FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, August 17, 2011

PiLiHaN BeRBuKa : Dubliners Cafe, iPoH

Pada satu petang, semasa masih di pejabat... tut tut... tut tut....

"Mas, ibu dah on day way balik dah"
"Ha???? Kata balik lepas berbuka???"
*gelak. gelak. gelak....
Me : Hurmmmmmmm

Ala, bonda.... nape tetiber tukar fikiran pulak! Kepala tak sempat nak set, mau masak apa sebab kena tinggal last minute... Dah larr tekak stahun ni mengada-ngada takmo makanan bazar Ramadhan (baru sekali je pergi kot masa dok kat Ipoh sepanjang bulan puasa kali nih).... Bazar Ramadhan mahai, pastu tak sedap! Masak sendiri lagi baguihkan, leh simpan untuk sahur sekali...

Lagi empat puluh minit mau balik nih.... "Errrrr....".  Makanya, terus aku membuat angkara dengan teman sepejabat.

Ok, untuk sesiapa yang berada di Ipoh dan nak mencari tempat berbuka, Aku baru sahaja diperkenalkan dengan Dubliners Cafe yang terletak di Greentown Mall (sebelah Maxis). Masa aku nengok dalam fesbuk cafe nih memang meleleh-leleh air liur aku menengokkan  gambar makanan yang diorang letak (hahaha hadeiiii almaklumlarrr puasa). *makanan kat sini memang sedap, maka bolehlah pi cuba.... huuuuuuu

Info :
Dubliners Cafe - buffet Ramadhan
Harga : RM22 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak
Masa : 7 pm - 11 pm
Hidangan : 10 jenis hidangan dan dessert (macam lebih je :D)
Bintang : ***`
Reservation : 016-6283470








*** Ada lagi hidangan yang teman tak masukkan sebab teman tak muat perut nak rasa semua hidangan :D

Monday, August 8, 2011

KuiH-KuiH MaRVeLLoUs : PiLiHaN NaK BeRBuKa

Haluuuuuu....... Assalamualaikum, salam Satu Malaysia <- Mood merdeka....

Ampun...... kawe (aku/ den/ saya) tahu kalau sesape yang baca blog kawe nih mesti hangin dengan kawe sementelah meletak gambar-gambar makanan pepagi hari bulan puasa ni kan?! Ehehehee.... Walaupun ni sebenarnya entri ulangan, kawe suka sangat nengok gambar-gambar kuih dalam entri ni..... *Fuhhhh nak berangan menu kuih petang ni. Jom, jom join sekali *beranga~

Entri hari ini, kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Banyak betul kuih-kuih kat kedai ni, ternganga jugalah menengoknya. Datang laks ramai-ramai, jadi kawan ni beli sikit, kawan tu beli sikit, last-last dah jadi berjensis-jenis. Bermacam-macam kuih yang kawe cuba dan kawe nak cakap kuih-kuih kat gerai ni memang best! Semua yang kawe makan, semua sedap-sedap. Semua secukup rasa dan tak ada manis leting, just nice! Heeeee....

Kat gerai ni, tak cukup dengan kuih-kuih, ada mee goreng, tauhu sumbat, rojak buah, agar-agar, ermmmm apa lagi ye dalam bungkus-bungkus yang banyak-banyak kat gerai ni entah, macam-macam lar. Rasanya kalau tuan empunya kedai nak buka meja kat depan gerai dia ni, dah memang leh jadi bistro... Yezza.... Harga kuih-kuih kat sini memang murah (owh i miss harga kuih-kuih kat sini, dah lar murah, sedap lakssss... memang berbaloi!), seringgit empat ketul pun leh dapat lagi!

Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha

psst : entri ulangan April 2010 :D