Haluuuuu....
Assalamualaikum....
Salam Satu Malaysia....
Salam Hujung Minggu....
Salam Jom Pi Jalan ;D #ngee
Ke mana hujung minggu ni? Last kot nak ber'foya-foya' siang sambil makan-makan.
Siapa yang duduk belah-belah pantai barat Selangor, siapa yang dok belah-belah Perak selatan, jom pi Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Katanya pantai rekreasi, tapi kalau ikut aku ni haaa.... rekreasi tu pi makan mee / nasi goreng udang berenang-renang kot! Hahahaha.... Iya port best kalau nak makan mee udang, nasi goreng udang, udang goreng, kerang bakar kat sini. Kalau nak ber'banana boat', nak berenang-renang kat sini memang takde lah. Mancing???? Silalah booking tempat di Kelong Paradise.
Bagan Nakhoda Omar (BNO) ni memang port singgah waktu berulang-alik menyukat jalan. Hoho... selalu rindu laut. Bila tengok air, tenang rasa hati. Bila tengok air, sejuk rasa jiwa. Rasa macam semua yang dok main dalam kepala tu dibelai-belai, diusap-usap ombak. Semoga apa yang terpemdam dan memakan perasaan sekarang ni, jauh.
Hari ni, kongsi gambar sahaja. Gambar udang goreng mee ke, udang goreng nasi ke, takde (haaa faham dak maksudnya?? udang banyak ok!). Hari ni kongsi gambar laut. Hari ni kongsi gambar matahari nak 'tidur'. Hari ni kongsi nelayan keluar mencari rezeki di bumi Allah. AllahuAkbar. Allah Maha Besar.
No comments:
Post a Comment