FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, June 2, 2014

TaMaN NeGaRa PaHaNG PaRT 1 : MooD TaRZaN???? WooOOOoWoooOOOOO

HaLuuuuuu Sambung Jalan Yuk!

Belum?? Hahahaha Belum lagi ok!  Sabo!

Jom pi Amazon Malaysia....
Hahahaha... Over sangat ko ni Mas!
Erk?!!! Ater???
Ko samakan Amazon ngan Taman Negara Pahang je kan???
Well ;D

Drama Taman Negara Pahang bermula bila ada la orang tu kan... Haaa yang tu dan yang tu dan haaa yang tu jugak #sambilmulutjuih2tunjukdeme konon teringin benor nak gi Taman Negara ni.  Katanya cita-cita dari sekolah rendah lagi... Hahahahahah... Layankan aje larr deme kan.

Tengah-tengah deme, bercerita-ceriti tu dan katanya dah ngantor-ngantor emel mencari quotation terbaek, aku pun bukak la mulut aku yang tak macam Angelina Jolie tu....
"Kalau mengkome nak pegi, nanti aku tepon kawan aku kat sana'
"Tipu!"
"Betul larrr!"
"Tipu"
Hahahahahaha oklahhh yang tipu tu dialog kat atas je.... 1-0 (sape tah yang dah kena tipu tu?!)

Oklah... Aku pun me'roger' lar sorang kawan aku kat sana....
"Halooooo....  Salam Satu Malaysia.... Salam Jom Pi Jalan....." #eceh
"Halo... Madiiiiiiii... Kawe nak g sana, tarikh sekian sekian, orang sekian sekian..."
dan setelah ditetapkan tarikh, maka bermulalah drama Taman Negara episod 2... countdown dalam hati (so takyah lar citer kan?!).

Pada pagi hari kejadian, bermula drama Taman Negara episod 3. 


Pada hari kejadian, kami telah berjanji manis untuk bertemu pada awal pagi untuk bersarapan kuih keria mak Jah Ampang yang legend dan nasik lemak air tangan Janggel sempena kesyukuran beliau untuk ke Taman Negara (sedap woooOOooooooo pestaim dia masak untuk kengkawan ;D).  Tunggu punya tunggu sempat aku gi sopink kat tesco beli slipar pastu sambung sopink kat Mydin lakssss.... over sangat dak????
 
Setelah peserta dari Johor tiba, kami semua dengan penuh semangat menuju ke Taman Negara Pahang.  Bila dah nampak papan arah tu, lagi la bersemangat.  Habis segala lori kena potong.  Kami sepakat untuk terus memandu sehingga sampai ke pintu masuk ke Taman Negara Pahang.  Habaq hang, kalau nak rasa naik bot sebab nak nikmati pemandangan sungai, hutan keliling, kome takyah susah-susah. Haaaa aku bagitau caranya camne.  Tapi, kalau nak jugak naik bot masuk, botnya ada dari pekan Jerantut.  Pastikan cukup korum untuk kongsi tambang bot.... Mahai dah sekarang nih haaaaa... Dan pastikan cukup masa untuk berfoya-foya dalam Taman Negara nanti.  Sebab apa, naik bot dari pekan Jerantut tu akan mengambil masa lebih kurang 3 4 jam bergantung kepada banyak tak banyak air sungai.... Kalau drive, jalan tar elok je sampai ke tempat depan resort, hotel, hostel yang kome nak duduk nanti.  Takde jalan merah, komperem!


Kami sampai ke Kuala Tahan lebih kurang jam 1 tengah hari.  Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3 jam sahaja.  Sampai sana, kol Madi terus ajak pi hostel sebab hahahaha (adalah cerita lawak dari Aqilah dan penipuan dari Na! Gajah??? LOL!).
 
Kami tinggal di Mahseer Chalet dan ambil bilik dorm.  Satu dorm buat muat 5 orang.  Jadi kami ambil 2 buah dorm.  Satu untuk peserta-peserta wanita, satu lagi untuk yang hero yakni Cawan ngan Janggel.  Gambar bilik dan kawasan sekitar nanti aku kongsi yer... Hari pertama tak ambil lagi gambar hostelnya :)
 
Sampai bilik, kami siap-siap solat dan kemudian terus keluar makan.  Walaupun namanya Taman Negara, tempat makan kat sini punyalah banyak.  Nak makan, kua awai larrr... hohohooooo.... lauk habis, nangesssss....  
 
Jam 3 petang, kami janji untuk jumpa dengan Madi di jeti.  Kalau ikut Madi, hari ni korang rehat... Esok pulun dari pagi sampai malam...
 
Ha????? Rehat????? Huhu! Mana boleh!
Madi!  kami nak pi mandi sungai! Mandi sungai!  Mandi sungai!
Hahahahahaha.... panas yakmats weiiii Taman Negara ni.... Nama jer dok dalam hutan, ada sungai bagai......
Ater? Naper?  Ko ingat ni atas tanah tinggi ke nak fefiling sojukk???

Yezzza..... akhirnya naik bot! Ni muka orang ni haaaaa.... kemain hepi tu.... Muka berseri-seri.

Tu dia langit biru dengan awan berserak bak memanggil-manggil.  Cuaca best dan terjunan ke dalam ayor sudah menggamit-gamit.


Dalam sepuluh minit perjalanan, akan lalu depan perkampungan orang asli Jahai ni.  Ala-ala Kampung Aman Damai kat Belum.  Tenang jer rupanya, tapi eh?  Takde orang? Hahaha #dramasangat

Owh... hero air... Nampak dah sorang!  Bestnya dah kena air!!!!!

Lagi!! Ishkkkkkk.... Tetiber cam darat sangat pulak tengok orang mandi sungai!  Mmmmm bukan daratlah!  Air Sungai Perak tu dah tak boleh nak mandi cam doulu-doulu!  Haruslah dah tak sabor nak mandi sungai besar camni.

Haaaaa tu dia... sampai dah jeram!  Best woooo.....
Aktiviti petang ini ialah Rapid Shooting iaitu main air (errr apa eh nak translate ni?) jeram, air deras.  Kalau ikutkan, alang-alang buat aktiviti rapid shooting ni, buatlah aktiviti melawat perkampungan orang asli dan mandi sungai......
Errrrrr.......  Madi, takpe aaaa... Baru pergi.  Diorang dah kutuk aku dah, pegi kampung orang asli, gambar orang asli tu je yang banyak.  Muka deme takde.... Deme marah aku!! Takyah! Takyah!

Ada jeram cetek, ada yang agak dalam.  Nasib baik masa kami pergi airnya banyak.  Kering kalu, ada potensi nak kena turun tolak bot haaaaaa.



Taraaaa... Gambar kasi perangat je nih...  Lebih kurang cam ni laaa naik bot..

Dan lalu lagi kat satu lagi perkampungan orang asli.  Kampung yang ni meriah, Nampak ramai penduduknya dan bot yang bawa orang melawat pun ramai.  Moden belaka dah, jangan ada yang mimpi nak tengok pakai cawat ke atau yang seangkatan dengannya... Hohoho....  Aktiviti bila melawat perkampungan orang asli ni, leh cuba main sumpit, membeli barangan hasil tangan diorang dan melawat rumah-rumah diorang.

Nampak dak anak-anak orang asli kat ranting pokok kat tebing sungai tu?

Sambung lagi melawan arus....  Bila air terpercik tu..... emmmmmmmmmmm

Dan bila patah balik, kami berhenti kat sini..... WoooooooWooOOOOOOO
TALI TARZAN!!!!!!!! Jom! Jom!

Na ngan Aqilah..  Sorang dah teruja yakmats nak mandi sungai, sorang lagi takut nak turun bot, takut nak jejak pasir tu..... Haaa tengoklah sat lagi bila dah berani!! 

Selit la gambar Kak Anash....  Masa ni senyum tengah fikir leh panjat tali tarzan ke dak? Boleh ke dak?? Ye tak kak?! huhuhu peace yo!

Aku pun sibuk gak nak terai..... errrrr terai ke pose je???? Hahahahahahahampeh!!
Yang benor, aku lari je bersama-sama tali tarzan tu...

Pheewit! Jatuh ala diva!

Ni? Jatuh terduduk?! Semua pun sporting!
Masa main ni, semua pun cuba termasuklah kak Anash dan Janggel la setentunya....
Tapi.........
Yang betul-betul tarzan..... [next picture plis!]

Cawan la yang paling best.... Eeeeee sampai banyak sangat gambar dia mentarzankan diri....  Eksaited giler Aqilah nengok Dedinya membuat memacam aksi.  Mandi puas-puas dan Aqilah akhirnya dia yang takmau balik! 

Dah puas mandi sungai, kami pun balik.  Ni kat jeti aka bot house aka restoran terapung. Haaa sukahatilah......  Jom cari makan!  Laparrrrrr!

Haaaa ni salah satu restoran terapung yang ada kat Taman Negara ni.  Pilih je la yang mana berkenan.  Petang ni, kami makan ringan-ringan je sebab malam nanti nak pi cari makan lagi katanya...  Macamlah ada aktiviti lain nak buatkan malam ni?

Option, kalau siapa nak buat aktiviti, malam hari pertama ni mungkin boleh buat night walk pi tengok haiwan kat kolam garam.  Seingat aku, night walk ni light je dan tak mahal mana pun....  Untuk kami, malam ni kami nak santai-santai sahaja dan esok nak pulun woooOOOOwoOOOOOOO (jerit cam gaya tarzan! mood tak abes lagi!)

Selepas makan malam, kami lepak-lepak kat lobi chalet.  Malam ni bintang berterabur di langit.  Subhanallah memang cantik yakmats...

Memang berkobar-kobarlah mencuba segala mak datuk setting untuk dapatkan gambar.

Dan ni je la hasil yang dapat aku tuai malam tu sebelum awan mula berarak dan menutupi segala keindahan bintang-bintang ni.  Semoga esok boleh cuba lagi.  Dapat gambar langit sikit je sebab nak masukkan gambar chalet dan trip kali ni lens aku 24-75mm je....  Masa ni laaa nyesal tinggalkan paling tidak kit lense 18-55mm... Huhuhu.....

Selamat malam semua.... 
Dah lewat dan nak tidur cepat supaya siang pun muncul cepat! Buleh????
Sampai jumpa lagizzzzZZzzZZZzzZZz

I am Jane... ZzzZZZzzZzz..... I am Jane.... ZZZZzzzzZZZz


No comments: