FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, December 14, 2008

ReView TeaTeR MuziKaL KaNaK-KaNaK SiNbaD

Teater Muzikal Kanak-kanak Sinbad akhirnya menutup tirai persembahan Istana Budaya bagi tahun 2008. Ermmmm... lepas nie kena rehat sebentar dari tengok teater larrr erk!!!

Skrip bagi Teater Muzikal Kanak-Kanak ini telah ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim dan teater ini telah diarahkan oleh A. Aris A.Kadir. Seramai 84 kanak-kanak yang semuanya comel-comel dan berbakat. Adik Muhammad Huraimi Hilman Mohammad Husri (panjang betul namanya!) memainkan watak Sinbad, Muhammad Hafidz Haikal Hadz Abdullah sebagai Putera Zariq, Iffah Amzan (Puteri Nursaibah), Amrezaa Iskandar Hisham sebagai Syakula (kucing gebu yang comel), Ummu Najian Mohd Zaidi sebagai Titi (si kiut tikus bertelinga pink dan sentiasa berbunyi Ti-Ti-Ti-Ti) dan wah ramai lagi, takleh nak sebut dah! Teater Muzikal Kanak-kanak Sinbad seperti teater kanak-kanak yang dipentaskan sebelum ini turut dimeriahkan oleh pelakon terkenal. Pemilihan Kak Engku (Raja Azura) sebagai Dewi Bencana memang tepat sekali. "Kak Engku, Kak Engku memang dasyat!!!! Dangdut scene unbelievable!!!!"

Sedikit sinopsis, Sinbad ialah seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata. Sinbad telah dipermainkan oleh Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat sememangnya gemar mempermainkan manusia. Bagi Dewi Bencana, Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan. Bagi tujuan itu, Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman. Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tirai persembahan telah dimulakan dengan nyanyian pembukaan Sinbad. Lagu yang dinyanyikan adalah berkisar mengenai kisah Sinbad. It should be lagu yang biasa, tapi dalam nota aku tulis menenangkan jiwa, menyentuh perasaan sehingga hampir menitiskan air mata. Wahhhh what an opening!!!!

.. . Owhhhh aku tak reti nak review Teater Muzikal Kanak-kanak Sinbad nie. Biar aku straight to the point - fantastik, wow, beautiful and amazing!! It was fun and i really enjoyed the show. Memang best gilerr :)

Among all the kids, non of them noted lupa skrip, tersasul atau terlupa step menari, bagus! Kak Engku pulak, she really did an amazing job. Kadang-kadang dalam show ini, aku keliru sama ada - is it really in da script atau spontan??? Setiap kali kemunculan Kak Engku, Panggung Sari akan gamat dengan gelak ketawa. Tabik spring buat Kak Engku :) Dewi Bencana dewi paling voque da vass dan paling cerdik, yup! Exactly!!!

Jalan cerita, sangat senang difahami. Rileks. Penuh unsur humor. Diselit dengan nasihat-nasihat (almaklumlah banyak kanak-kanak). Banyak interaksi dengan penonton.

Lagu-lagu? Biasa je, tapi aku suka few songs - lagu duet dan solo Puteri Nursaibah dan satu-satunya lagi dangdut dalam teater ni. Kenapa kali nie budak-budak tak menyanyi live? Suara Puteri Nursaibah menyanyi bukan suara adik Iffah?

Kareografer best kecuali untuk satu scene iaitu scene monyet-monyet. Entrance dah ok, kecoh. Terkejut audience muncul dari segala ceruk panggung. Yang failnya, kareographer atas stage plus da song plus da kostum. Alamak, serba tak kena!! Kostum monyet terlalu amat colourful and it doesn't suit with the entire show!!! Kostum lain memang cantik, especially Dewi Bencana, tangan-tangan sotong dan Titi.

Setnya? Banyak dan semuanya aku suka. Set Pulau Ikan, kapal berlabuh, karang Maya Bencana (dasyat-cantik-real! siap ada buih-buih terbang lagi!), Kota Baghdad, tempat istana Kitab Damai, dalam istana, set Titi menyorok dan interact dengan penonton (kusut-scene yang cantik gila, plus sound effect, lighting) - Titi dan Syakula jatuh cinta (kiut miut!), set kapal berlabuh waktu malam dengan bulan terang (mak aiiii!!!), pintu ke Maya Bencana dan istana Maya Bencana, rasanya tak ada satu pun yang tak best. Set plus animasi plus lighting memang cantik!

Ermmm.... apa lagi nak tambah nih??? Tak ada apa dah kut. Berapa bintang nak kasik nie??? 3 setengah dari 4 bintang! Memang best!!!!!! Rugi sapa tak tengok :p


View dari seat!!!

Putera Zariq, Sinbad, Dewi Bencana, Puteri Nursaibah dan Titi

Dewi Bencana -Tengku Azura

Titi n Syakula, mereka jatuh cinta!

Tak kira, nak peluk jugak!!!

Titi yang paling comel!!!

Me, anak kapal dan pengawal istana

Me as tukang review :)

6 comments:

Ren said...

Besttttttttt kan citer sinbad....
terkilan takde begambo ngan Sinbad...

tapi memang best gler!!!!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

YeZZaaaaaaa.... MeMaNG BesT!!!!

DaPaT BeRGuRu SaLaM NGaN SiNbaD oKLaH Tu :D

masMZ KaKiJaLaN said...

check out other review dalam Utusan Melayu, Mega (Utusan Malaysia) n Didik Berita Harian hari nie.

Ren said...

amboi siap bepeluk ngan Syakula!!!! jeles..jelesss

Anonymous said...

wa dah bayak x tengok teater ....sinbad memang best , tapi kat sini wa ingat nak betul kan awak .....sebenarnya bukan props yang menarik ......sebenarnya set yg awak maksudkan tu....props adalah seperti kotak , pedang , bunga api kerusi dan lain lain lagi benda yg kecil dan boleh dibawa oleh pelakon, sebaliknya set adalah visual keseluruhan yang dilihat , contohnya set keseluruhan kota baghdad , set keseluruhan bilik kitab damai , set keseluruhan pulau ikan , set keseluruhan pulau rukh dan set keseluruhan maya bencana . sorry . hanya nak bagi tau tentang apa yg saya tau

masMZ KaKiJaLaN said...

Cik eifan, thanks :)
Meh singgah lagi kalau sudi.