FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, March 22, 2012

INDia PaRT 1 : WaY To NeW DeLHi n ARRiVaL

Betulke dah nak pi mengembara nih???  Pagi nak pergi, hari itulah baru aku boleh senyum sensorang walaupun kerja opis tak siap-siap lagi.  Aku sungguh bertabah hati dengan menekadkan diri untuk meneruskan perjalanan dan menyiapkan paper work bila ada kesempatan.... Jiwa dah sampai India maaaa, macam mana nak fokus???? Huahuahauaua....

Jom ikut perjalanan Jothy, Jehan dan Johnny mengembara ke bumi kari....

Timbang beg sebelum check in - masing-masing beg 10kg.  Jehan dan Jothy penuh konfiden beg kami berdua hanya 15 kg (ni masa perancangan ~ bila dah sumbat makanan bagai..... naaa sorang 10kg jugak!)

Naaaaa ini larrr beg-beg yang akan dibawa. 

Makan tengah hari dulu kat LCCT - assam laksa ni sumpah tak sedap! makan tengah lapar pun tak boleh nak habiskan!

Hoyeahhhh..... seb baik ngam-ngam......

Dah naik kapalterbang dah....  Takde turning back dah ni.... Gudbye Enchek Bos ;p

Disebabkan makan tengah hari tak sedap ~ naga dalam perut memang ngamuk2 minta makanan...  Kami semua makan  Malaysian Cuisine (dalam perjalanan ke New Delhi hidangan nasi beriani disediakan)

Dah kenyang, diorang tidur! Cesssss..... bangun larrr bangun larrrrrr

Terpaksa melayan telinga dengan pemain mp3.  Nasib baik elok lagi  :)
*ehem to green porch Lily, hehehe

Lepas tu buat sifir tukaran nilai rupee dan Ringgit Malaysia.  Sifir ni memang wajib untuk aku bila pergi ke mana-mana buat supaya senang nanti tak ada tercangak2 dan nilai yang aku buat siap sampai boleh pakai untuk teman orang beli sari...

Dalam kapalterbang kena isi 'arrival form'.  Isi jangan tak isi siap-siap.

Setelah menempuh perjalanan selama 5 jam setengah dalam kapal terbang, ini adalah masa rasmi kami berada secara rasmi dalam lapangan terbang Indira Gandhi Airport :D

Punya larr ramainya orang nak beratur depan imigresen.... nak  masuk baris pun ada banyak lorong pastu leh lagi bercabang dalam tu....

Ni bila dah kuar dari imigresen... masa ni terasa macam retis tetiber sebab ramai sungguh orang memegang nama ;p

Walaupun niat asal untuk bermalam di airport, akhirnya kami akur juga untuk mencari hotel kerana  bench di kawasan ketibaan sangat terhad... suhu kat luar masa nih sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....  Ada banyak teksi kat luar ni dan harga adalah tetap... Cuma nak dapat teksi lawa dengan tak lawa bergantung pada rezeki memasing.

Akhirnya kami menaiki teksi ni dengan tambang sebanyak Rupee 400.  Jarak nak ke hotel dalam 16km... Yeayyyy jomssssss....

Dari airport ke bandar, masa kat highway ni ada pulak seorang budak perempuan dukung bayi minta sedekah dari tingkap ke tingkap kereta.

Daftar masuk Hotel 1 : Smyle Inn

Dalam masa dua puluh minit perjalanan teksi, kami sampai ke kawasan hotel.... Errrrr..... sebenarnya sampai ke hujung jalan besar dan pemandu teksi suruh turun.... Omaiiiii..... gila kejap!  Mana hala nak tuju????  Tak kira, suruh juga pemandu teksi bawa masuk...  Malam tu kami lalu di kawasan yang ala-ala gasta paradise, scary!!!  Masa kami sampai kat kawasan tu dah pukul 11 malam, pintu-pintu kedai semua tutup dengan anjing sepanjang jalan....  Kadang-kadang melintasi sekumpulan local yang kami tak tahu orang baik kah? bukankah? Mabukkah??? Oleh yang demikian, kami memang tak mahu turun teksi selagi teksi tak berhenti depan hotel.  Memandangkan pemandu teksi pun kurang pasti lokasi hotel, dok pusing sana sini, terpaksa larrr roaming buat panggilan untuk dapatkan  panduan ke hotel.... 

Smyle Inn
916, Cali Chandi Wali, Main Bazaar, Pahargani
New Delhi - 110055, India
Tel: +91-11-23584076 / +91-11-23589107
Faks: +91-11-228542651 
E-Mail:   smyleinn@hotmail.com  

Keadaan dalam bilik Hotel Smyle Inn yang berharga RM21 untuk semalam.  Biliknya bersih, cuma adakala terhidu juga bau busuk dari luar.....

Bersarapan di atas bumbung!  Pagi-pagi dah kena mendaki tangga 4 tingkat untuk makan sekeping toast, semangkuk bijirin, segelas susu, sebiji pisang dan sekotak air.... 

Entri selanjutnya : Pagi di Delhi, daftar masuk hotel lagi dan lagi dan jom menapak

Cerita lain
1. berat lugage asal yang dibeli untuk tiga orang adalah 25kg, tapi ditambah pada saat-saat akhir apabila menyedari beg sudah lebih muatan.  Belian tambahan berat dibenarkan pada had masa tertentu sahaja... Nasib baik kami sampai awal!
2.  masa beratur kat Imigresen, ada orang *ehem potong barisan dan yang paling tak tahan sebab dok mengasak aku dengan perut dia yang muncit! Omaiiiiiiiiiii....... memang aku sumpah seranah dalam hati dekat 3 timba.  Geli kot!! EEEEEEEEEEEEEEE....
3.  Smyle Inn ini terletak dalam lorong kecil, dan nak cari memang bercinta!  Kami berpusing-pusing di kawasan tersebut dekat setengah jam! Nasib baik, kami suruh juga pemandu teksi bawa depan hotel...
3.  Kami yang kejut orang hotel bangun, buka pintu dan 'paksa' diorang sediakan sarapan! Walhal masa tu dah pukul 8++ pagi!!!



23 comments:

Nina Garcia said...

"Kami yang kejut orang hotel bangun, buka pintu dan 'paksa' diorang sediakan sarapan! Walhal masa tu dah pukul 8++ pagi!!!"

ptt la indiatak maju.. hihi

masMZ KaKiJaLaN said...

@ bErrY sTraWbErRy,

tempat nak sarapan kat blok lain. tercangak-cangak kami dengan pintu dok tarik-tarik kunci pulak. Sebab local kat depan dah kata memang itu bangunan yang kami cari, memang kami cuba dan ketuk-ketuk jugaklarrr pintu hotel tu.

bila masuk, ada yang baru nak lipat selimut bagai.... diorang tido kat belakang kaunter... haishhhh....

Anash said...

...
mcm tak sabar nak baca lagi
kompom korang nyer citer yindia meletup sana sini...
heheh

Ren said...

Tak tahan kejut orang hotel buat sarapan kekekee.

Azian Elias said...

memang susah ye nak over nite kat airport tu. huuu..huu.

Biqque said...

wahhhh gambar janggel

lily marketing mmg gempak la...merata2 barang dia kat blog orang :D

sayang, tak yah susah2 tulis sifir, have u ever heard of cheatsheet? dah siap2 utk ko, print jerrr!

haah kan ke dah bgtau takde bench kat epot...kihkihkih! bertabahlah...

lagi? lagi?

shah_rule said...

wah dah start marathon cite india dah nie.. busuk sgt ke kt sane smpai bau dari luar masuk dalam.. haha scary~
aku tngak laksa tuh pun tak lalu nak makan.. mgg kafeteria dia ntah pape, dulu kawan aku duk makan situ bila 5 mnt nak boarding die dah ulang alik g toilet.. haha malaysia=india same je dak? haha

Ely Hasrul said...

eh bagus la tang sifir tuh! nnti aku pon nk print cheatsheet lah xpenah tpk okeh hihi..

okek berlaga perut muncit.. geli! bangunkn org sedia bekfas? hahahahhahahah

Anonymous said...

memang confirm you all semua ni anak jutawan tempah susah, syukur drebar teksi tak halau juga suruh turun.

zany

John717 said...

mengantokkknya aku kat ofis ni. ntah bila laaa nk kuar cite psl india nih!

Ophe said...

heyyyy...
jauh kamu di bumi sanaa..
lama hilang berita :)

masMZ KaKiJaLaN said...

@K.Anash,

hahahahahaaa.... banyak leh meletops2 nihhhhh...... *sambil makan muruku..... aishhhhhhh dak nyerrrrr


@Janggel,

ha larrrr lama baru nak bukak pintu... mamat sorang tu baru tenyeh2 mata dia.... seb baek dia owner (kah? agaknya?)

masMZ KaKiJaLaN said...

k.Azian,

kalau baru sampai, memang tak ada port nak tidur. kalau dah menjengah keluar dari kawasan airport ke tempat open (luar) memang tak boleh nak masuk balik...

kalau nak balik, ya ramai je orang tido posing bagai kat ruang menunggu tu. masa ni selesa dan sesuai larr kalau nak tunggu lama sebab surau, toilet, kedai nak makan semua ada :)

masMZ KaKiJaLaN said...

@Biqque,

Ekekekee.... aku ngan Janggel dah masuk sleeping bag dah ready nak babum dengan pasrah.... tapi jadi retis nih (ops kawan dengan retis) dengan jaga imeh sket.... terpaksa jadi kaya balik semula ;D

Lupa larrr nak print, kena aaaa tulis sambil2 tekan2 calculator... huuuu

Unknown said...

Hahahah geli gak aku org duk mengasak ko dgn perut dia tu!! memang bab*!! mana bodyguard ko 2org tu?? buat dek je ke?? meh sini aku siku sekor2!! cisss hahahah

masMZ KaKiJaLaN said...

@shah_rule,

ni kena bertekad cemerlang nihhh... silap2 satu hari siap kena ada dua entri pulak nanti... kena kasi habis sebelum basi...

tatau larrr celah bedah mana bau tu masuk tapi memang kompom bau tu dari luar dan bau tu kadang2 je.... tempat ni memang dok kat lorong kecik antara bangunan...

masMZ KaKiJaLaN said...

@Ely n @BlueEwoke,

Sangat geli ok! Perut dia muncit yang muncung, siap leh rasa akan ketajaman perut dia tuh.... memang demmit.... bodyguard dua orang tu dah terkebelakang sebab mamat ni potong barisan.... kalau aku bagi, harus dia panggil geng2 dia pulak.....

@Ely,

ekekekeke.... mmang cam anak jutawankan, "heiii bangun! siapkan bekpes kami cepat!" ecehhhhh berangan leh suruh2 orang macam tu.... kitaorang ketuk2 pastu cakap patut ada bekpes kan.... sopan tak? dalam ayat lain, haaa cepatlahhhh siapkan bekpes... kami nak cabut dah nihhhh.... dah pukul 8.30-45 dah tau... kalau ngan mak aku ni sah dah kena ligan dengan penyapu! hahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

@Zany,

Tetap tamao turun walau kena halau macam mana sekalipun. Takut kot nak turun kat gangsta paradise tuh... tempat dia besar, kat celah mana nak cari pun taktaw.


Lagi pula kami sampai sana dah tengah malam, tobat!!

masMZ KaKiJaLaN said...

@John 717,

Bertabahlah....



@opheliaa,

Hehehehehehe.... lama ilang sebab tahap kerajinan dan ketabahan untuk menulis itu berada di tahap yang kritikal... :)

Azizan Zolkipli said...

"ni masa perancangan ~ bila dah sumbat makanan bagai ..."

hmmm, boleh berkongsi tak apa jenis makanan yang kamu bawa ? saje nak tahu, mana tau idea kamu boleh digunapakai ke ...

kemang~ said...

rindu india......

masMZ KaKiJaLaN said...

@Wak Jan,

Kami bawa serunding ikan bilis (kelapa) dan sambal ikan bilis yang disiapkan dalam 1 pack untuk sekali makan.

Selain itu, saya bawa oat/ nestum (in case lapa dan tak lalu makan), maggi dan 3 in 1 untuk bancuh air. Bekalan tenaga ekspress yang wajib dibawa sekali ialah coklat choki-choki. Hehehehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

@Kemang,

Amboihhhhhhhh.... Ada yang tertinggal kat sanakah????? HAhaha