Haluuuuuuuu......
Salam Satu Malaysia.... Salam JoMMMMmmm Pi Jalan ;D
Hari ini kita sambung jalan di Taman Negara Pahang lagi erk!
Alhamdulillah.... Pagi ni dapat sarapan roti canai sedap (walaupun duk di pinggir hutan!), badan dah segar, cuaca cantik, bunga-bunga pun dah elok kembang mekarnya. Rasa dah tak sabar nak cium bau hutan. Nak bawa masuk balik ion-ion positif masuk dalam rongga badan ni haaaa... Lama nor dok bandar, duk sukat jalan atas lebuh raya dan keluar masuk kilang demi 2 pinggan nasi sehari... Hahahaha sekian.
Hari ni, baru betul-betul masuk secara rasmi ke Taman Negara Belum eh? ke Negara Pahang. Abes tu semalam??? Erk????? Semalam mengkome seronok-seronok main rapid shooting, main tarzan bagai tu takat-takat main di pinggir Taman Negara je ni haaa. Kalau kome dah masuk Taman Negara Pahang, sah dah, nak kena ada permit masuk kat tangan masing-masing macam kome masuk ke Taman DiRaja Belum hari tu. Kena tangkap takde permit masuk, siap! Takde permit bawa kamera pun, siap!! Ada pegawai perhilitan yang jaga waimma tetengah hutan tu.
Ayuh, naik bot! Sempadan Taman Negara Pahang ni sebenarnya dipisahkan dek Sungai Tembeling je ni ha. Selagi tak jejak ke tanah seberang sungai, selagi tu la sebenarnya kita tak jejak lagi kawasan Taman Negara.
Ensem laks pakcik bot ni... Zoom sket kat muka pakcik ni ;D Ngeh ngeh ngeh
Dah masuk kawasan je, terus g sini bergambar bukti konon kan dah sampai.. Memasing siap dah pakai kasut sukan, nak berjalan dalam hutan. Nak lawan Na ngan Aqilah? Ha slipar je...
Ok. Bila dah masuk, kena pi pejabat Jabatan Perhilitan kat dalam kawasan resort Mutiara ni. Permit masuk ke Taman Negara berharga RM1 untuk tempoh seminggu, dan lesen kamera RM5 untuk tempoh sebulan. Maksudnya, permit dan lesen ni bolehlah pakai berapa banyak kalipun, janji dalam tempoh sah.
Chalet ni dalam kawasan Mutiara Resort. Ada macam-macam jenis, ada style banglo, ada chalet dua tingkat, ada yang cam ni dan ada yang dorm. Yang kayo-kayo boleh la kot. Nasib la pernah merasa jugak sekali duduk sini, walaupun merasa dok dorm je pun.... jadi lar....
Dah sampai hujung kawasan resort, akhirnya kami sampai kat trek untuk ke Jambatan Gantung. Eh? Lupa ya tak cerita lagi pagi ni nak buat apa. Aktiviti pagi ni, nak pi naik jambatan gantung yang legend kat dalam Taman Negara ni. Katanya kalau jalan lalala dalam 45 minit sampailah..... Tapi kalau ko dah berhenti sepuluh juta kali nak ambil gambar, haaaa sendiri mahu ingatlah.
Untuk aktiviti hari ni, Madi yang jadi escott kami. Ye la masuk nak jugak tahu-tahu pokok-pokok istimewa, pokok-pokok ubat, serangga ke apa ke yang kita leh tengok ye dak? Kalau sempat, nak lajak sampai puncak bukit Teresek. Ehemmmm panjat ke tak, panjat ke tak???
Ni, batang-batang pokok yang terdapat sepanjang perjalanan. Subhanallah, macam-macam rupanya. Ada yang pokok atas pokok, sampai dah bersatu akar dan batangnya. Ada batang pokok yang bersalin kulit.... amazing, indah sungguh ciptaan Allah.
ni? Ni batang balak erk? Besar yakmats...
Madiiiiiii... oOOOOooo Madi......
Kena tinggal lakssss... time ni tunggu seseorang yang jawab telefon dari opis.... Hahahahaiiii gigih norrrr ;p
"Haaa.. gi solat! gi solat! rotan kang lambat-lambat solat!"
Ada sesape pernah kena marah macam ni masa budak-budak dulu??? Muahahaha... Oklah, baik aku je ngaku... Asyik nak main je... Asyik nak tengok tv je.....
"Madi! Ni rotan ke ni? Leh buat rotan piap piap budak nakai ka?"
"Haishhhhhh..... beso rotan ni. Ni rotan buat perabot lar. Tengok yang tegak tu, tua sikit leh la buat perabot."
Ni bunga pokok halia hutan. Duduknya ada tanah. Pokok halianya? Pokok halianya keliling sampai takleh nak tahu bunga ni dari pokok yang mana satu. Kalau nak tengok pokoknya, cer tengok kat entri teaser.
Kenapa kata gambar bunga ni RM20k, tetiber jadi RM2? Hampeh sungguh ko Pae! Jauh kot aku keluar trek dan terbongkok-bongkok celah pokok semata nak ambil gambar ni. Last-last, masa trekking lagi, elok je ada bunga ni kat tepi trek je.. Tak yah beriya turun dari trek dah leh ambil gambar. Ermmmmm ye larrrr.... Takdapat la aku kongsi duit jual gambar aku ngan ko! Hahahahahaha menchik taw!
Ni la Madi. Masa ni Madi tengah tunjuk ubi ermmmmm ermmmmmm....
Ok! aku tak concentrate masa ni... Lalalalala #mukapandangkotlain
Aku tengah frust lagi pasal bunga halia hutan tu... Cisss sangat!!
Dari sebesar-besar pokok, sehinggalah sekecil-kecil benda hidup ada di dalam Taman Negara ni. Yang tak nampak dengan mata kasar kome jangan cerita lar pulak! Beriya pulak nak tengok mikroorganisma dengan kanta pembesar!
Pacat??? Pacat takde lar....
Kata masuk hutan????
Memanglah masuk hutan. Musim kering ni... Bukan jalan atas tanah!
Erk????
Tadaaaaaaa..... ni la trek nak jalan dalam hutan untuk sampai ke jambatan gantung. Takyah nak jejak-jejak kaki atas tanah pun kalau taknak. Yang palang tepi tu ada kalau kat tepi tu kawasan curam je... Ada pulak nanti yang gatai kaki turun tergolek pulak. Dua gambar yang kat bawah tu, gambar dari atas jambatan gantung... WoooWooOOOOOOOWooOOOOoo tinggi! Ada yang tak nampak bawah pun.
MMMmm mMMmm ada yang gayat???
Takdak?!
Ok! Lulus!!!!!!
Panjang jambatan gantung ni 530m. Takde la jauh mana kan?? Ekekekeke
Yang gambar kiri, aku ambil masa duduk, nampaklah macam manjat ke gelungsur ke??
Gambar kanan??? Haaaaa... ni gambar kamera je dongak sekali ngan kepala aku. Atas jambatan gantung pun ada tangga lagi nak naik??? Pfftttt pfttttttt....... Tinggi!!!
Dan lepas tangga ni, ada lagi jambatan rata sebelum khatam keseluruhan jambatan. Rezeki, takde kawasan yang ditutup. Katanya semalam guide suruh patah balik sebab ada lebah kat sini.
Well.... it's spring bebehhh... musim bunga katanya di Taman Negara ni. Buah kot??
Untuk pagi ni, kami semua sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Terisek. Gulai tempoyak ikan patin dah memanggil-manggil, "Marilahhhh.... Marilahhhh.... Nanti habesssss....." Ahaksssss
Maka, dengan lajunya kami turun takde masa nak ambil-ambil gambar dah. Ni kalau kongsi semua dalam ni, takdak feel la pulak mengkome yer nak g nanti... Simpan sket.
Gulai tempoyak ikan patin ni, sebenarnya Madi dah minta orang kedai reserve siap-siap untuk kami... Kedainya kalau dah seberang dari titi tu kat pintu gerbang, kedai memula belah kiri... Mabeles gulai tempoyaknya... Gambar?? Ala dalam henponnnnnnnn....
Dah kenyang, Alhamdulillah. Kami balik ke chalet untuk memasing memengsankan diri dan solat. Jam 2.30 dah nak sambung balik aktiviti. Nak merasa Amazon sangat! Yerrr... aku pun dah rindu sangat dengan sungai belantara ni...
Jam 2.30 semua orang dah siap tunggu kat jeti. Petang ni, kami ke Lata Berkoh dan mandi sungai sudah semestinya. Untuk ke sana, kena naik bot kecil yang takde atap tu. Satu bot leh naik paling ramai pun 5 orang termasuk tukang bawak bot dan jugak jurumudi kat depan.. Tapi kalau memasing, badan halus belaka bak budak sekolah rendah tu, boleh la sumbat lagi sorang ;p
Sungai Tahan yang bakal diselusuri hari ni, lebih cetek airnya di sesetengah kawasan, sebab tu la kena naik bot kecil dan sewaannya lebih tinggi.
Walaupun harga untuk ke Lata Berkoh ni tinggi, dan bajet korang kecik, pi la potong aktiviti lain untuk pergi aktiviti yang ni. Kalau dak, nyesal tak sudah kome tak masuk kawasan 'amazon' nih. Tak lengkaplah perjalanan!! Haaa nyesal nanti! Nyesal!!
Senyum, tenang, nyaman.
Akhirnya sampai jua di perhentian untuk ke Lata Berkoh. Nak pi sana sebenarnya tak boleh lajak naik bot lagi sebab atas je sikit dari kawasan parking bot ni penuh batu sungai dan tak lepas bot.
Sempat lagi ambil gambar awek! Hahahaha... Motip???
Setelah 20 minit bertrekking, sampai juga ke Lata Berkoh. Tempat ni boleh je turun dan mandi. Rasanya tak sampai sepuluh minit pun kami kat sini, sebab lebah bukan main banyaklah haiiii... Nak ambil gambar pun tak tenang... Muka je control ;)
Moh patah balik.. Na, Aqilah ngan kak Anash dok tunggu kat bot sana.
Lepas ni nak mandi kat Kelah Santuary pulak! Pernah mandi kat sana ikan kelah besar-besar dan makan kat tangan woooooo.
Kelah sanctuary, tak jauh mana pun. Laluan sama dengan pergi tadi. Sempat berhenti bagi ikan makan tak sampai dua puluh minit pun. Ikan-ikan dah kenyang kot! Nak mandi, air kali ni bukan main keruhnya dan langit pun macam nak runtuh. Seriau laksssss..
Mandi tempat lain ado?!
Ado! Jom mandi ada port best tak dalam dan lapang.
WoooOOOWOOoooo (pehal tak abes lagi mood tarzan ntah?).
Kami berhenti mandi kat Lubuk Simpom(?).
Memang best giler la....
Mandi sampai langit pun dah nak gelap.
Sabit perut lapo je yang terpaksa balik ke jeti.
Jam 8 malam, kami dijemput lori pulak!
Ayuh! Night Safari pulak malam ni. Jenuh! Aktiviti hari ni pack dah macam YB yang memenuhi undangan rakyat pulak.
Kami berenam eh bertujuh termasuk Aqilah naik selori dengan 2 lagi mat saleh dari Jerman.. Hehehe mujur la tak kena sumbat reramai macam satu lagi lori yang lalu memotong kami... huh!
Aktiviti Night Safari ni akan mengambil masa dalam 2 jam setengah, merentasi kawasan ladang kelapa sawit dan hutan belukar. Ada rezeki, boleh la terserempak dengan gajah, harimau kumbang, kuda belang, zirafah, kucing hutan, tapir dan segala jenis haiwan aktif malam.
Untuk kami, dapat tengok kelibat kucing hutan.... Kejap je pastu dah lari. Dapat tengok burung dalam gambar ni, burung hantu dapat tengok 3 kali, lagi apa eh??? Lembu jangan cakaplah!
Night safari ni ikut nasib jugaklah. Manalah nak tahu gajah nak lalu bila pukul berapa semua kan. Sejuk naik lori terbuka ni. Jangan lupa pakai baju sejuk.
Jangan lupa juga bawa tongkat selfie dan telefon canggih yang ada torch light untuk bantuan cahaya... Aqilah dah tidur dah masa ni, sebab tersalah sebut burung hantu... Ingatnya ada hantu.... Opsssssss
Dan tamatlah aktiviti untuk hari ni.... Dari pagi sampai ke malam aktivitinya....
Balik ni dah boleh pengsan dah semua orang.....
Esok balik ya???
Emmmmmmmm.....
Nanite olssssss.....
No comments:
Post a Comment