FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, August 19, 2008

Makan-Makan Di Teluk Intan

Ermmm…. Tak sangka ada juga yang bertanya pasal sambungan “Living In A Small Town Named Teluk Intan” tu. Heh!

Sebenarnya kalau nak cerita pasal makan-makan kat Teluk Intan (TI), tidaklah jauh sangat bezanya dengan makan kat tempat lain. Lagi pula kalau cerita pasal makan ini, sudah tentu ikut selera masing-masing. Sedap pada aku, belum tentu sedap pada orang lain. Sedap pada orang lain belum tentu sedap pada aku!

Cerita yang paling senang dulunya!!!!! Kepada peminat makanan segera, dipendekkan cerita di TI ini hanya ada KFC dan Pizza Hut sahaja. Kalau dulu ada juga Marry Brown tapi tak lama bertahan di sini. Agaknya sebab teman nih tak minat, jadi diorang pun terpaksalah tutup kedai!!!! Peringatan buat peminat Pizza Hut, servis cawangan TI ini, sangatlah menekankan jiwa… Rasanya orang-orang yang sabar sahaja yang boleh duduk makan di sini!!!! Huh… Sabar. Sabar.

Makanan yang biasa dicari bila balik TI, ada kat beberapa tempat sahaja. Satay TI, popia TI, satay TI dan popia goreng TI. Yumyum sedapnya satay TI. Yumyum sedapnya popia dan popia goreng TI. Satay TI pada aku dan semesti survei yang telah dibuat dengan dan dipersetujui bersama dengan seluruh kaum kerabat dan kengkawan seangkatan dengan aku…. Sedap pada daging yang disataykan. Dagingnya dihiris nipis dan diperam manis. Kalau makan mesti bercucuk-cucuk. Kuah satay sebagai compliment wajib pada rasa satay (walaupun sebenarnya tanpa kuah pun sudah cukup sedap(!), cooked in Perak style. Pedas-pedas dan manis-manis sikit. Tidak banyaklah bezanya kuah satay TI dengan kuah di tempat lain. Yang memang menjadi pujaan hati memang sataynya saja!

Popia TI pula? Popia TI semuanya comel-comel. Balik popia basah ataupun popia goreng. Intinya agak2 meriah juga! Sambal yang digunakan pula secukup rasa. Pekat, pedas dan manis. Nasihat kalau nak mencari popia ni kena tengok gerai dan rupanya dulu. Sebenarnya pada hari-hari biasa, semua popia kat sini akan lebih kurang sama rupa dan rasanya. Cuma kalau bulan puasa, disebabkan banyak peniaga baru, kenalah tengok-tengok sikit. Popia yang biasa dituju ialah Popia Rahman, tapi yang lain-lain okey juga!

Makanan istimewa yang di TI ialah rojak dan mee mastan yang semestinya hanya didapati di kedai Mastan Ghani. Lagi satu, kalau orang datang TI, kedai mamak yang paling terkenal sudah semestinya di Ghulam Rasul. Kalau nak cari nasi beriani, belilah kat sini… It is recommended. Makan hidang pelbagai lauk ala-ala grand, mewah dan eksklusif, biasanya Sutera Indah akan menjadi pilihan yang paling utama. Memang best giler dan harganya pun jauh lebih murah dari Kuala Lumpur.

Kuih-muih biasanya beli kat simpang Padang Tembak. Kuih-kuihnya memang gerenti sedap. Kuih yang tak pernah jumpa di tempat lain pun ada. Baru-baru ini bila balik, tengok-tengok dah naik pula harga setelah bertahan begitu lama. Dahulu masa tahun 80-an, lima ketul seringgit, lepas tu empat ketul seringgit sampailah baru-baru ini naik juga akhirnya seketul tiga posen. Tapi tak kisahlah… Kuihnya tetap maintain sedap dan saiznya memang macam itu dari dulu!!!! Oh ya, sebelum terlupa…. Baiknya goreng pisang kat sini pun sedap!!! Tak berminyak cam kat kedai lain!! Hehehe.


Sampai berjumpa lagi. :D


Catatan :
December 30, 2007

No comments: