Assalamualaikum
Salam menanti Ramadhan semua :)
Hari ni nak kongsi satu lagi pilihan untuk beriftar Ramadhan nanti.
Lokasi di Cyberjaya, Verandah Restaurant, Cyberview Resort and Spa ada pakej berbuka puasa berlatar dengan belakangkan taman botanik yang cantik.
Yang menarik di sini, chef Imran dan teamnya akan memasak secara 'live' makanan laut seperti udang dan ketam mengikut citarasa kita. Dan pilihan lain, terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih daripada patin segar, tilapia, salmon dan boleh pula kita 'rekues' pula chef sediakan ikan-ikan ni sama ada masak asam pedas ataupun gulai tempoyak. Dan yang terakhir sekali, JANGAN TIDAK TIDAK untuk cuba Deep Fried Homemade Crispy Musang King Durian Rolls. MUSANG KING yerrr.. MUSANG KING!!! HAhahaha...
Selain itu, terdapat 23 stall lain yang menghidangkan pelbagai hidangan dari masakan Melayu, Cina, Jepun, Itali, Mexico dan pelbagai masakan lain termasuklah BBQ udang, kerang-kerangan, sotong, kambing, ayam, daging dan sosej bersaiz jumbo.
Menu masakan kampung juga tidak terkecuali dari 222 menu yang dihidangkan di dalam pakej ini. Warung gulai kawah dan masak lemak akan dibuka dengan pilihan daging, ayam, itik dan ikan salai dan tak lupa juga ada siput sedut (ermmmm sedap sangat ni masak lemak siput sedut slurppp slurppppp hahahahaha).
Bagi kanak-kanak, ada ruang menu khas untuk kanak-kanak menghidangkan coklat fountain dengan pilihan-pilihan 'candy', kek cawan, pop-corn dan 'soft icecream'. Ada dua peti aiskrim dengan pelbagai perasa yang kita tak boleh nak tolak untuk cuba. Di samping aiskrim dengan perisa biasa, ada aiskrim durian pandan-coconut, cendol teh tarik, tart nenas dan yang ni pertama kali rasa ais krim perisa RENDANG AYAM!
Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa dan menulis entry ini hahahadeh...
Harga bagi walk-in untuk buffet Ramadhan ini adalah RM138 /dewasa (Isnin-Jumaat) dan RM100 (hujung minggu). Pertanyaan lanjut bolehlah hubungi 03-8312 7091 /7092.
SELAMAT BERIFTAR :)

Ruang makan yang selesa
Pilih-pilih nak ikan apa nak masak apa, nak gulai tempoyak? nak asam pedas?
Menu dari Warung Kuali ada char kway teow, bihun goreng, kek lobak goreng! SEDAP!
Pelbagai dim sum dengan sos manis dan pedas
Antara kuih tradisional Melayu yang ada. Lompang ni warna warni pula!
Laksa Penang, Laksa Sarawak, Kari Laksa... lai laiii...
Pengat PISANG!
Tadaaa... mula-mula ingatkan dalam kedua-dua peti aiskrim menu yang serupa! Sekali tadaaaaaaa, yang ni semua MESTI CUBA!
Tu diaaa haaaaaa air manis pelbagai perisa pun mewah!
No comments:
Post a Comment