FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, December 12, 2008

HaDiaH BuaT MusLiMaH

Tahun nie, banyak perkara baik jadi dalam hidup aku...Tahun nie, walau aku agak-agak sedih menyambut penganugerahan '3 paku', aku berjaya juga mengharunginya.Tahun nie, kawan-kawan paling banyak bagi support pada aku...Dan pada tahun nie, aku makin mengenali dan menghargai kawan-kawan aku...

Ermmm.... hari nie sebenarnya nak kongsi salah satu hadiah sempena penganugerahan 3 paku aritu. Dah lama dah, tapi tak sempat nak tulis kat sini. Hadiah dari sahabatku Hazereen... dipos jauh dari Johor... Terima kasih buat sekian kalinya :)

Bungkusan yang diterima, rupanya berisi sebuah buku bertajuk "Hadiah Buat Muslimah : Panduan Asas Fiqah Wanita". Buku ini ditulis oleh ustazah cakar harimau (hehe) iaitu Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman. Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Julai 2008. Aku suka sangat!!!! Suka sangat-sangat!!! :)

Hadiah Buat Muslimah, buku yang terkandung semua perkara asas fardu ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, puasa dan haji. Selain itu, ia juga meliputi hal-hal perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan sebagainya lagi. Kalau orang lain kata isinya lebih kurang macam buku lain, jawapannya tidak!

Hadiah Buat Muslimah penuh dengan penerangan dan berilustrasi. Terang dan jelas, malah disertai juga dengan nas al-Quran dan hadis. Ringkasnya, buku ini senang, jelas dan sampai sekarang buku ini memang menjadi rujukan dan juga bacaan sebelum tidur malam. Terasa macam belum pernah habis membaca buku nie. Kalaulah dapat aku kongsikan buku ini pada semua teman-teman wanita ku...

Dipetik sedikit kandungan sajak yang diselitkan di dalam buku ini.


WAHAI WANITA : LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH
(tulisan : Isteri Solehah)

Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya kepada Allah dan Rasullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama
Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijaksana
Pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksana
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga
Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

No comments: