FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, June 21, 2014

SaBaK BeRNaM II MaTaHaRi TiDuR Di PaNTai BaGaN NaKHoDa OMaR (PHoTo SHaRiNG)

Haluuuuu....
Assalamualaikum....
Salam Satu Malaysia....
Salam Hujung Minggu....
Salam Jom Pi Jalan ;D  #ngee
 
Ke mana hujung minggu ni?  Last kot nak ber'foya-foya' siang sambil makan-makan.
Siapa yang duduk belah-belah pantai barat Selangor, siapa yang dok belah-belah Perak selatan, jom pi Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
 
Katanya pantai rekreasi, tapi kalau ikut aku ni haaa.... rekreasi tu pi makan mee / nasi goreng udang berenang-renang kot! Hahahaha.... Iya port best kalau nak makan mee udang, nasi goreng udang, udang goreng, kerang bakar kat sini.  Kalau nak ber'banana boat', nak berenang-renang kat sini memang takde lah.  Mancing????  Silalah booking tempat di Kelong Paradise.
 
Bagan Nakhoda Omar (BNO) ni memang port singgah waktu berulang-alik menyukat jalan.  Hoho... selalu rindu laut.  Bila tengok air, tenang rasa hati.  Bila tengok air, sejuk rasa jiwa.  Rasa macam semua yang dok main dalam kepala tu dibelai-belai, diusap-usap ombak. Semoga apa yang terpemdam dan memakan perasaan sekarang ni, jauh.
 
Hari ni, kongsi gambar sahaja.  Gambar udang goreng mee ke, udang goreng nasi ke, takde (haaa faham dak maksudnya?? udang banyak ok!).  Hari ni kongsi gambar laut.  Hari ni kongsi gambar matahari nak 'tidur'.  Hari ni kongsi nelayan keluar mencari rezeki di bumi Allah.  AllahuAkbar.  Allah Maha Besar.
 






 

Thursday, June 19, 2014

TaMaN NeGaRa PaHaNG PaRT 3 (FiNaL) : ACCoM daN PaKeJ daN KeNGKaWaN

Haluuuu.....
Assalamualaikum.....
Salam Satu Malaysia....
Salam Tahun Melawat Malaysia.....
Salam jom jalan......

Iklan jap
Hari ni dah 21 Syaaban dah rupanya. Cepat betul masa berjalan ni haaa....
Soalan!
Puasa tahun lepas dah habis ganti??? Haaaaaaa
Ke dah fikir tarikh nak booking beriftar sama-sama dengan kengkawan? Tarikh nak balik kampong berbuka ngan famili dah booking sekali ke belum??? Hihihi....
Ni link untuk Takwim Waktu Imsak dan Berbuka Negeri-Negeri Seluruh Malaysia... klik sini.

Jom sambung cerita kat Amazon.. eh? hrmmm kat Taman Negara Pahang.


Sambungan dari entri-entri ni
TeaSeR : JoM Ke AMAZON!!!!!! #fuhpeluh
TaMaN NeGaRa PaHaNG PaRT 1 : MooD TaRZaN???? WooOOOoWoooOOOOO
TaMaN NeGaRa PaHaNG PaRT 2 : iNDaH YaNG TeRSiMPaN  

Hari terakhir, kami bersantai-santai sahaja.
Pagi-pagi keluar pergi sarapan roti canai sedap kat gerai simpang.
Lepas tu jalan-jalan cari cenderahati kat tepi sungai.. Dari key-chain, fridge magnet, t-shirt, sticker kereta, badge sulam, pastu memacam lagi la... Lupa nak ambil gambar-gambar ni sebab sibuk berkipas panas!  Huahuahua.... 



Sebelum balik, tenang (tengok) balik pertembungan dua lembangan sungai kat sini.  Entah bila la nak sampai lagi.  Projek baru dah ada.... Nak buat??? Ermmmmmm... ceng ceng cengggg....

Gambar dari kamera telefon pon dah lawa...  Kalau tengok depan mata, dalam bot kena percik-percik air sambil nyanyi lagu "Let It GoOOOOooo... Let It GooOOOoo.." memang lagi feel.

Lokasi paling hulu yang bot boleh sampai untuk ke Lata Berkoh.  Kabus?  Idak... Itu asap yang diadakan untuk Aqillah sebab banyak lebah masa ni.....

Kelah Sanctuary...  Teringat dulu-dulu mandi dengan ikan dari atas tebing sungai pasir.  Sekarang dah berbatu dan siap ada pusat penerangan.  Kali ni tengok dari atas sahaja... Keruh pulak airnya...  Ikan pun tak banyak timbul..  Kenyang dah kot???

Sebahagian flashback aktiviti masa kat Taman Negara Pahang ni.  Memang happy la... Masalah-masalah leh tolak tepi jap...  Tu kalao tengok gambar Cawan ngan Janggel tu dah macam drama sangat tu weiiiii.....

Macam-macam aktiviti yang ada kat Taman Negara ni.  Pilih je laaa...  Dari bertogether-together menjiwai alam sampailah aktiviti makan dan makan dan makan dan makan.... Hahahahaha...

Kami ber'rapid shooting', main sungai, jatuh sungai, terjun sungai, bertrekking, naik jambatan gantung, panjat bukit (tamao sebab tak larat dah?! Hihihi), orang asli (tamao sebab baru pergi!), night safari, makan sedap, berselfie... ishkkkk hahahaha.

Tempat penginapan, takde susah-susah nak pilih.  Banyak ok!  Harga pun macam-macam pilih je la ikut poket memasing. 


Haaa ni chalet yang kami duduk.  Memasing lupa nak ambil gambar dalam bilik.  Kak Anash leh ambil gambar dalam bilik air je tapi lupa gambar bilik? Lawak larrrrr.....

Kat Mahseer Chalet ni ada macam-macam jenis bilik juga.  Kami ambil dorm yang berpenghawa dingin boleh muat 5 orang satu bilik, dengan harga RM25/ seorang. Nak murah lagi, ambillah dorm pakai kipas sahaja RM15 ke RM20 tak ingat.  Wifi ada sampai ke bilik.

Satu lagi best kat chalet ni, ada dapur.  Boleh bancuh air 3 juta kali pun takpe.  Ada juga perkakasan kalau nak masak sesimple.  Kat dapur ni teh, gula, kopi, kicap, garam semua ada.

Info lanjut, bolehlah skodeng kat Facebook Mahseer Chalet ni... haaa klik sini.

Nak makan gulai tempoyak ikan patin sedap... jangan lupa cari kedai ni...  Datang awal. Mujur untuk kami, Madi dah booking suruh simpan.... Spesel sangat taw!
Cer tengok gambar gulainya kat sini..... haaaa klik sini.


Oklah... Sebelum nak tutup cerita berWOW kat Hutan Amazon Malaysia yakni Taman Negara Pahang ni, ni guideline la anggaran aktiviti yang boleh dipilih-pilih..  Ada yang takde kat sini, leh buka buku kat kaunter ni.. 

Untuk trip 3 hari 2 malam ni, koi belanja tak sampai RM300 termasuklah makan minum dan duit minyak tol sampai ke Kolumpo.  Kalau nak cerita sampai balik ke Perak, up lagi... Hahahahaa.....

Kalau berminat nak tanya pasal Mahseer Chalet ngan apa-apa pakej aktiviti kat Taman Negara ni boleh la contact ngan Asmadi (asmadi6989@hotmail.my / 09-2662563).

:D


Thursday, June 12, 2014

TeMeRLoH : MeNCaRi GuLai PaTiN TeMPoYaK

Haluuuuuu......
Assalamualaikum......
Salam Satu Malaysia.....
Salam jom pi jalan.......
errrrr..... jom pi makan!!!!!!!

[rehat kejap cerita Taman Negara]

Haaaaaaaa... Ramai senyum kalau sebut makan nih! Hahahaha terutama koi yang lapar ni kannnnn.... takyah nak tunjuk-tunjuk kat orang lain, baik koi je yang ngaku!  #well

Balik dari Taman Negara Pahang haritu, lajak sedikit ke pekan Temerloh.  Katanya femes sangat dengan gulai tempoyak ikan patin...  Ada yang terliur sebab kat Taman Negara dah makan yang sedap... so ada soalan lain yang kuar, "Ada yang sedap lagi ke?"

"Wooooo hehehehehe...." 
Koi senyum sesiput je la.  Sebenarnya keje koi tukang kutip durian kat kebun je.  Duriannya tak makan...  Sumpah dulu durian tu jadi aiskrim ke, kepok POPS ke (yang bungkusan dia kaler oren tu), kuah durian ke...... tu memang peberet #cakapsambilsenyummeleret. 
Tempoyak??? errrr gulai tempoyak??? Errrrrrrrrr...... (ok faham dak?)

Apapun, setelah meroger kawan kawasan,
"Mas... haaa mana? Mana?"
"Oooooo... haaaaa kat situ ada! Femes! Masuk tv! Ramai orang suka!  Aku pun suka!"
"Oooooo... ye ke? Haaaaaaa.... mana? mana?"
**Hahahahahaa weiii sungguh nape ko tulis cerita macam ni???

Lokasi gulai ikan patin tempoyak kat Temerloh kalau mengkome cari, memang banyak.  Nak cari yang best (koi haramkan sape sebut dalam kawasan Taman Negara lagi ok! ni dah keluar kawasan ;p), 
Cuba tunjuk jalan kat mana?
Memula cari stadium.  Dah jumpa stadium, ko belok kiri.
Lepas stadium, nampak kedai mesin jahit.
Haaa??? kedai mesin jahit???? Mana? Mana??
Ishkkk... kalau korang tak jumpa kedai mesin jahit tu ko salah arah dah Mas.
Eeeeee ko nih!!! Hahahaha... Haaaaaa... ok!
Belakang kedai mesin jahit.  Belakang kedai mesin jahit.
Nama kedai tu 'Pak Usop : Istimewa Ikan Patin'
*** Tanya waze je larrrrr ;p


Owhhhhhhhhh... haaaaaaa koi jupe dah.

Kami sampai kat kedai ni betul-betul waktu orang makan tengah hari..  Malaysia ni panas ok!  Cepat lapo!!  Tambahan pulak kalau sarapannya dah awal pagi lagi tadi.. Ramainya orang kat kedai ni... Dengan keluarga-keluarganya, dengan mat-mat motor lagi...  Korang tak sudah lagi ke makan??? Huhuhuhu......

Jenguk periuk besar, "Alamak! Habis!"
"Setengah jam lagi adik!"
"Adik? Errrr... ok! ok!"

Sebab lapar, kami semua ambil nasi dan lauk-lauk lain dahulu.  Pelan-pelan je makannya sebab nak tunggu gulai siap masak... Gigih sangat kunyah sesuap nasi tu sampai 44 kali.
Lepas 15 minit, orang dah mula beratur tunggu gulai masak.
Lepas 20 minit, wakil kami pula mula beratur nak rebut gulai.
"Aku kalau tunggu ni, tak dapat rasa.... memanglah! Siap!"
AMARAN KERAS ~ JANGAN MEMAIN DENGAN ORANG YANG LAPAR!!!!
Hahahahahahahaa......



Oklah.. Ni rupa kedai Gerai Makan Pak Usop : Istimewa Gulai Ikan Patin
Sebab kereta penuh, camni je la rupa kedai yang leh koi tunjuk.



Inilah rupa ikan patin yang sedang menunggu masa untuk terjun ke dalam periuk.  Yummm yummmm...  Ala yang bakar ke goreng ke takde ke?

The chef....  Kejap ya dik.  Setengah jam lagi...

Tu dia dah masak..  Orang keliling beratur nak tunggu gulai ni.  Bau dia aummmmmmmmm....


Tadaaaaaaa..... ok, ni dia gulai tempoyak..... eh? ni yang Taman Negara punya! Hahahahahaa.... silap! silap!

 Ni???? Huhuhuhuhu...... sedapnya bau!!!! Al-malang sebab koi tak makan tempoyak!

Haaaaa.... ni meja kami punya.... Besar kot!  Leh makan kongsi-kongsi.  Harga untuk semangkuk ikan patin ialah RM10 sahaja.

Tu dia....  Na kata nasib baik dapat jugak gulainya.  Sedap!!  Gitewww berseri-seri muka, hahahahahader apa2 ke????

Ni antara yang lain ada kat Gerai Pak Usop..  Kalau minum yang spesel, kena order air jagung dia....  tak caya kena tanya kak Anash sebab kak Anash leh tapau satu untuk minum lagi dalam kereta.....


Erkppppppppp.... Alhamdulillah :)


* koi (bahasa Pahang) = aku = saya = teman (bahasa Perak)

Wednesday, June 4, 2014

TaMaN NeGaRa PaHaNG PaRT 2 : iNDaH YaNG TeRSiMPaN

Haluuuuuuuu......
Salam Satu Malaysia.... Salam JoMMMMmmm Pi Jalan ;D

Hari ini kita sambung jalan di Taman Negara Pahang lagi erk!

Alhamdulillah.... Pagi ni dapat sarapan roti canai sedap (walaupun duk di pinggir hutan!), badan dah segar, cuaca cantik, bunga-bunga pun dah elok kembang mekarnya.  Rasa dah tak sabar nak cium bau hutan.  Nak bawa masuk balik ion-ion positif masuk dalam rongga badan ni haaaa...  Lama nor dok bandar, duk sukat jalan atas lebuh raya dan keluar masuk kilang demi 2 pinggan nasi sehari... Hahahaha sekian.

Hari ni, baru betul-betul masuk secara rasmi ke Taman Negara Belum eh?  ke Negara Pahang.  Abes tu semalam??? Erk?????  Semalam mengkome seronok-seronok main rapid shooting, main tarzan bagai tu takat-takat main di pinggir Taman Negara je ni haaa.  Kalau kome dah masuk Taman Negara Pahang, sah dah, nak kena ada permit masuk kat tangan masing-masing macam kome masuk ke Taman DiRaja Belum hari tu.  Kena tangkap takde permit masuk, siap!  Takde permit bawa kamera pun, siap!!  Ada pegawai perhilitan yang jaga waimma tetengah hutan tu.

Ayuh, naik bot!  Sempadan Taman Negara Pahang ni sebenarnya dipisahkan dek Sungai Tembeling je ni ha.  Selagi tak jejak ke tanah seberang sungai, selagi tu la sebenarnya kita tak jejak lagi kawasan Taman Negara.

Ensem laks pakcik bot ni... Zoom sket kat muka pakcik ni ;D Ngeh ngeh ngeh



Dah masuk kawasan je, terus g sini bergambar bukti konon kan dah sampai..  Memasing siap dah pakai kasut sukan, nak berjalan dalam hutan.  Nak lawan Na ngan Aqilah?  Ha slipar je... 

Ok.  Bila dah masuk, kena pi pejabat Jabatan Perhilitan kat dalam kawasan resort Mutiara ni.  Permit masuk ke Taman Negara berharga RM1 untuk tempoh seminggu, dan lesen kamera RM5 untuk tempoh sebulan.  Maksudnya, permit dan lesen ni bolehlah pakai berapa banyak kalipun, janji dalam tempoh sah.





Chalet ni dalam kawasan Mutiara Resort.  Ada macam-macam jenis, ada style banglo, ada chalet dua tingkat, ada yang cam ni dan ada yang dorm.  Yang kayo-kayo boleh la kot.  Nasib la pernah merasa jugak sekali duduk sini, walaupun merasa dok dorm je pun.... jadi lar....

Dah sampai hujung kawasan resort, akhirnya kami sampai kat trek untuk ke Jambatan Gantung.  Eh?  Lupa ya tak cerita lagi pagi ni nak buat apa.  Aktiviti pagi ni, nak pi naik jambatan gantung yang legend kat dalam Taman Negara ni.  Katanya kalau jalan lalala dalam 45 minit sampailah..... Tapi kalau ko dah berhenti sepuluh juta kali nak ambil gambar, haaaa sendiri mahu ingatlah.

Untuk aktiviti hari ni, Madi yang jadi escott kami.  Ye la masuk nak jugak tahu-tahu pokok-pokok istimewa, pokok-pokok ubat, serangga ke apa ke yang kita leh tengok ye dak?  Kalau sempat, nak lajak sampai puncak bukit Teresek. Ehemmmm panjat ke tak, panjat ke tak???



Ni, batang-batang pokok yang terdapat sepanjang perjalanan.  Subhanallah, macam-macam rupanya.  Ada yang pokok atas pokok, sampai dah bersatu akar dan batangnya.    Ada batang pokok yang bersalin kulit.... amazing, indah sungguh ciptaan Allah.

ni?  Ni batang balak erk?  Besar yakmats...
Madiiiiiii... oOOOOooo Madi......
Kena tinggal lakssss... time ni tunggu seseorang yang jawab telefon dari opis.... Hahahahaiiii gigih norrrr ;p

"Haaa.. gi solat! gi solat! rotan kang lambat-lambat solat!"
Ada sesape pernah kena marah macam ni masa budak-budak dulu??? Muahahaha... Oklah, baik aku je ngaku...  Asyik nak main je... Asyik nak tengok tv je.....
"Madi!  Ni rotan ke ni?  Leh buat rotan piap piap budak nakai ka?"
"Haishhhhhh.....  beso rotan ni.  Ni rotan buat perabot lar.  Tengok yang tegak tu, tua sikit leh la buat perabot."



Ni bunga pokok halia hutan.  Duduknya ada tanah.  Pokok halianya?  Pokok halianya keliling sampai takleh nak tahu bunga ni dari pokok yang mana satu.  Kalau nak tengok pokoknya, cer tengok kat entri teaser.
Kenapa kata gambar bunga ni RM20k, tetiber jadi RM2?  Hampeh sungguh ko Pae! Jauh kot aku keluar trek dan terbongkok-bongkok celah pokok semata nak ambil gambar ni.  Last-last, masa trekking lagi, elok je ada bunga ni kat tepi trek je.. Tak yah beriya turun dari trek dah leh ambil gambar.  Ermmmmm ye larrrr.... Takdapat la aku kongsi duit jual gambar aku ngan ko! Hahahahahaha menchik taw!

Ni la Madi.  Masa ni Madi tengah tunjuk ubi ermmmmm ermmmmmm....
Ok! aku tak concentrate masa ni... Lalalalala #mukapandangkotlain
Aku tengah frust lagi pasal bunga halia hutan tu... Cisss sangat!!

Dari sebesar-besar pokok, sehinggalah sekecil-kecil benda hidup ada di dalam Taman Negara ni.  Yang tak nampak dengan mata kasar kome jangan cerita lar pulak!  Beriya pulak nak tengok mikroorganisma dengan kanta pembesar!
Pacat??? Pacat takde lar....
Kata masuk hutan????
Memanglah masuk hutan.  Musim kering ni...  Bukan jalan atas tanah!
Erk????






Tadaaaaaaa..... ni la trek nak jalan dalam hutan untuk sampai ke jambatan gantung.  Takyah nak jejak-jejak kaki atas tanah pun kalau taknak.  Yang palang tepi tu ada kalau kat tepi tu kawasan curam je...  Ada pulak nanti yang gatai kaki turun tergolek pulak.   Dua gambar yang kat bawah tu, gambar dari atas jambatan gantung... WoooWooOOOOOOOWooOOOOoo tinggi! Ada yang tak nampak bawah pun. 
MMMmm mMMmm ada yang gayat???
Takdak?!
Ok! Lulus!!!!!!
Panjang jambatan gantung ni 530m.  Takde la jauh mana kan?? Ekekekeke

Yang gambar kiri, aku ambil masa duduk, nampaklah macam manjat ke gelungsur ke??
Gambar kanan??? Haaaaa... ni gambar kamera je dongak sekali ngan kepala aku.  Atas jambatan gantung pun ada tangga lagi nak naik??? Pfftttt pfttttttt.......   Tinggi!!!

Dan lepas tangga ni, ada lagi jambatan rata sebelum khatam keseluruhan jambatan.  Rezeki, takde kawasan yang ditutup.  Katanya semalam guide suruh patah balik sebab ada lebah kat sini.

Well.... it's spring bebehhh... musim bunga katanya di Taman Negara ni. Buah kot??

Untuk pagi ni, kami semua sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak Bukit Terisek.  Gulai tempoyak ikan patin dah memanggil-manggil, "Marilahhhh.... Marilahhhh.... Nanti habesssss....." Ahaksssss

Maka, dengan lajunya kami turun takde masa nak ambil-ambil gambar dah.  Ni kalau kongsi semua dalam ni, takdak feel la pulak mengkome yer nak g nanti... Simpan sket.

Gulai tempoyak ikan patin ni, sebenarnya Madi dah minta orang kedai reserve siap-siap untuk kami...   Kedainya kalau dah seberang dari titi tu kat pintu gerbang, kedai memula belah kiri...  Mabeles gulai tempoyaknya...  Gambar?? Ala dalam henponnnnnnnn....

Dah kenyang, Alhamdulillah.  Kami balik ke chalet untuk memasing memengsankan diri dan solat.  Jam 2.30 dah nak sambung balik aktiviti.  Nak merasa Amazon sangat!  Yerrr... aku pun dah rindu sangat dengan sungai belantara ni...


Jam 2.30 semua orang dah siap tunggu kat jeti.  Petang ni, kami ke Lata Berkoh dan mandi sungai sudah semestinya.  Untuk ke sana, kena naik bot kecil yang takde atap tu.  Satu bot leh naik paling ramai pun 5 orang termasuk tukang bawak bot dan jugak jurumudi kat depan..  Tapi kalau memasing, badan halus belaka bak budak sekolah rendah tu, boleh la sumbat lagi sorang ;p
Sungai Tahan yang bakal diselusuri hari ni, lebih cetek airnya di sesetengah kawasan, sebab tu la kena naik bot kecil dan sewaannya lebih tinggi.
Walaupun harga untuk ke Lata Berkoh ni tinggi, dan bajet korang kecik, pi la potong aktiviti lain untuk pergi aktiviti yang ni.  Kalau dak, nyesal tak sudah kome tak masuk kawasan 'amazon' nih.  Tak lengkaplah perjalanan!! Haaa nyesal nanti! Nyesal!!

Senyum, tenang, nyaman.

Akhirnya sampai jua di perhentian untuk ke Lata Berkoh.  Nak pi sana sebenarnya tak boleh lajak naik bot lagi sebab atas je sikit dari kawasan parking bot ni penuh batu sungai dan tak lepas bot.

Sempat lagi ambil gambar awek! Hahahaha... Motip???

Setelah 20 minit bertrekking, sampai juga ke Lata Berkoh.  Tempat ni boleh je turun dan mandi.  Rasanya tak sampai sepuluh minit pun kami kat sini, sebab lebah bukan main banyaklah haiiii... Nak ambil gambar pun tak tenang...  Muka je control ;)

Moh patah balik..  Na, Aqilah ngan kak Anash dok tunggu kat bot sana.
Lepas ni nak mandi kat Kelah Santuary pulak!  Pernah mandi kat sana ikan kelah besar-besar dan makan kat tangan woooooo.

Kelah sanctuary, tak jauh mana pun.  Laluan sama dengan pergi tadi.  Sempat berhenti bagi ikan makan tak sampai dua puluh minit pun.  Ikan-ikan dah kenyang kot!  Nak mandi, air kali ni bukan main keruhnya dan langit pun macam nak runtuh.  Seriau laksssss..

Mandi tempat lain ado?!
Ado!  Jom mandi ada port best tak dalam dan lapang.

WoooOOOWOOoooo (pehal tak abes lagi mood tarzan ntah?).
Kami berhenti mandi kat Lubuk Simpom(?).
Memang best giler la....
Mandi sampai langit pun dah nak gelap.
Sabit perut lapo je yang terpaksa balik ke jeti.

Jam 8 malam, kami dijemput lori pulak! 
Ayuh! Night Safari pulak malam ni.  Jenuh!  Aktiviti hari ni pack dah macam YB yang memenuhi undangan rakyat pulak.

Kami berenam eh bertujuh termasuk Aqilah naik selori dengan 2 lagi mat saleh dari Jerman..  Hehehe mujur la tak kena sumbat reramai macam satu lagi lori yang lalu memotong kami... huh!
Aktiviti Night Safari ni akan mengambil masa dalam 2 jam setengah, merentasi kawasan ladang kelapa sawit dan hutan belukar.  Ada rezeki, boleh la terserempak dengan gajah, harimau kumbang, kuda belang, zirafah, kucing hutan, tapir dan segala jenis haiwan aktif malam.

Untuk kami, dapat tengok kelibat kucing hutan....  Kejap je pastu dah lari.  Dapat tengok burung dalam gambar ni, burung hantu dapat tengok 3 kali, lagi apa eh???  Lembu jangan cakaplah!

Night safari ni ikut nasib jugaklah.  Manalah nak tahu gajah nak lalu bila pukul berapa semua kan.  Sejuk naik lori terbuka ni.  Jangan lupa pakai baju sejuk.

Jangan lupa juga bawa tongkat selfie dan telefon canggih yang ada torch light untuk bantuan cahaya... Aqilah dah tidur dah masa ni, sebab tersalah sebut burung hantu...  Ingatnya ada hantu.... Opsssssss



Dan tamatlah aktiviti untuk hari ni....  Dari pagi sampai ke malam aktivitinya....
Balik ni dah boleh pengsan dah semua orang.....
Esok balik ya???
Emmmmmmmm.....
Nanite olssssss.....