FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, October 14, 2010

TeRiMa KaSiH KHaS [sambut birthday]

September sudah berlalu, Oktober juga sudah sampai ke pertengahan, terima kasih aku belum juga terluah di sini. Ulang tahun kelahiran yang entah bagaimana magisnya, umur menjadi jauh lagi muda... Dari pangkat 3 palit kepada 2 palit dengan perasannya aku hahaha untuk menceriakan suasana. Tahun ni rasa macam artis dengan ucapan selamat yang bertalu-talu dari sebelum hari sambutan sehingga ke detik-detik akhir tarikh keramat ulangtahun ibu melahirkan aku. Wah meriah... Terima kasih pada yang membuat ucapan, yang tak membuat ucapan pada hari kejadian dengan membuat-buat 'dunno' iaitu enchek Janggeltrekker dan sahabat maya baru Hang Dhamin EEEEEEEEEE sungguh menekan jiwa. Pasai apa? Depa dok buat loklak citer macam-macam dari pagi sampai malam, tak ada cakap apa pun. Hampeh! Bila cakap pasai cupcake, depa ilang terus. Ilang teruih boleh tahan lagi, tapi pi sambung sembang kat tempat lain pulak!!! Ciskek cisdale, rasa nak cekik tapi tak bboleh (almaklum lar diorang kat pekan Kolumpo, aku kat pekan kecik ni haaaa...). Di hari kejadian pulak, kebetulannya tersangatlah sibuk dan kerja pejabat bersambung-sambung pula kat rumah. Tekanan perasaan tapi aku redha.... PASRAH ok walaupun macam sedih-sedih lar jugak sikit-sikit sebab aku sensorang kat sini. Dah la macam tu, busuk-busuk plan ingat bolehlah lari pi makan kek tapi nak kena siapkan kerja la pulak. HuwaAAaa.....


Rupa-rupanya........


Hahahahaha aku sukeeeeeeeeeeee. Hujung minggu yang aku ingat diorang datang sini untuk aktiviti cuti dan menembak, rupanya disertai dengan surprise birthday party! I LIKE!!! Sungguh larr aku tak sangka... Bersusah payah sahabat-sahabatku ini membawa cup cake yang dibawa dalam beg kertas dan kotaknya di'cover' dengan jaket. Memang aku heran, pasai apa mamat-mamat ni bawa beg kertas?? Aku rasa diorang lagi rela tinggalkan barang dari mengangkut beg kertas ke hulu hilir! Sungguhpun begitu, ikut suka hang pa larrrr.... Dah sebab aku pun tak tau isi beg kertas tu selain jaket, aku pun letak lar jaket aku dan up lagi dengan letak tripod.... Kahkahkah.... Padan juga larrr Janggel, kata jangan masukkan tripod dan dia kuarkan balik.... Hasilnya, cup cake kemek yang diorang bagi kat aku!!!!


Terima kasih Janggel dan Hang Dhamin. Memang best dan lagi best pada hari kejadian, siang tu entah macam mana dapat cincin dalam paket makanan yang kitaorang beli. Akupun tak ingat siapa yang dapat cincin tu, JT atau HD? Lepas tu tiba-tiba je diorang suka-suka diorang dan cakap aku mesti suka. Malam masa 'party' diorang bagi pada aku dan muat jari la pulak! Ngee... Suprised 'party' ini turut dikomplotkan dengan RWan dan dibuat kat rooftop. Hee terharu giless sampai mau nanges. Terima kasih Janggel. Terima kasih Dhamin. Terima kasih juga buat RWan. Dan tak lupa semua yang mendoakan aku, terima kasih.

















[bila agaknya nak dapat cincin betul ni?][cup cake tu sedap! Mana butang like?]
[awat aku cakap utagha laks ni? Ha3x]

8 comments:

Ren said...

Ahaksssss SOKA ka???? Awat, tak percaya? sila percaya!

masMZ KaKiJaLaN said...

Ahakss. Cheq SOKA lar. Ang pa main2 aa masa ari birthday. Siap 'umpat' belakang cheq xtahan. Bila mau tuka itew cincin? Ahakss.

masMZ KaKiJaLaN said...

Seyes seh tak sangka korang bawak kek dari pekan kolumpo. Dah lar ang pa asyik memain sampai hari kejadian, adeh terharu. Sedap tak pantun 'Ciskek cisdale, rasa nak cekik tapi tak bole'? Ha3x, itu ler yang cheq ghasa.

Hang Dhamin said...

hahhahaha..adoi...terharunya baca....bln 12 nnt nak wat tak tau n x nak celebrate....aku nak tgk post terharu atau post merana dlm blog nie nnt! hahahahah

masMZ KaKiJaLaN said...

[Plagiat ayat Janggel]
Dhamin, Ahaksssss TERHARU ka???? Awat, tak percaya? sila percaya!

Anash said...

gud buddies are hard to find...
besh aaa sambut birthday main terkejut-kejut gitu...heheh

masMZ KaKiJaLaN said...

Anash, saya setuju....

Hehehe... memang betul saya tak ada idea langsung pasal party terkejut nih... terharu giles (tapi takmo eh, puji diorang nih lebey2... hahaha)

Ren said...

Sila percaya! wakakaka..lets counting the next event..ops next birthday! ehem ehem.