MAHA 2008 akhirnya muncul jua. Lama aku menghitung hari. Ada tak agaknya orang lain di luar sana seperti aku? Excited luar biasa sampai boleh diiktiraf sebagai ‘promoter’ MAHA yang tak bertauliah tapi memang macam sudah ditauliahkan!
Semasa aku suarakan kepada bos, “Bos, MAHA nak mula…”. Wah belum sempat aku menghabiskan ayat, “Hah, bila Mas?” “Errr…. 12 hb”. “Ok, saya cuti 12hb!” Hampeh punya bos!
Setelah dicongak-congak, “Tak apa. Tak apa. Saya ambil 13hb. Baik punya! Malam 12hb saya nak tengok bunga api, jadi esok paginya saya boleh bangun lambat! Hahaha!”
MAHA 2008 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 12 Ogos 2008. Diadakan di MARDI, Serdang sehingga 23 Ogos 2008. Dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam. Masuk percuma, tetapi parking dikenakan caj RM5 dan tram RM1/orang. Kalau rasa-rasa tidak mahu bersesak dan sangkut jammed, ada bas disediakan dari Putrajaya (belakang Mahkamah), LRT Bukit Jalil dan KTM Serdang. Bukan calang-calang bas disediakan, bas persiaran elok!
Berada di MAHA hampir sehari suntuk sebenarnya tidak mencukupi. Bayangkan kalau dari pagi ke sehabis petang, terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Percayalah!! Kenapa waktu pameran kali ini tidak sampai ke malam seperti dulu?? Tempatnya luas, jauh-jauh, nak bergerak di tengah panas macam kurang sesuai saja!!
Dalam banyak-banyak tempat, tempat yang mesti dikhatamkan terlebih dahulu sudah tentulah di Hall A iaitu tempat orkid-orkid dijual dan di atas bukit berhadapan Rumah Negeri yang menempatkan orkid-orkid yang dipertandingkan. Memang masa banyak habis di situ. Banyaknya orkid!!! Rambang mata. Macam-macam…. Orkid hidbrid memang jangan cakap, memang banyak. Tapi ada orkid hutan, ada orkid import. Memang dasyat! Kalau siapa yang singgah ke sini, rasanya semua tangan memegang orkid! Harga orkid dari RM15-RM100++. Oiii gila! Siapa orang gila yang boleh habis beratus-ratus tu??? Aku tak dapat orkid betul, dapat gambar pun jadiklah!!!
Kalau ada kesempatan, mahu lagi aku ke MAHA. Tempat makanan, binatang peliharaan, binatang ternakan, Rumah Negeri dan banyak lagi tempat yang belum aku jengah. Dan ooOOOoooo kalau dapat sebenarnya, nak cari puding raja (makanan istana negeri Pahang). Puding ini memang susah nak dapat. Tengoklah kalau ada rezeki aku nanti.
Balik dari MAHA, selain beberapa pokok orkid dan beratus keping gambar orkid, sempat juga aku membeli buku di sini dengan harga istimewa. Hai suka betul! Satu buku orkid (macam dah tak ada benda lain!) dan satu buku muffin… Suka!
Sebelum bergerak keluar, sempat singgah di kedai-kedai buah. Teringat ada sms berbunyi “Buah cempedak di luar pagar. Cik Mas, nanti tolong belikan buah cempedak tu yer!”. Sementara nak membeli cempedak, pergi lagi merasa duku langsat yang kemudian ditawar harga penghabisan hari RM2/kilo. Ermphhh beli pulak! Teringat nak bawa ke pejabat. Tiba-tiba orang di seberang melaung rambutan RM0.50/kilo, tapi tak adalah aku ke sana membelinya pula. Banyak sangat barang, nanti nak beli cempedak di luar pagar lagi! Uiiii tak terdaya den!! Nasib baik, kali ni ada kawan dengan ‘rela hati’ didera untuk tolong angkat barang sekali. Terima kasih! Terima kasih!
Pada sesiapa yang membaca MAHA 2008 ini, pergi jangan tak pergi. Sokong industri agro-pelancongan kita sambil-sambil belajar dan percayalah pasti ada yang anda minat menanti di sana!!! Jom ke MAHA 2008!!!
No comments:
Post a Comment