FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, October 20, 2010

19/10/2010

Pagi ini aku ke klinik. Badan terasa lemah akibat kurang tidur dan makan disebabkan beberapa perkara termasuklah sesuatu yang telah menyebabkan aku menjadi 'OKU' sejak beberapa hari yang lalu. Hari pertama pergerakan aku menjadi agak terhad adalah pada hari Ahad yang lalu, jadi aku hanya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di rumah. Teman jauh di mata, jauh di hati juga sebenarnya telah mencabar aku untuk berada di pekan ini pada hari minggu (ya saya sudah melakukannya DR).

Hari Isnin, di antara rasa perlu aku ke pejabat telah melebihi rasa perlunya aku berjumpa dengan Tuan Doktor (Tn. Dr.) (fahamilah bahawa Tn. Dr. adalah orang yang terakhir yang aku jumpa, sangat gemuruh). Seharian aku di pejabat mengurus hal yang pelbagai dan berlipat ganda semenjak Encik Bos bercuti. Aku ada dua bulan lagi untuk bekerja tanpanya (Encik Bos, saya rindu kamu!!! Hahaha <- ini bakal menjadi kontroversi! Tukar ayat sikit -> Encik Bos, saya perlu kamu!!!).

Aku belum punya pengalaman bekerja di negeri dan negeri yang ku cintai ini adalah negeri pertama yang aku curahkan khidmat. Pekerjaan di ibu pejabat memang berbeza dengan pekerjaan di sini. Penyediaan kertas kerja, pembentukkan polisi, penyelarasan, membuat audit dan analisa adalah lebih mudah bagi aku berbanding menjalankan kerja-kerja hands-on. Berjumpa dengan ramai orang dan menerima panggilan-panggilan hamun. Di ibu pejabat, orang atasan aku lebih ramai untuk aku rujuk dan bincang berbanding ketika ini aku cuma ada Encik Bos, Encik Bos 2 dan Encik Bos Besar. Bila Encik Bos tiada, maka aku hanya punya Encik Bos 2 yang hanya dapat ku rujuk bagi hal-hal tertentu sahaja.


Kawan-kawan untuk di bawa bincang tidak ada di sini melainkan aku membuat panggilan ke negeri-negeri lain (ermmmm untuk membuat usul dengan implikasi undang-undang - aiyaya!). Anak-anak buah tertunggu-tunggu arahan, namun ada juga yang menolak-nolak. Ah, berbeza sungguh dengan kami di ibu pejabat. Seingat aku, semua pun perlu dibuat kerana kami mahu atau tidak, kami perlu bekerja sama tanpa mengira urus tangan yang perlu juga diselesaikan segera. Yang pasti, pandai-pandailah mencari masa. Mungkin juga kerana kami kasta paling rendah di ibu pejabat, maka orang bawahan yang sedikit itu perlu dikongsi sehingga bantuan kawan-kawan sekasta juga amat diperlukan. Errr, adakah aku sudah melalut jauh?? Maaf!!


Berbalik cerita di klinik, tatkala Tn. Dr. menawarkan cuti sakit, laju aku meminta time cit. Ada yang menanti aku di pejabat. Mujur waktu yang ditulis sehingga 12.30 tengah hari! Aku punya masa untuk sarapan, makan ubat dan tidur dulu sebelum kembali ke pejabat petang nanti.

Tatkala ini, aku sedang menunggu makanan dan aku LAPAR......

[kehidupan aku sudah jauh berubah dan aku masih cuba untuk menerima seadanya aku di sini dan cabaran-cabaran yang menanti aku. Ya, aku cuba dan akan terus mencuba!]

[Genting Trailblazer lagi sebelas hari, minta-minta tangan aku ok dalam minggu ini juga. [Sesungguhnya masa suntuk sudah bagi ku untuk 'treneng'..... Adoiiiii, soweee teammate, soweee kengkawan]

[Baru menerima pengesahan, tanggung kerja Encik Bos... Nampak gayanya cuti kena beku lagi!!!]

6 comments:

Ren said...

sabo je laaaaaaaaa.....

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, meh larr transfer sini... Ada post kosong lagi kat sini!!!

Ren said...

Arhhhggg tidak selagi yg tutttttttt ada di sana hahahahab

masMZ KaKiJaLaN said...

wakakakaa..... weh tanggung atas tanggung nih..... penat kepala se nih haaaa..... banyak benau.... yg tuttttttttt tu takkan kacao larrr

Ren said...

abes tu tutttt mana yg kacau?

masMZ KaKiJaLaN said...

dia kacao Enchek Bos dan Cik Bos Kecik...
ke ko maksudkan yang sekasta tu???