Haluuuu....
Assalamualaikum....
Salam Satu Malaysia... Salam Perak Aman Jaya... Salam Jom Pi Jalan....
Jalan??? Achemmmmmm....
Jalan raya nak? Raya eh??? Duit raya plissssssss.....
Amacam mood raya lagi ke?
Mesti ramai dah raya sakan kat kampung kan?
Kat mana kampung tu? Kampung Baru? Mana? Hahahaha... Ko ni kan suka soklan bikin panas orang taw!
"Haaa kampung aku kat Kampung Baru... Sepelaung dari KLCC. Ko hadoooOOOOO???"
"Nan hado... Nan hadooooOOO... huhu"
Udah! Jangan marah aku... Sabor. Sabor... Nak rasa dok kampung?????
Grrrrrrrrrrrr...
"HeLLLooOOOOo..... u ajak ai cuti dok kampung ke?"
"U taw tak kampung ai lagi kampung dari kampung u?"
Eceh..... ni dialog kalau aku ajak Byya pi coti2 gaya kampung style.... Hahahahaa.... Rumah Byya siap ada bela kambing, itik, ayam makan, ayam keluk2, siap dusun belakang rumah lagi.... Haaa u nak apa?? OooOOOOOOOoooo so nak urban la pulak yer???? Jom Byya kita gi cuti sepeninggalan sahabat2 kita nak akan bercoti ke ehemmmmmm tak seberapa minggu ni lagi! #cakapsambilsengih *ok ini iklan aku untuk Byya jer.... Hahahahahaha
Tapi dialog kat atas tu jugak, dialog biasalah kalau aku ajak sesiapa cuti ala2 kampung style...
Ater kome.... Biorlerrrr....
Katanya "Habislah parent i kutuk i abes-abeskan kalau taw i cuti pi duk kampung" (heh, ni bukan dialog Byya! Hahahaha)
Ada satu masa dulu, kepala aku cam weng-weng. Serius stress giler. Puncanya macam-macamlah hal doniya ni termasuklah kerja, keluarga sampai masa tu aku betul2 hilang dari semua orang kecuali manusia-manusia pejabat. Dan masa tu, aku tahu ramai yang terasa dengan aku dan ada yang secara langsung tanpa aku sengaja telah menerima kesan dari 'hilang dan senyap' aku. Aku rasa cekal betul hati aku masa tu. Aku mohon maaf buat sahabat M&D. Insya'Allah aku datang dan tunaikan janji aku.
Masa hilang itulah, aku nampak satu program dari Belum Outdoor Adventure (ecehh.. promo lagi kan!) kat CS Ipoh. Terus telefon, nekad to take break and meet new frens.... Gilo dah 3 bulan dah kot masa ni aku tak jumpa orang melainkan manusia-manusia berkait kerja. Tak kiralah kalau tak ada partner kenal yang gi sekali pun kan.... Just go for it.
Petang ni aku pun sampai kat Lenggong. Suka-Suka je kan bila nak pergi, walhal dah janji dengan Hisham (BOA) jam 1 tengah hari... Sudahnya sampai sini lebih kurang jam 3 sebab sempat lagi layan tekak ngidam laksa pokok limau kat pekan Kuala Kangsar tu sebelum bergerak ke Lenggong.
Lepas menyeberang atas jambatan kayu dan masuk ke perkarangan Suka-Suka ni, nahhhhhhhh tetiba dalam kampung ada kampung.
Fuiyoooooo ada port lepak ala-ala mat saleh minum kopi kat luar.
Ni? Tempat berjiwa best ni. Duduk baca buku... Duduk menung.. Duduk borak.... Duduk memancing...
Tade.. tade... kampung ok! Suasana kampung..... Ni haaaa salah satu rumah-rumah kampung yang ada kat Suka-Suka ni. Ada berapa dah lupa.. Tapi yang bestnya, semua rumah kat sini, merupakan rumah asal yang dipindahkan dari beberapa kawasan di negeri Perak.
Ni dalam salah satu bilik... Ada yang double. Ada double-double... Ada single.. Yang pasti penghawa dingin takde... Duk kampung, pakai kipas, pakai kelambu nak tidur.
Ni bilik single. Bilik aku aaaaa.... Tapi tidur malam duk tengok katil sebelah atas ada kelambu yang aku tak turunkan.... Hahahahahaha.... Seb baiklah tak ngigau bayang bukan-bukan.
Eh? tertinggal cerita dah sampai disambut mesra dengan pemilik Suka-Suka Abg Aziz dan isteri. Ramah dan best sembang sementara tunggu Hisham sekeluarga sampai. Masa borak-borak dijamu kopi. Hisham dan keluarga sampai, kami sambung lagi borak-borak sambil ber'welcome drink'... Simpan beg dalam bilik, lepas tu jalan-jalan kat kawasan sekitar sebelum tetiber rasa nak ikut deme ke pasar malam kat pekan Sauk. YahOooOooo sampai juga aku kat dalam pekan kecil ni.
Balik Suka-Suka, lepas siap-siap. Keluar sembang lagi sambil-sambil tolong 'tengok' abang Aziz membakar ayam, ikan, kambing sambil gigil2 tahan tangan nak cubit yang dah siap. Sabo weh!!
Bila nak siap ni?????
Tudiaaaaaaaa.... Cam nak raya kan??? Ni masa bukan raya... Cer bayangkan kalau mai sini time raya... Mesti lagi meriah penuh lampu pelita keliling rumah, sambil aku (erk?!) main bunga api sambil lari-lari... Hikssss
Sebenarnya inilah rumah utama iaitu kalau nak lepak-lepak, sembang dengan tetamu-tetamu lain, nak makan, semua kat sini. Dan sebenarnya, yang datang kat sini banyak pelancong dari luar negara. Kata Abang Aziz, Suka-Suka ini dah terima pelancong lebih dari 100 buah negara (jumlah sebenar aku dah lupa! ampun!). Dan untuk naikkan suasana kampung, yang datang kat sini, adalah sesangatlah digalakkan untuk pakai kain batik. Tak bawa kalu, ada disediakan okayyyyyyy... Pakai jangan tak pakai! Kelas pakai kain batik pun ada! Hurmmmm cer ngaku siapa yang tak pandai ikat kain nih? Jeng jeng jeng.
Taraaaaaa..... ni dia juadah makan malam hari ini. Konsep Suka-Suka, makan sahajalah apa yang ada. Yang pasti banyak lauk kampung. Sumpah la tak tipuuuuu, makan kat sini semua sedap dan lahzatttttttttt.
Alhamdulillah... Kenyang yakmats setelah makan bertambah-tambah tak hengat donia... Jam 9 kami ramai-ramai ke Muzium Lenggong... Memalam nak lawat Perak Man? Ada berani? Takkkkk... Lawat Etong aku berani laaaa....
Malam tu ada persembahan wayang kulit di perkarangan Muzium Lenggong. Jauh kot nak masuk ke Muzium tu, tapi ramai orang yang datang. Penuh khemah! Huhuhu.... Terpaksa teropong dari jauh sebelum aku buat keputusan untuk tinggalkan kawan baru aku untuk aku duduk lebih dekat dengan pentas.
Tak cukup ngan tu, jenguk ke belakang pula.... Haaa ni rupa boneka-bonekanya.... moden dah nih tapi stylo.
Balik Suka-Suka dah lewat. Gelap je.. Katanya duk kampung dalam kampung kan? Sebelum masuk bilik, sempat lagi duduk sembang-sembang dengan kawan baru nak kenal-kenal kekdahnya. Dulu katanya takyah post gambar dia, so aku pos gamba pondok seberang tasik je la ya.... Pondok tu pun Suka-Suka punya....
ergh Ahhhhhhhh PAGIIIIIIII..... Sedapnya tidur kat kampung. Sejuk! Nyaman.... Segorrrrrr....
Tu naaaaaa pi keluar pusing kampung... Bestnyaaaaa.
Phewwwwwwwww
Dalam rumah utama...
Ada juga pintu nak pi duduk kat luar. Jeles ok!
Sebahagian dari laman, ni jenguk dari tingkap ni
Selesai makan, pi Lata Kekabu. Mandi sungai! Yuk!
Ni kalau rajin menapak, pi la sampai atas.. Cantik aaaaaaaaaa.... Cam patut mandi kat sini je dulu :)
Dah mandi... LAPO! Ater kome memang takde ingat lain yer? Lapo sesaje. Sepatutnya kami makan di Suka-Suka tengah hari tu, tapi sebab nak merasa juga makanan lain, langsung kami ke Restoran Tasik Raban yang letaknya tak jauh dari Lata Kekabu ni ha.... Pestaim aku g makan restoran Tasik Raban yang ni. Kalau nak dekat, biasalah Ipoh je sudah kan!
Makan. Kenyang. Alhamdulillah. Balik Suka-Suka. Mandi. Tertidur. Minum petang. Posing-posing suka hati. Check out. Huhu....
Yang tak sempat nak buat, mandi tasik, kayak ngan mancing. Takpe lenkali leh wat. Kan Kak Asiah, Abang Aziz dan Azam... 'Tuan Rumah Suka-Suka. Terima kasih banyak. Memang best layan jiwa kat Suka-Suka ni.
Pose dulu sebelum balik.. Mana laks Luqman? Sibuk ngambik gambar ngan ayah dia erk! Weeee balik? Ayuh! Katanya nak singgah tengok rusa dan madu kelulut kat Syamile pulak...
Banyak sungguh tempat nak kena explore ni.....
Salam ingatan tulus ikhlas buat yang berkenaan. Buatlah keputusan dan ketetapan gitu haiiiii..... Haaaaa ready! ready! Meowwwwwww. Zasssss larik!! Apadah yang aku melalut dah ni....
Untuk yang berminat untuk datang kat sini bolehlah cari page diorang kat facebook atau contact no ni +6013 5251177, +6016 5312021, atau leh cekidaut kat blog Suka-Suka
Untuk Belum Outdoor Adventure leh jenguk kat blog diorang sini ..... cer kelik....
No comments:
Post a Comment