hati. sebab tak tahulah bila pula nak sampai lagi kan?!  Masjid apa eh, Pris suruh cari?  Kena tanya dia balik! Hehehehe.

Memandangkan penduduk kampung di Gili Trawangan ini kebanyakkan beragama Islam, maka aksi vogel-vogel memang tak adalah kat sini walaupun kalau nak cari tupis tu memang melambak-lambak.  Pada pemerhatian aku yang singkat kat pulau ni, yang seksi-seksi tu masa orang nak naik bot pergi snorkelling je.  Baguih.. Baguih..

Ehsan ada juga beritahu kepada kami, malam hujung minggu ada pesta di alun-alun.  Ada menari-nari bagai. Tapi, dia tak galakkan kami pergi dan dia pun tak suka katanya.  Ada yang ngambil kesempatan tacing katanya... Huuuuu..... Namaooooo.....  Terus aku bayangkan pengalaman masa di alun-alun Karimunjawa.  Ya, hiburan musik di sana berbeza dan aku juga kurang berminat dengan lagu-lagu dangdut di sana.  *cerita Karimunjawa belum keluar lagi erk! Ngeee....  Walaubagaimanapun, harus aku ingatkan, mungkin yang dimaksudkan hanya segelintir kecil sahaja.  Jadi jangan salah faham dengan apa yang aku tulis. Ya, kalau yang suka berlibur kayak begitu, mungkin (tetiber slang Indonesia??).  Tak suka jangan pula pergi dan kemudian menyatakan benci dan rimas.  Ya udeh, jauhkan aja!!

Lepas ni kita kembali ke Bali dan ke terjah tempat makan best!! Jeng jeng jeng.... Tunggu...

Saturday, February 16, 2013

GiLi iSLaNDs : TRaWaNGaN, MeNo, AiR (jom main air!!!)

Haluuuuuu..... Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Pi Jalan!!

Korang dah undi blog KaKi JaLaN ke belum kat sini --> Yup Pliss Support Me!! Vote! Vote!

Sambugan dari sini ~.LoMBoK : Tg RiNGGiT, PaNTai TaNGSi / SeBui / BaTu BuLoNG

Selepas sarapan ala-ala American breakfast kat hotel (walhal roti bakar dengan omelette dengan jus oren je), kami selesaikan bayaran hotel untuk kami dan Pris.  Akhirnya Pris terus menginap dengan kami sebab sambung borak pulak lepas aku balik cari baju malam tadi.  Untuk bayaran sewa hotel kami iaitu The Wira Cafe adalah IDR200k dan tambahan IDR75k untuk extra person.

#Perhentian2 : Gili Islands

Pihak Wira, bantu panggilkan teksi untuk kami ke pelabuhan Pemenang pada jam 8.30 pagi.  Adi dah pesan supaya kami harus awal dan menaiki bot yang pertama ke Gili Trawangan supaya tidak terlewat untuk trip Island Hoping yang telah ditempah oleh dia (seperti yang disarankan oleh Pris kerana harga yang ditawar murah dan kami juga tidak perlu membuang masa untuk survei-survei lagi kat sana).

Yuk!!!!!!

Dari Wira Guesthouse, kami menaiki teksi bermeter BlueBird dengan harga IDR70k.  Perjalanan dari Senggigi ke Pemenang mengambil masa setengah jam dan melalui suasana kiri kanan yang menarik dan tenang.  Memang rasanya, aku akan sampai ke Lombok lagi nih :D

Kami diturunkan di kawasan letak kereta berhampiran jeti. Katanya kenderaan luar hanya dibenarkan setakat itu sahaja. Masa ni cidomo-cidomo dah keliling kami.  Harga mula yang ditawarkan adalah IDR15k, omaiii!  Yang aku pernah baca Zila dapat IDR3k je.  Jadi, aku dan Bibi ambil keputusan untuk menapak sahaja dulu sehingga ada yang nak ikut harga kami iaitu IDR5k.

Ni di kawasan sekitar jeti.  Ramai yang tunggu untuk membawa barang-barang dari tanah besar ke Gili.  Bersusun-susun raga yang berisi macam-macam barang keperluan terutamanya makanan.Kami terus masuk ke dalam bangunan pejabat untuk membeli tiket bot awam dengan harga IDR15k seorang (harga tiket IDR10k, tax IDR5k).  Untuk naik bot ni, kena tunggu dekat dengan bot dan dengar diorang panggil.  Kalau dipanggil tiket warna apa, ikut sahajalah.   

Ini rupa bot umum di Pemenang.  Jalan tak ikut masa.  Kalau dah penuh, bot ni terus jalan.

Dah nama bot awam, macam ni la rupanya!  Lepas aku masuk, diorang loading barang diorang pulak.   Ada bot yang awal tadi, siap bawak tv lagi!!  Nasib baiklah takde teruk baunya dan terus tadah tangan supaya laut tak bergelombang pagi nih.. Nanti ada pula yang mabuk, huhu...

Pria-pria Lombok.  Lamanya nak sampai ke pulau nih.. Hihi... Setengah jam tu rasa macam 3 jam je sebab dah sabar dah nak main air ni.

Yippie dah sampai.  Rupanya Pulau Gili Trawangan ini pulau yang terakhir dari deretan pulau Gili.  Dalam perjalanan tadi, kita akan melalui Pulau  Gili Air dahulu, diikuti Pulau Gili Meno dan yang terakhir barulah Gili Trawangan.  Laut memang cantik sangat!!!

Sebaik sahaja bot mencecah pantai, kami terus bertemu Ehsan.  Kami sudah lewat untuk jadual trip yang diaturkan olehnya.  Ampun! HEhehehe... Nasib baik dia sudi lagi untuk menunggu.

Selepas membuat pembayaran iaitu IDR100k untuk island hoping, kami terus ke bot. Weee ini kali pertama naik bot yang ada lantai kaca ni (bottom glass bot). Kagum!!!!

Destinasi pertama adalah snorkelling port berhampiran dengan Gili Meno.  Tempat yang pertama ni, sama ada aku mahupun Bibi, tak turun.  Rasa cepat sangat pula nak turun air memandangkan kami pun masih berlelah-lelah lagi dalam perjalanan. Kata orang, nak main air jangan over excited!

Perhentian kedua adalah di kawasan penyu.  Lama juga bersnorkelling kat sini.  Di kawasan ini banyak terumbu yang dah mati, tapi aku berpeluang untuk melihat tiga ekor penyu di kawasan yang berlainan.

Perhentian snorkelling yang terakhir adalah berhampiran dengan Gili Air (aku tak ingat nama port tu sebenarnya).  Port snorkelling yang terakhir ini banyak terumbu yang berwarna-warni.  Cantik kawasan terumbu kat sini dan agak luas.

Masa snorkelling kat sini, tengah aku betul-betulkan google, tiba-tiba rasa badan dipaut. 
"Mbak, minta tolong mbak"
Aduh! Tolong? Parah ni! Mana gaya nak tolong orang?  Aku lifejacket tak pakai, google pun tak betul lagi! Minah ni awat pegang aku nih?????

Mula-mula gagah lagi, sambil water trading sambil tangan aku dok melambai bot (dengan penuh pengharapan ada orang atas bot nampak, but wat da?? huh! jarak bot ngan aku masa tu 50m kot ), sambil panggil apa eh (dah lupa, tapi bukan jerit Tolong).

"Mbak, tolong saya mbak.  Saya ngga bisa berenang"
Memang gilo!  Apa kejadah ko turun air tak pakai lifejacket pastu sensorang lakssss......  Aku jua tidak bisa mbak!  Cukup yakin untuk diri sendiri sahaja.  Jadi, dalam sambil itu aku minta dia lepaskan aku juga.  Dah tak larat nak melambai sambil bertrading.  Drama sangat sebab kebetulan tak ada pula orang lain yang dekat-dekat dengan kami.  Sebab dah tak tahan dan penat, sikit je lagi aku nak sepak minah tu. Nasib dia lepaskan aku juga akhirnya.  Penat giler dowh dan aku pulak struggle lepas tu ambil nafas. Fuhhhhhhh tenang Nana (nama masa trip nih).. Tenang... Memang aku tak fikir dah pasal minah tu.  Yang penting aku kena ambil nafas dulu. Dah ok, aku berenang ke bot.

Owhhh ok, betulla aku nampak minah tu cam naik bot dah sebab cam baju hijau yang dia pakai.  Tempat dia sebelah aku kot.  Tunjuk aku kat bf dia, tapi masa aku sampai dan duduk tak kata apa pun. Hai larrrr macam ni pun boleh???

Dah tengah hari, kami berhenti di Gili Air.  Warna laut kat sini pun cun melecun.  Kalau ikut hati, nak pula terjun laut kat sini tapi matahari dah kat atas kepala dan perut pun dah lapar.  Banyak tenaga dah guna tadi!!  Untuk pakej yang kami, memang tiada pakej makan tengah hari sekali.  Jadi, masa berhenti kat sini, kenalah order makan sendiri.  Aku order Barracuda Tuna steak sementara Bi order calamari Ala Romana katanya.  Port makan betul-betul mengadap laut.

Tak mengapalah Bi, kita makan mewah sikit tengah hari ni ya!  Harga makanan aku dan rata-rata yang lain adalah IDR40k dan ke atas dan minuman pelbagai harga.

Sementara tunggu bot balik, sempat juga kami jalan-jalan di kawasan sekitar dan ambil gambar sekitar.  Budak-budak ni bukan main lagi suka ya :D

Dekat dengan Pulau Gili Air ini kebetulan ada sebuah bot layar yang memang mencengkam jiwa dan mata aku.   Terus rasa nak ada sebiji kapal lanun sendiri (motip tetiber kapal lanun pulak?)  Eee bestnya......

Trip island hopping sebenarnya setengah hari sahaja.  Selesai, terus kami balik ke pejabat Ehsan untuk ambil beg.  Sebelum tu, kami dapati tempat ni ada jual tiket bot laju terus ke Bali dan harga yang ditawarkan adalah murah iaitu IDR300k.  Jimat banyak sangat masa untuk balik ke Bali tuh!  #DailyPhotoWithLocal ~ Day2

Sambung borak-borak kat depan opis pulak sambil tunggu hujan sidang.  Ehsan janji nak teman dan hantar kami ke penginapan kami.  Amboiiiii..... Ececece.   Suka plak gambo nih....  Ni rupa kalau senyum habis :D

Petang tu, selepas berehat dan bersiap-siap, kami keluar semula.  Rugi duduk dalam hotel lelama.  Aku pun bukan nak siap sangat, takde baju nak pilih-pilih pun.. Recycle je baju yang pakai malam tadi.  Masa balik hotel tu, kami cuba lagi dan bercakap dengan customer service Air Asia.  Luggage aku diorang tak boleh hantar!  Sekali lagi, menyirap lagi darah...  Ater? Kena beli baju lagi?????? Kat tengah pulau shopping?????? Eeeeeeeeeeeeeeeeee..... 3 bakul kemarahan telah diluahkan kepada Air Asia Bali masa tuh.

Ya udeh, cari basikal yuk untuk jalan kat pulau.  Biar jauh perjalanan dalam pulau.    Kami dapat menyewa basikal dengan harga IDR25k/ sejam/ satu untuk petang tu. Sedang berkayuh dan membidik gambar, Ehsan tanya kat mana.  Menjawablah aku sambil berbahasa basi manis gitew.  Entah macam mana, Ehsan kata tunggu kat situ, dia datang dan ikut melihat sunset di hujung pulau.. Yeayyyy....  Kata Ehsan, murah sangat sewa basikal yang kami dapat! Untung... Hehehhee... Rezeki kami namanya tu :D

Setelah berkayuh dalam lima belas  ke dua puluh minit, kami sampai di lokasi melihat sunset. Wow! ada pantai cantik juga kat sini rupanya.  Menurut Ehsan, dahulu ada resort di kawasan ini, tapi ditutup sebab agak jauh.

Hey... matahari dah nak terbenam.. Kita letak basikal di sini sahaja.

Walaupun tiada matahari bulat bak biskut dicecah ke dalam air, pemandangan dan suasana matahari terbenam di sunset point sangat cantik petang tu.  Tenang dan nyaman.

Sekitar-sekitar senja di Gili Trawangan sebelum kami pulang ke penginapan.  Ehsan minta diri memandangkan ada urusan dan janji bersama keluarga.  Jumpa esok pagi katanya lagi.

Kami makan malam di  kawasan pasar malam (di kawasan Pasar Seni).  Di sini sahaja pilihan makan malam yang murah.  Bajet makan malam kami pada malam ni IDR100k maksima.  Hajat nak makan cumi bakar, dibatalkan memandangkan harga untuk seekor sotong sahaja sudah mencapat IDR75k, mak aiiiiii... Terus aku rindu dengan Karimunjawa!  Sedapnya cumi bakar kat sana!

Setelah dituai-tuai, maka lauk kami untuk malam itu ialah ikan bakar, dan cumi bakar selidi dengan nasi yang telah disertakan dengan 3 jenis lauk sayur.  Kami juga membeli pancake satu sebab teringin... Hehehhee...  Rupanya pancake sana, sama je macam apam balik kat tempat kita ni.  Cuma isinya sahaja yang berbeza.

Selepas makan malam, aku dan Bibi keluar masuk kedai untuk mencari pakaian aku untuk esok. Hurmmmmmm kacinggggggg........