FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, January 31, 2013

MiSi IPoH PaRT 5 : THE LaST DReDGe (KaPaL KoReK BiJeH TiMaH) iN TaNJuNG TuaLaNG serta iTiK PuLaNG PeTaNG

Assalamualaikum, Salam jom pi jalan dan Salam Tahun Melawat Perak 2012 (promo akhir tahun)

Ok... sambung balik dalam minggu Mencari Hidden Gem di Ipoh...  ini entri terakhir untuk pakej percutian dua hari di Ipoh bersama Byya, Maszuber dan John kaedahnya...  Macam mana aku leh jadi agen pelancongan ni pun tak pasti.. #drama

Entri dahulu baca dari sini 

Selepas menikmati keindahan alam semulajadi gua batu kapur terpanjang di Malaysia iaitu Gua Tempurung, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Tualang melalui pekan Malim Nawar.  Berkobar-kobar rasanya nak melihat satu lagi tempat menarik di negeri Perak iaitu Warisan Kapal Korek Bijih Timah.  Almaklumlah, lembah Kinta ni dulunya kan terkenal dengan lombong bijih timah...  Haruslah tengok mana-mana tinggallan selain dari kawasan-kawasan lombong tu je kan????  Rupa kapal korek camne??? Pernah tengok? Pernah tengok? Tak pernah?? Ok, aku pun tak pernah!! Kita sama!

Jomssss....  Melawat Perak 2012 katanya kan??? Moh kita ke sane sana.


The Last Dredge aka Warisan Kapak Korek Bijeh Timah terakhir terletak di Km 9, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak.  Kalau dari pekan Ipoh lebih mudah ikut Jalan Taman Herba / Clearwater Santuary kemudian terus sampailah ke simpang Nasi Lemak Ayam Golek atau kalau dari Gua Tempurung,  bila dah jalan besar belok kiri sampailah trafik light tunjuk arah Malim Nawar, haaaa masuk le kat situ jalan terus sampai nampak simpang ke Batu Gajah sebelah kanan, pastu kompom jumpa...  Ishkkkk nanti aku cuba wat peta sebab dalam goole map tak dapat nak jumpa lakssss...

Tempat ini dibuka untuk lawatan dari jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang.  Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM6/- bagi dewasa (untuk budak-budak lupa pula nak tanya).  Tempat parking ada disediakan di luar kawasan kapal korek ni dan percuma.

Selain dari kapal korek, ada juga pusat penerangan betul-betul kat pintu pagar.  Malangnya kami tak sempat nak masuk memandangkan tiba di kawasan tersebut agak lewat.  Cukup-cukup untuk pusing kapal dan bergambar.  Walaubagaimanapun.... jeng jeng jengggg...... kena baca sampai habis dulu.... *evil laugh*

Rupanya kapal korek ni sangat besar!  Kalau nak diibaratkan, masa aku duduk ambil gambar, bak memandang raksaksa gitu.  Kalau tetiber kapal korek ni bertukar jadi transformer ke raksaksa ke, aku lar yang akan bertukar menjadi otomen.

Masih lagi kagum melihat kapal korek Tanjung Tualang kat depan mata ni.  Raksaksa besi sedang berehat! Shhhhhhh dendiamm... Dendiam....

ok. ok gambar last dari port sini!  Hish tak tahu aku ni belah depan ke belah belakang sebenarnya..

Ok ni dari arah lagi satu....  Masa ni dah nak senja dah..



Agaknya ni tempat bijeh tu disalurkan keluar ke tempat memproses ke tempat pengumpulan kot?  Eee nyesal laks tak pergi kat pusat penerangan tu.

Kalau nak kata besar tak besarnya setiap penyedok tu, aku pun leh duduk bertenggung dalam tu taw!


Jom kita intai kat dalam pula.  Dah sampai mestilah masuk dalam kapal ni, baru berbaloi bayar harga tiket.  Kalau setakat boleh pusing-pusing kat luar, memang aku tuntut balik duit tiket tu..  Hehehe...

Kapal ni sebenarnya dua tingkat, tapi masa kami datang, hanya tingkat bawah sahaja yang dibuka sebab tingkat atas masih lagi dalam pemulihan.

Haaaa ada pun gambar sikit tunjuk  kapal ini dua tingkat... Dari bacaan internet aku, dalam kapal ni ada ruang rehat, ruang makan dan ruang tidur.  Mungkin ruang-ruang tersebut terletak di bahagian atas?  Kena pergi balik semula bila dah sedia dibuka pada orang awam nanti :D






Sebenarnya aku berharap kat dalam kapal korek ini diletakkan maklumat-maklumat dengan peralatan dan sekian-sekian tempat di dalam bahagian kapal ini apa dia.  Masuk dalam kapal ni memang impress, menarik tertarik tapi sayang tak tahu alat ini untuk apa, alat itu untuk apa.

Memandangkan kapal korek ini masih lagi dalam proses naik taraf / baikpulih, maka memang aku haraplah  nota-nota ringkas ditampal atau diletakkan di kawasan tersebut.

Hurmmm tetiba baru perasan tak banyak ambil gambar dalam ni... Ekekeke... Maksudnya, memang korang kena pergi sini dan tengok sendiri letew... Moh ke Perak!! 

Ok sebelum keluar dari kawasan ini, kami terserempak dengan pekerja yang menjaga tempat ini.  Amboi sedap dia menjala, nak sedia untuk makan malam agaknya.  Sekali tebar ikan penuh jala!!  Tebar lagi penuh jala.  Yang besar dia ambil yang kecil dilepaskan kembali ke dalam tasik.  Tak ada niat pun kami nak minta, cuma dalam perjalanan keluar, bak itik pulang petang dah gelap baru nak balik, nampak dia dah sedia nak siang ikan, tergatal pula mulut kami "Boleh bagi tak?" Kuang kuang kuang....


Alhamdulillah rezeki....  Makan ikan goreng cicah kicap cili kami malam tu sambil berborak sakan membuat penggulungan percutian 2 hari 1 malam di Ipoh ni. 



Esoknya selepas sarapan lori tepi longkang (tapi memang sumpah ni lori peberet aku),  tamatlah percutian 2 hari 1 malam di #negaraEeypoh... :D 


Moh le ke Perak... Tahun Melawat Perak 2012 dah sampai ke penghujung sambutan dah nih...  Tahun depan aku nak pi khatam tempat lain lakssss... Hahhahaha..... Jom!!

HaLooOO HaLoOOoo

Assalamualaikum dan salam jom pi jalan keroje!!

Hadoiii... Parah sungguh kadar ketidaksempatan dan darjah kemalasan aku ni mengetuk butang-butang lappy nih weiiiiiii... Sibuk yakmats mengalahkan orang yang nak bertanding pilihanraya (agaknya larrr). 

Masuk tahun baru, task di pejabat berubah gara-gara penyusunan semula organisasi.  Almaklumlah sebelum ini memang pejabat aku sahaja yang berbeza strukturnya dari pejabat di negeri lain.  Di bawah struktur baru ini, aku bertukar ke bahagian lain dan bertukar Enchek Bos.  Yeayyy memang happy gilerrr (baca dengan slang) sebab dapat meninggalkan Enchek Bos II yang haishhhhhhhhh (hanya yang memahami yang faham perasaan aku, bleyyy?! Hahahhaa).

Anyway, sebenarnya tak sampai dalam tempoh satu bulan aku di Bahagian baru, aku dapat pula arahan untuk bertukar tempat dengan teman sejawat di sebuah pekan yang sangat tidak asing buat aku.  Balik kampung tuhhhh!!!!!! Wuhuuuuuuu...  Terpaksa Yeayyyyyy lagi hehehe!!  Pekan yang bakal aku duduki nanti, ramai sahabat-sahabat yang menunggu dan lagi yeayyy (kali ke berapa dah nih? ecece) sebab aku bakal jauh dari Enchek Bos II yang telah mula memangku tugas tempat Enchek Bos Besar (well itu memang kes NGERI!!) memandangkan Enchek Bos Besar telahpun mula bercuti untuk pencen.  *see beza dengan tempat sekarang #negaraEeypoh, sekarang ke pekan pulak!  #LompatLompat 

Walaupun aku rasa beban tanggungjawab yang bakal menanti lebih besar, aku sendiri tidak sabar untuk menyahut cabaran tugasan tersebut.  Wish me all the best of luck ya!!!!!

Catatan
Terima kasih buat kawan-kawan di KaKi JaLan yang bagi sokongan untuk MySelangor Story 2013.  Berjaya juga dapat top 20 tu, tapi tak dapat pula nak join sebab tarikh perjalanan yang diatur telah diubah tarikh dan berada di tengah-tengah trip aku yang lain.  Makanya haruslah pasrah dan terima hakikat bahawa yang rezeki itu bukan rezeki walaupun sudah berada di dalam tangan.  Percaturan yang lebih manis telah dititipkan sebagai ganti buat aku.  Syukur sesangat.  Nak tahu sebab apa??? Naaaaaaa tunggu cerita Bibi Dan Nana Dalam 7 Hari 7 Perhentian 7 Cabaran (tajuk cam takbley nak blah je kan?! Hahahahaha)… #bertabahla





Naga melingkor???? Jeng Jeng Jeng..... Tungguuuu

Wednesday, January 30, 2013

MiSi IPoH PaRT 5 : WoNDRouS Gua TeMPuRuNG

Assalamualaikum dan salam jom pi jalan dan (tambah lagi satu) salam moh ke Perak!!

Siri ni sambungan dari MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 4: TaSiK CeRMiN the mysterious hidden lake. Dah habis dahh misi Ipoh Gem sebab yang dicita-cita telah ditemui dan Tasik Cermin itu memang awesome okayyy....


Perjalanan diteruskan ke Gua Tempurung yang terletak kira-kira 35 km dari pusat bandar Ipoh atau lebih kurang 10 km dari pekan lama Gopeng.  Jika menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan, exit yang paling hampir adalah Gopeng (Exit 135 : Persimpangan Gopeng).  Keluar dari lebuh raya, belok kiri dan pandu terus sehinggalah nampak sebesar-besar papan tanda Gua Tempurung di sebelah kiri.  Dah belok, 3 km lepas tu sampailah lokasi yang hendak dituju.

Gua Tempurung ini sebenarnya sebuah batu kapur dan ianya disebut sebagai gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.  Panjang gua jika gigih untuk hiking sehingga ke hujung (sampai tempat mabeles keluar je boleh tengok lebuhraya PLUS <-- ok tempat ni aku dah sampai masa sekolah menengah dulu yer! ekekeke... #motif sangat nak bagitahu!) ialah 1.9 km.  Di dalam gua ni, terdapat lima domes utama  dan mempunyai formasi stalagmites dan statactites yang berbeza mengikut suhu, aras air, juga kandungan batu kapur dan marmar. 

Gua Tempurung suatu masa dulu gelap.  Hanya ada satu cara untuk masuk ke dalam gua ini dan harus menuju sehingga ke hujung gua.  Kalau datang, memang sahih akan basah dan kotor.   Walaubagaimanapun, pada tahun 1997, keadaan gua ni dah berubah dan sesiapa sahaja mampu untuk masuk, waimma dengan baju kurung sekalipun!  Sudah ada laluan/ jambatan di dalam gua dan tangga-tangga serta lampu untuk pengunjung masuk dan menikmati keindahan gua batu kapur ini tanpa bersusah-payah.

Ada empat pakej yang disediakan untuk masuk ke dalam Gua Tempurung iaitu yang paling mudah dinamakan pakej Golden Flowstone, pakej Top Of The World, pakej Top of The World and short River Adventure dan pakej yang terakhir merupakan pakej yang paling adventure ialah pakej Grand Tour yang akan memakan masa minimum 3 jam  setengah.  Waktu masuk terakhir bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut keperluan setiap pakej.  Oleh yang demikian, jadual perlulah dirujuk terlebih dahulu.  Info boleh tengok kat www.guatempurung.com.  Memandangkan pada hari tersebut kami tiba pada jam 3+ petang, kami hanya sempat untuk mengambil pakej yang pertama iaitu yang leisure sahaja.  Ralit juga kerana pakej yang dihajati tidak kesampaian. 

Bayaran masuk / pakej Golden Flowstone adalah RM6 bagi dewasa, RM2.50 bagi kanak-kanak dan RM3 untuk warga emas (kan dah kata sesiapa pun boleh masuk!).  Last entry untuk pakej ni pukul 4 petang, jadi kalau sampai selepas jam empat memang tak boleh masuk dah dalam gua ni.

Sudah, jom masuk gua jom! 

Eh?????

Ok, jom kita masuk Gua Tempurung! 

uweeeeeeeeeee.... masuk-masuk dah impress okay!  Ada ke masuk gua camni???  Ni kiranya pertama kali masuk gua yang  boleh jalan dengan lalalalalalala *senang lenang








Nahhhhh... Boleh tahan juga jauh jalan dalam gua nih... Turun naik tangga okay!


Walaupun tempat dalam Gua Tempurung ini dah cantik, dan macam dah boleh jalan pakai baju kurung, pemilihan kasut sebenarnya haruslah sesuai kerana dalam ni mungkin licin.




Yeay selesai misi Gua Tempurung...  Pergi mana pula lepas nih? Agak-agak sempat lagi tak kalau kita kejar pergi Kapal Korek????  Owhhh yerrrr..... #ehem hem hemmmmmm cam nak tampor diri sendiri bila gatai mulut cakap kat brother jual icecream ni tak paham apa aku cakap bila tetiba kali dia menjawab nanti soalan aku... Apa eh?? "Faham. Nanti dulu"??? Omaiiiiii cam nak pitam!!!! pang pang pang! Sudehhhhhh..... jom gerak. jom......


Maklumat tambahan :  Tiada tour dibuka pada hari JUMAAT

.

Monday, January 28, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 4: TaSiK CeRMiN the mysterious hidden lake

Assalamualaikum dan salam domam srok srekkkkkk..... sob. sob..


Pencarian Ipoh Hidden Gem diteruskan pada pagi hari kedua.  

Seperti yang dirancangkan, terlebih dahulu kami menerjah ke Pasar Karat a.k.a Lorkin di pekan lama Ipoh.  Entri aku skip la erk sebab dah pernah tulis pasal pasar ni.  Cerr tengok kat sini entri PaSaR KaRaT LoRKiN, IPoH.

Danny dan Maszuber Whoaaaaaa setelah ditunjukkan Tasik Cermin dari buku Kinta Valley.  Hehehehehe....  Aku dengan Byya apatah lagi ekspressi bila dah tengok tempat tu masa search kat internet.  Tak banyak maklumat yang kami perolehi dapat membantu.  Tanya local pun "Tak pernah dengar", "Tak pasti" etc..  Dengan bekal tekad dan bayang-bayang, kami masuk lagi ke setiap lorong yang dijangka akan membawa kami ke situ.

Akhirnya, kami sampai di sebuah kawasan kuari.  Antara yakin dan tidak dibenarkan masuk, almaklumlah lori gaban-gaban dah tersusun kat dalam tu..  Cuma mungkin kerana kami datang pada hujung minggu merangkap cuti am, maka kuari tidak beroperasi pada hari tersebut.  Debar nak masuk tapi harus juga melajakkan diri ke depan kerana itu sajalah pilihan untuk membuat u-turn.  Driver dah risau, bolehke nak melenjan kete myVi masuk????

EEE.... masa ni debar sebab yang aku tengok memang cara nak pergi ke Tasik Cermin ni kena masuk kawasan luas (dalam youtube aku tengok kosong lagi sebab dah lama).  Bila masuk je dalam kawasan kuari dan tengok kawasan bukit tinggi keliling, "Ya Allah weiiii ni ler tempatnya!! Betul!!!"

"Macam mana nak cari?" Celah mana nak masuk kalau dalam tu ada lori, stockpile dan luas... Dinding bukit belah mana nak tuju????  Nasib baik tiba-tiba lalu pulak seorang Unkel nih dan sudi tunjukkan arah...  Lepas dia belok kat kawasan stockpile, kami tercengang-cengang lagi..  Unkel ni nak suruh pergi mana lagi... Besar kot dalam tu...  Tiba-tiba Unkel tadi patah balik mungkin sebab tengok kami belum gerak, dan tunjuk arah terowong..  Kalau cari sendiri memang SUMPAH takde siapa pun boleh jumpa!! #bolehla kot tapi ni dalam kawasan kuari, suka hati je kan nak meronda dalam ni pulak?!

Apapun, pada pendapat aku untuk masuk ke kawasan seperti ni (kuari) lebih baik kalau ada yang menunjukkan jalan.  Kawasan kuari melibatkan operasi meletupkan batuan dan juga pergerakkan lori-lori besar.  Tidak lupa juga, kawasan ini merupakan kawasan persendirian.

Nanti aku sambung tulis lagi yerr.... hahahahaha..... mesti korang nak tahu serba sedikit apa cerita tasik ni kan? kan??? will update later.... kepala dah start weng balik srok srekkkkkkkk.




Mysterious Hidden Lake - Tasik Cermin!!! Whoaaaaaaaa...... Subhanallah, cantiknya!!! Tak percaya depan mata!  Awesome! Amazing!  Soothing.........





  






bawah pelantar tu air tasik yer








Lokasinya aku simpan dulu lar yer....
tettttttt.... #sajerdramakamijertaktahutempatni kononnya kannnnn