HaLoOOOoOOoOOoOoo (wow banyaknya OOOOoOoOOOOO). Jom pi SEMARANG!!
Pergi? Ajak tapi dah balik? Motif sangat nak pergi lagi kan??? Tapi aku rela je, jom! jom! :D
Semarang yang disebut sebagai bandar kelima terbesar di Indonesia menggamit-gamit aku datang setelah teracun dengan gambar-gambar di Karimunjawa. Tanpa segan dan silu serta berfikir panjang aku pun membeli tiket dari Air Asia. Dan seperti kebiasaannya, setiap perjalanan mesti ada drama termasuklah ketika nak membeli tiket nih, permohonan cuti, dan masa nak pergi nih siap kejap demam, kejap ok tapi yang pastinya aku pergi ke Semarang tanpa suara ok (pasrah je la).
Perjalanan ke Semarang daripada LCCT mengambil masa 2 jam sahaja. Kami tiba di Lapangan Terbang Ahmad Yani Semarang di anjung senja. Terpaku melihat pemandangan matahari terbenam dari tingkap kapal terbang. Sayang badan terasa panas, maka pemandangan hanya sempat diabadikan di sanubari sahaja (ayat jiwang pulak!).
Selesai urusan di imigresen, kami mengambil teksi airport untuk ke hotel. Dengan harga Rp35,000, kami menuju ke Hotel Olympic Semarang. Tak perlu nak susah-susah tawar atau susah hati sebab harga ni memang sangat murah. Perjalanan ke hotel mengambil masa 20 minit (lebih kurang) dan perjalanan kami agak lapang. Bandar Semarang tidak menunjukkan sebarang tanda 'machet' dan tenang sahaja perjalanan kami.
Mari layan cerita dengan gambar pula...
Cuaca bagus bermaksud malam nanti ada harapan untuk kami berpusing-pusing di Bandar Semarang. |
Kami berehat di hotel kira-kira sejam setengah sebelum keluar untuk mencari makan dan jalan-jalan. Supirnya kami minta dari hotel sahaja kerana setelah dicampur tolak sama dengan harga 2 buah teksi luar sedangkan dengan supir hotel kami boleh bersama dalam satu kenderaan.
Lokasi pertama yang kami tuju ialah Kampung Laut tetapi setelah melihat kedai makan ala-ala mewah, dan supir kami Pak Yanto telah mencadangkan kami untuk makan malam di Tanah Mas.... Nanti aku tulis dalam entri berasingan.
PASAR SEMAWIS, Semarang
Dah kenyang, kami minta Pak Yanto untuk membawa kami ke Pasar Semawis. Pasar ini hanya dibuka pada malam minggu iaitu pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Oleh yang demikian, sekiranya punya kesempatan berada di Semarang pada malam-malam berkenaan, jangan lupa singgah kat sini. Perjalanan dari pekan Semarang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit menaiki kereta.
Di Pasar Semawis ni, lebih kurang tempat berlibur-libur atau bersantai. Suasana kat sini memang meriah sebab ada beberapa port orang berkaraoke (layan juga tengok diorang nih), tempat makan dan juga pelbagai jenis barangan (lebih kurang macam pasar karat tapi barang lama tak banyak pun).
Masa jalan-jalan kat sini, sempat juga kami merasa dua jenis masakan tempatan berasaskan pisang. Mana tak tergoda hati (walaupun masih kenyang lepas makan malam) bila dah banyak kedai yang jual pisang nih. Lupa dah apa namanya, ishk. Yang pasti, kedua-dua masakan ini melibatkan pisang yang dibakar. Tengok gambar di bawah nanti.
Baju-baju seperti kemeja dan tshirt banyak dijual. Walaubagaimanapun, tshirt Semarang tidak dapat dikesan *sebenarnya memang tak ada |
Gerai makan sepanjang-panjang pasar. Bermacam pilihan makanan tempatan boleh dicuba, yummm yummmm |
Sate pun bermacam jenis.. Dipilih. Dipilih mana yang berkenan dan terkecur di mulut, hahahhaaa. |
Tukang racun |
BANDAR LAMA SEMARANG (SEMARANG OLD TOWN)
Dek kerana malam yang masih awal, kami menuju ke Bandar Lama Semarang. Weee seronok sebab bangunan-bangunannya klasik. Almaklumlah bangunan-bangunan di bandar kama ini dibina pada zaman kolonial Belanda lagi. Bestnya kalau buat shooting kat sini pakai baju kebaya, berbatik lepas sambil jalan pakai payung (hehehe).
Antara bangunan yang menarik perhatian ialah Gereja Blenduk atau disebut juga sebagai Gereja Blendug. Gereja ini dibina pada tahun 1753 merupakan merupakan gereja yang tertua di Jawa Tengah.
|
Antara bangunan lama yang dijaga |
Salah satu bangunan lama yang agak terbiar di bandar lama ini. Agak sayang kerana terletak di hadapan jalan besar dan berpotensi untuk dijadikan salah satu tarikan bandar.
|
Bangunan Pos Indonesia juga merupakan bangunan lama. Warna putih tersulam oren memudahkan bangunan ini dikesan. Walaupun sudah lewat malam, masih banyak beca dan angkutan di sekitar kawasan ini.
|
#tiba-tiba teringat poskad yang dikirim tak sampai-sampai, leboh dah agaknya
|
Masjid Raya Baitulrahman yang terletak di Simpang Lima mula dibina pada tahun 1968 dan selesai pembinaannya pada 1974.
|
Ok.. nanti sambung lagi... Hari pertama sebenarnya tak banyak gambar kerana masih demam dan mood pegang kamera pun tak berapa nak ado.
11 comments:
Sangat menarik.Saya ingatkan semarang tu di serawak.Lemah sungguh geografi saya.
seMARANG? KU INGTAKAN ENTRY NIE DAH TERKUBUR! HAHAHAHAHA....
tetibe teringat kenangan lama. rindu semarang ! jom g lagi...tp nak g karimunjawa naek fligh! ade?
MAGADDDD.. Sipuuu bad ada kata seswatu ... cer tanya dia. HAHAHAHA
mcm ipoh/penang/melaka pun ada ek...
apsal la cuaca indon sume sama jer cam vietnam...tak menarik sungguh...haih...
tak de rupa demam pun?
elok ceria aje?
hehehe
kirim salam sama itu tukang racun.
hahaaha
Suka ambience malam2 kt bandar semarang nih, mcm misteri je bangunan2 nye hehehe.. fish eye keeeee hehehe
@Konspirasi Juruterer,
Ekekekekeke... Agaknya sebab nama dekat2 yer.... Semarang tu di bahagian Jawa Tengah, Indonesia. :D
@Hang Dhamin,
Hahahahaha... bertabahla weiiii... episod seterusnya tataw bila sambung..
p/s : nak gambo!
@Biqque,
Hehehee... Namanya pun dekat2.. Tapi kat sini alhamdulillah cuacanya bagus kecuali masa bot ride to Karimunjawa... WooOOoOOooOOoo pening!
@K. Anash,
Ekkekekee... Haruslah demi gambo dan percutian!!!
Tukang racun dah pi jalan lagi....
@Chawanna,
Hahahahaarusla.... mata ikan sebab nak tengok ikan lepas nih ;p
Sebenarnya cantik juga tapi sebab tak berjaga sangat. Apapun tempat ni boleh jadi tarikan pelancong kalao nak kembali ke zaman doulu-doulu.
Post a Comment