FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, October 26, 2011

AKu YaNG TeR'WW'

Cita-cita aku sempena cuti Deepavali ni tersangatlah murni.  Nak duduk rumah, nak kemas rumah (almaklum larrr rumah ni cam rumah tumpangan je, hari kerja je ada kat sini), lepas tu nak siapkan paper work (nak ber'opis' di rumah) dan last sekali kengkonon cam nak hadpet cerita2 yang dah terperam lama kat blog.....

Tapi pagi ni, ala-ala cb.  Dalam pada tu terdaya jugak nak masak..  Tak masuk dapur, mau kebulur larrrr kan?! Hurmmmm.....  Bo~ng*ksssss lupa tutup api, ter'wordless wednesday' aku tengok api dah panjat kuali....  Nasib baik tak panik! <-ekspresi over!  Dah tutup api dapur pun, nyala lagi api.  Tunggu jap, tak padam jugak. Naik pulak! Teringat nak curah air, tapi teringat api leh naik lagi, nak kena tadah dulu pula.  Seb baik, tepung tak simpan lagi... Nahhh setengah kilo tepung aku habis.....  

kejadian Salji Di Kashmir eh tepung di kuali
dapur lapan tahun yang dah dikilatkan semula
mood sedeyyyyy - muka biru sebab tengah gila SMURF, huuuuuu sob sob....

* 'penyakit' kalerkan muka berjangkit dari JoHN dan MrKeMaNG! Hahahaa NaK JuGaK!!!!



Wednesday, October 19, 2011

TaJ MaHaL ~ 1 DaRi 7 KeaJaiBaN DuNia

Ehemmm.... tumpang lalu~

Kali ni kita tak jalan pi mana-mana pun.  Tiba-tiba terasa macam nak kongsi edisi berangan *errrrrr lebih pada cita-cita...  Mana larr tahu, suatu hari nanti ada rezeki kan?!

Taj Mahal yang terletak di Agra, India telah disenaraikan sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia pada 07.07.07 (7 Julai 2007).  Cita-cita aku, kalau boleh nak pergi sebanyak mungkin tempat-tempat yang dinobatkan sebagai ajaib nih... 


Biasa tengok gambar Taj Mahal waktu siang.  Kalau tengok gambar, biasa orang 'posing-posing' kat depan bangunan ini dan berlatarbelakang langit biru.  Rupa-rupanya, kalau lewat petang ada pemandangan matahari terbenam gitu.  Hurmmmmm nak sambung berangan~~

*mood mengarang tak datang-datang laksssss

Agra - Taj Mahal
7 keajaiban dunia ~ Taj Mahal

subuh

Taj Mahal, sunset approaching
sunset approaching 

uuuuu weeeeeeee~

memang aku berangan nih~ +_+


* klik gambar untuk sumber gambar :D


****  terjumpa talian undian untuk 7 keajaiban alam untuk disenaraikan pada 11.11.11 (11 November 2011), jom vote kat sini New7Wonders of Nature.



Monday, October 17, 2011

PaSaR KaRaT LoKiN, IPoH

Program I Love Ipoh - jom ke Lokin (Lorking?! Looking?!)!

Pasar Karat Lokin ini terletak di Memory Lane iaitu di Jalan Horley (melalui Jalan Sultan Idris Shah) dibuka pada setiap hari Ahad seawal 7 pagi sehingga dua belas tengah hari. Pelbagai jenis barangan termasuk jam, telefon, tin-tin, kamera, barang mainan, buku (dari kategori antik, terpakai, barang 'rare') ada dijual di sini. Pendek kata, pasar karat memang ala-ala 'heaven' bagi peminat-peminat barangan barang-barang lama.

*[hahahadeh tetibe cam dah tak pandai nak nulis laksss, korang layan gambo je larrr erk!].
* Masa yang dihabiskan di Lokin ini (khatam di kawasan pasar karat sahaja) ~ 2 jam setengah!



Jeng jeng jeng... dah nampak dah kemeriahan Lokin (ini baru nak masuk)


haaaaa tu dia, ni keadaan pada pukul 8 pagi.  Digalakkan kalau nak datang sini, eloklah datang awal pagi :)


Basikal-basikal budak... Korang ada??? Teman nyer  dulu yang kedua dari kanan :D


Air gas dalam botol! Dulu2 kita beli lepas tu, orang kedai tuang dalam plastik! Ingat tak?


antara barangan lain


baju bundle


majalah-majalah lama


tas tangan beraneka rupa... yang ni weeeee glamer


bekas cermin mata - terpakai


nak cari basikal tua? ni naaaa kat sini pun ada!!


kelas kau maria - set kayu golf Mustang


stroller 'doulu-doulu'


kamera-kamera antik pun ada... ini antaranya... 'i like!'


borongan aku - The Advantures of Tom Sawyer dengan Harris Brinker :D


JOM IPOH!!!

Tuesday, October 4, 2011

BeRiNSPiRaSi KeRaNa "BeLuM"

Tiba-tiba teringat Royal Belum.  Terus psst.psst pada seorang teman yang punya urus kerja di sana.

KJ : A, ko next trip bila?
AH : Ada.  Betul ke nak pergi ni?
KJ : Betul larrr.. Saya nak ikut..
KJ : Hari tu memang tak boleh.. 
KJ : Lagipun hari tu bukan ke sekali dengan bos, takmo larrr... (Ya ampun!!)

Minta-minta tercapai niat nak menjenguk balik Belum ini.... [sambil doa minta Tuan Besar bagi lepas]

Entri Belum sebelum ni boleh klik :

Nyaman dan penuh tenang

Hening pagi di Belum

* hari ini mahu turunkan kasut, go Mas go!!! Lari jomzzz!!!