Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali….
Salam rindu dan salam nak menyambut Ramadhan….
Semalam tebiat menyanyi lagu Ramadhan tiba… Ramadhan tiba… hahahaha ok
siapa tahu lag utu?
Nak sambut Ramadhan ni korang
dah siap plan ke nak berbuka kat mana?
Beriftar dengan keluarga, dengan kengkawan, dengan opismate, dengan yang
ehem-ehem tersayang gitew….
Meh arini nak kongsi, satu pakej iftar untuk korang buat pilihan. Cewahhhh…
Hari tu dapatlah join iftar preview di Halia, Sime Darby Convention
Centre Bukit Kiara dengan tema ‘Selera Ramadhan’. Bukan main banyak menu yang membuka selera
sampai terduduk jugalah kekenyangan kat sana gagaga. #DASAR!!
Menu wajib Ramadhan yang menggiurkan antaranya termasuklah Bubur Lambuk
Berherba, Lidah Goreng Pedas, kambung bakar, murtabak, seafood rojak pasembor, roti john, pulut serawa durian (auw!) dan
bubur kacang hijau durian.
Ada 19 stall yang akan sediakan masakan yang dimasak secara ‘live’
seperti stall sup berempah, pelbagai sushi dan sashimi, sizzler hot plate/
shell out, kue teow Penang, satay!, masakan kawah Pak Yus, ketupat palas,
pelbagai jenis tempura, shawarma dan cucur atau orang utagha sebut cucoq.
Selain Halia, Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, ada satu lagi
restoran yang terkenal kat sini (aku pun suka yakmats!) iaitu China Treasures. Untuk berbuka puasa ni ada paket 60
All-You-Can-Eat masakan ala minute di samping 79 jenis dim sum yang lazat.
Menu ala-minute termasuk yang paling direkomenkan chef adalah deep fried
fresh mushroom with salted egg yolk, poached tiger prawns with hokkien shrimp
sauce in claypot, deep fried chicken with dried chilli and cashew nuts, dan itik
panggang dengan sos masam siam. Manakala
antara dim sum yang akan disediakan termasuklah ‘deep shrimp patties with slice
almond, stir-fried radish cake and beansprouts with chilli sauce, deep fried
prawn and salted egg yolk roll, steam szehuan hot and spicy chicken dumplings,
steamed buttered and salted egg yolk bamboo charcoal buns. NAK CAKAP DIMSUM DIA
SEMUA BEST! SALTED EGG BUN PUN SEDAP
MENGGILA! Adehhhhh….. terasa-rasa pulak dah!
Untuk berbuka di Sime Darby Convention Centre ni, voucher berharga RM99
seorang dan dibuka setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam
dari 27 Mei sehingga 22 Jun 2017. 25%
diskaun untuk kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (berumur
60 tahun dank e atas). Pembelian awal
iaitu sebelum 14 Mei 2017 adalah RM79 dan bagi setiap pembelian 10 voucher, 1
voucher akan diberikan sebagai penghargaan.
Untuk tempahan, bolehlah menghubungi no telefon dan emel berikut :
Halia – 03-2089 3799/ halia.sdcc@simedarby.com
China Treasures – 03-2089 3788 / chinatreasures.sdcc@simedarby.com
Bagi pakej lain seperti pakej berbuka puasa istimewa, rumah terbuka
hari raya dan khidmat catering luar juga ada disediakan. Pertanyaan lanjut bolehlah hubungi talian
03-2089 3688 / enquires.sdcc@simedarby.com
Ok jom layan mata sambil telan-telan air liur dulu :)
No comments:
Post a Comment