FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, April 18, 2014

JoM Ke Royal Belum #TravelholicsAwesomeandFriends dan BeLuM OuTDooR ADveNTuRE (BOA) : BHG 1 edisi AWAS!!

Assalamualaikum.... Salam Satu Malaysia..... Salam JOM PI JALAN semua :)

Lokasi? Perak? Kuala Lumpur? Johor? Kuching?  Maliau?? Errrrr waimma kat mana pun korang berada, AWAS!!!

AWAS! Jangan kutuk tajuk entri yang panjang lebar ni.
AWAS! Jangan jangan nak puji gambar dalam entri aku nih... hahaha motif???  Hah, nanti korang faham-faham la sendiri bila dah baca sampai habis.
AWAS! Kalau entri ni takde sampai penghujung..
AWASI???? ok ni Operasi Asap Hitam Kenderaan takde kena mengena dengan korang melainkan sila servis kenderaan tuan puan dan pastikan asap hitam kenderaan tidak melebihi paras yang dibenarkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
dan AWAS! jangan buat pembakaran terbuka! Hahahaha #matilabiladahmulamengarutni

yang pasti AWAS! jangan blacklist KaKiJaLaN.... meh tolong sapu sawang kat sini.... PEACE YO! Moh Ke Perak demi Tahun Melawat Malaysia 2014 #VisitMY2014 .  
*giler punya suci murni je blog aku nih... setelah sekian lama hibernasi :D

Soalan pertama "Ada sesiapa pernah pergi Royal Belum?"
Jawapan pertama yang paling jujur "Grik ni pun baru first time!" 
Hahahaha... ok itu jawapan salah seorang dari anggota rombongan.

First time?
Wohoooooo moh DISCOVER ROYAL BELUM dengan Belum Outdoor Adventure (BOA).  Siapa BOA? Haa baca sampai habis dulu.
Chup!!!!!  AWAS ko mas?! Mana entri #BlackoutTA ? Errrr......
AWAS! soalan tu aku dah tanya sendiri... orang lain takleh tanya dah...
Aku dah buat dalam hati okayssssssss.... Siapa tak nampak! Haaaa AWAS!!

errrr... terus tak tahu nak karang ayat dah! nyampah!
AWAS! aku rasa entri ni akhirnya jadi entri bergambar sahaja... hahahahaha

JOM LAYAN...... dan maapkan aku sebab tetiber blur.

Info
Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang besar di sini seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa. Hutan ini kaya dengan haiwan dan tumbuhan yang mengagumkan yang mana banyak kawasan di sini belum pernah di teroka atau diganggu oleh kehadiran manusia. Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.

Pada hari kejadian (cewah, untuk cerita drama-drama sebelum sampai bolehlah dirujuk di blog2 yang lain), kami sampai di Jeti Sementara Pulau Banding lebih kurang jam 12.30 tengah hari.  Alhamdulillah cuaca best! Panas terik matahari memancor-mancor tegak atas kepala dengan langit biru dan kelihatan awam berkepuk-kepuk.  Jeti sementara ini terletak ke dalam sedikit dari Jeti Pulau Banding yang sekarang sedang dinaiktaraf katanya.

AWAS! bagi yang pertama kali datang dan tak biasa dengan kawasan ini, lokasi jeti ni terletak di sebelah kiri jalan yakni selepas jambatan pertama masa korang nampak Royal Belum (yakni kolau perjalanan dari pekan Lenggong/ Grik), tetapi betul-betul terletak sebelum jambatan yang kedua.  AWAS!  Kalau korang terlepas jeti ini, berkemungkinan besar mengkome sekalian akan sampailah ke Kelantan, ke Thailand dan mungkin sampai ke Myanmar kalau tak reti nak berhenti tengok papan tanda, tanya orang atau tanya cik Waze.. AWAS!  Khidmat telefon bimbit mungkin tidak dapat membantu di sesetengah kawasan dan akan hilang terus apabila korang memutuskan diri untuk meneruskan perjalanan BACK TO NATURE.... HellooooOOOoOOoo, simpan jap tepon ya :)

Ha ni la rupa rumah bot yang kami akan naiki.  Haaaa besar ni, nak muat 30 orang pun boleh.  Ada berani????

Rumah bot ni, dua tingkat haa macam dalam gambar ni la kann.  Ada ruang santai tengok tv, ada dapur, ada bilik mandi, ada tandas.  Bahagian atas ada ruang lapang lagi dan ada bilik-bilik.


Ok.  Ini gambaran kat ruang atas rumah bot.  AWAS! ini bukan gambar selfie yang pertama dan bukan juga yang terakhir.  Sila bersiap-sedia ngadap gambar-gambar selfie selepas ini :)


Hais..... ni anak sapa yang dok main selfie-selfie jugak nih ntah!  AWAS! Jangan bagi mak ayah nampak gambar-gambar perasan macam ni. Hahaha.
#dasardemamselfieseluruhdoniyasangat
Dan, tatkala semua orang sedang sibuk-sibuk ambil gambar, posing bagai, ada juga yang menongkat pipi layan zzzzz....  Mamat batman yang dah lama tak munculkan diri (saja taknak sebut nama)... 

Selepas setengah jam (ke lebih? ambe terlelap huhuuuu syiok woooo tidur dibuai-buai dalam bot ni), kami sampai kat satu port ni untuk tengok bunga rafflesia... Haaa bunga yang terbesar di dunia tu!!! 
Info Bunga Rafflesia

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka.
- sumber wikipedia

Rumah bot dah mendarat (eh?) kena tambat.  Ayuh!  Siapa nak pergi tengok bunga rafflesia, moh kita (jom).
Pasangan Chawanna... Haipppppp ni memasing bajet solo ke nih??? Hahahaha #drama

Ops selfie lagi! AWAS! Jangan marah! 
Hang Dhamin kata, "Hang senyum betui2 sikit" 
"Haisssss.... camni buleh ka??? Ok dak???"
Haaaaaaaaaaaaa...... (tapi taktau senyum gedik ke plastik nih! :p)

Sebelum ber'trekking' untuk tengok bunga, team BOA ajak buat senaman ringan dulu.
"Howaaaaa ok, tarik nafasssss.... lepas....."
"Ok. Pegang tangan, goyang pinggang, bengkokkan kaki.... bla. bla. bla..... semua ikut..." (well ayat skema ni ibarat nasi tambah dari aku je... kikiki)

Untuk sampai ke tempat bunga rafflesia ni, kena gigih mendaki la sikit.  Perjalanan dalam 20 minit tapi tangga nak memanjat dia boleh tahan la juga kalau orang yang dah lama takde senam-senam ni.  Apapun, syabas buat Ely kerana berjaya mengendong Suci sampai ke atas! Tabik! 

Tetapi.... apakan daya... bunga rafflesia kembangnya sehari...  Bergantung rezeki untuk tengok.  Kalau ada masa perjalanan yang panjang, ada lagi port-port bunga ini yang mungkin sempat nak pergi...  Haaa tengok sajalah yang ada ni, gambar yang belum kembang, gambar yang dah layu.
Ok dah... selesai satu aktiviti.  Naik bot kita minum petang pulak!  Katanya ada satu lagi aktiviti selepas ini dan edisi AWAS! akan bertukar jadi BERTABAHlah! Hahahaha....
*tangan gigil2 taip BERTABAHlah sebab tak pasti BERTABAHlah menunggu, atau BERTABAHlah dengan kandungan entri nanti...  Walla :)


Ok... ni nak kongsi balik entri yang aku pernah tulis pada awal tahun 2009.  Trip sebelum ni memang memorable buat aku sebab masa inilah aku mula kenal dengan kengkawan OMBAK aku di Shah Alam dan akhirnya membawa ke penjebakkan aktiviti triathlon aku (yang mana sekarang dah suam kukuuuuuuuu.... oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk).

Ni pula gambar bunga rafflesia.  Gambar ni sebenarnya diambil di lokasi yang sama kami pergi dalam trip #Travelholicsawesomeandfriend dan BOA ni... 


Sampai jumpa lagi....  Chekidaut blog kengkawan kita yang lain ni naaaaaa.......

#TRAVELHOLICSAWESOME
#ANDFRIENDS
Belum Outdoor Adventure
Maklumat lanjut cer klik sini Facebook , Blog.
Telefon : 017-451 4939