Assalamualaikum dan salam jalan-jalan :D
Jom jalan ke Ipoh! Moh ke Perak! Visit Perak 2012 katanya gitew...
Alkisah bermula cerita seperti termaktub di dalam Teaser pada entri sebelum ini. Program ke utara tanah air telah ditunda menyebabkan tiba-tiba cuti panjang hujung minggu menjadi KOSONG! Huh! Najwa Latiff sangat! Kosong ~ Kosong ~ KoosoONG....
~ B.L.U.R kejap ~ hampeh taw sebab dah ready nak pergi sunbathing sesambil berguling di pasir putih... #pasrah.
"Cik Mas pergi mana minggu nih?"
"Mungkin saya kat Ipoh kot (?)" <- jawapan tak konfiden
"Ada tempat best yang best tak?"
"Owhhhh... Cik Mas pergilah Tasik Cermin"
"Haaaaaaa???????"
"Dia dekat-dekat Simpang Pulai, Kek Look Tong macam tu"
"Owhhhh yer ke??? Takpe, nanti saya cari!"
Maka teruslah di google akan nama tempat bernama Tasik Cermin itu. Tak banyak informasi pasal tempat ini. Ada yang kata di Gua Kek Look Tong dan ada yang aku tengok tulis kat Perak Tong dan ada pula yang tulis kat Tambun. Haih!!! Apapun, aku berpegang lokasi Tasik Cermin mungkin berada di Gua Kek Look Tong... Diorang kata kat ada tasik cantik penuh teratai kat sana... Jadi, mungkin juga Tasik Cermin ada kat sana...
Yes! Dah ada yang perlu kita sasarkan nih!
Lokasi 1 : Gua Kek Look Tong
Gua Kek Look Tong termasuk dalam senarai lokasi pelancongan di negeri Perak. Lokasinya di Gunung Rapat, Ipoh. Sekiranya keluar dari tol Simpang Pulai dan menghala ke bandar Ipoh, simpang untuk ke gua ini berada di sebelah kanan selepas dari kawasan jualan limau bali iaitu (simpang Petronas) dan kalau dari bandar Ipoh, simpangnya sebelah kiri selepas dari Medan Gopeng... Lokasi tepat nanti sat lagi aku bubuh longitud latitudnya.
Gua Kek Look Tong ni sebenarnya memang menjadi salah satu sasaran aku untuk masuk dan ambil gambar. Ada banyak gambar di internet dan buku yang aku tengok ada kolam yang penuh teratai dan kelilingnya bukit. Bila tanya kawan-kawan, semua suruh awal-awal pagi (maksudnya pukul 7 tu dah ada dah kat sana).
Salah satu patung dewa yang berada di dalam kawasan rumah ibadat |
Dalam kawasan taman. Arca bersusun di sepanjang laluan di tasik yang pertama. |
Kawasan lain.. Siap ada tempat rehat lagi dalam ni. |
Ini ke Tasik Cermin?? Kecil je??? |
Kat satu kawasan lain ada satu bukit kecil yang kalau tengok betul-betul, macam rupa burung tengah duduk? Puppies dengan ekor trim baik punya? Kiut je.
|
Owhhh ini dia tasik ada teratai. Malangnya masa datang, tasik tidak penuh dengan pokok teratai ni... Gambar tak mabeles (macam ler lelain tu mabeles! ekekekee perasan). Ada kelihatan beberapa kuntum bunga teratai putih dan merah jambu dalam tasik dan banyak juga yang dah 'kering'. Sesungguhnya misi pokok teratai berlatarbelakangkan bukit batu kapur di Gua Kek Look Tong hari itu telah gagal.
|
Di satu tasik lain di dalam kawasan taman. |
Tasik ketiga |
Tasik yang terbesar di kawasan taman. Nyaman dan tenang. Alhamdulillah cuaca menyebelahi perjalanan kami. "Ini ke Tasik Cermin??" Salah! Salah! Salah!
|
Aku dah Byya serta seorang lagi kawan (yang diheret sekali pada sesi gua KLT ni) menghabiskan masa lebih kurang dua jam di dalam kawasan Gua Tek Look Tong. Dicadangkan tempat ini dikunjungi pada awal pagi sebab rasa nyaman, sejuk dan terasa sedikit kampung dengan udara yang segar dan bunyi angsa, burung yang meriah menghiasi suasana. *Buat bird-wacthing pun best kat sini!
Disahkan bahawa lokasi Tasik Cermin bukan berada di dalam kawasan Gua Tek Look Tong ini. Daripada tiga orang yang ditanya mengenai lokasi tasik ini, hanya seorang pakcik yang tahu (in fact terus tahu) mengenai Tasik Cermin dan mengatakan ianya berada di Jalan Kuala Kangsar berdekatan dengan Perak Tong. Maka, aku pun memandang kepada Byya, "Ok, salah le kita nih?" "Hurm" "Cer.. Cerr google" "Alamak, tak ada larr informasi ni. Serius!"
Ok, jom kita sarapan dulu. Kemudian kita terjah Jalan Kuala Kangsar. Di sana ada Perak Tong dan juga Gunung Lang. Mana pula orang tempatan nak tunjuk jalan kita kat sana nanti.. Agak-agak tahu tak diorang??? #Misteri
11 comments:
wahhhh! sungguh misteri cara KJ bercerita2 seolah2 mcm misteri national treasure gitew. apekah tasik cermin yang dimaksudkan ini? tak sabar KB nak tau. muahahah
akak dok lalu kat sini beberapa kali setahun tak terpikior lak nak pusing stering tu ke kiri...hehe...
cantik dan tenang nampaknye tasik2 tu...
tak peduli, lain kali you kena bawak....
gambo peoni side view tuh lawa giler.... cam olskool kat shanghai
Ce kabor ce kabor..Tasik Ceghomin tu rupanya di Jln K Kangsar yek? Dekat benor dgn rumah teman :)
Ohh situ tempa wa bermain di kala kecil..pernnah ke situew bersama retis HotFMjuge. lalalallaa
http://janggeltrekking2.blogspot.com/2010/03/gua-itu-indah.html
(tetibe terpromote blog plak #opssss )
mak esah dah sumpah dah yg korang takkan jumpa tempat tu sbb kitorang sume takde hahahahah!
Ok next trip utk cuti2 malaysia aku nk pusing Perak pulak..sapa nk ikut jom?????
Baru aku sedar rupenya ada benda nk tgk kt Ipoh nih.. vangga
@Danny / John,
Hahahahaa misteri sangat!!! Tiba-tiba rasa skema~! Tak sabar KJ nak sambung cerita.... KB sila ikut yerrrr
@Aku Seorang Pengembara,
Kak, tempat ni cantik dan sesuai untuk jalan-jalan dan jogging :D
@Lily Riani,
Ekekekeke... MOH LE KE PERAK! Visit Perak 2012 katanya :D
@Naramas Aman,
Tungguuuuuuuuuu...... Biarkan misteri dulu
@Janggel,
Hamboih gitewwww!!!! Ekekekeke...
@Biqque,
Owhhhhhhhh sebab mak Esah ke nih???? Cesss cessss cesssss!!!! Takpelah... Cabaran namanya!!!!!
@BlueEwoke,
Yeayyyy bawak aku sekali! Hahahahahaha... Jangan lupa Pengembara Tumpangan taw!
Post a Comment