FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, June 9, 2010

PaRT 7 : SiPuT LiMa JaRi (KaHaNGa) <- DaH BeTuLKaN JuGa

Ya ampun kalau tajuk yang tu salah! Nama siput ni pun aku tak tahu, yang pasti sepanjang di Mantanani memang aku panggil siput laut ini 'siput lima jari' sungguhpun kadang-kadang ada tiga jari, kadang-kadang ada enam jari dan sesungguhnya pun itu bukan jari! Hahahaha.... Soweee.....

Salah satu hidangan istimewa yang aku makan di Mantanani. Biasanya kalau di Semenanjung ni, kalau jumpa cengkerangnya orang buat perhiasan ya (pesanan KJ : jangan buat ya!)?! Di Pulau Mantanani, rasanya kalau nak jumpa cengkerang siput ini cantik susah sikit kot!(?) Kenapa? Sebabnya orang kat sini makan siput ni.....

Inilah rupa siput yang dimaksudkan (ni ada enam jari lakss)

Lagi siput - ini len macam lar pula rupanya!

Cara masaknya bakar sahaja sampai kering

Nak makan kena pecahkan cengkerang siput. Oleh kerana tebal, maka kenalah pecahkan cengkerang siput menggunakan penukul.

Inilah rupa isi siput. Rasanya macam sotong kering, ada rasa masin dan teksturnya liat sikit. Hehehe... Bolehlarrr jugak buat kunyah-kunyah ;)

*WiNK*WiNK* Amacam? aDa RaSA?*

PaRT 6 : TaHai (KuiH KeLaPa)

Tahai atau kuih kelapa... Uiii sedap!!! Yum YuM!! Dulu-dulu tak pernah rasa pun!?! Apasal diorang tak pernah ajar makan tahai sebelum ni??? Ermmmm... sampai hati! (tapi kalau dah pernah rasa, tiba-tiba tak dapat nanti ngidam pulak! aishhhh SUSAH jugak!).

Tahai untuk membuatnya perlukan kelapa yang sedang-sedang iaitu tidak terlalu muda dan tidak tua... Bahan-bahan untuk membuatnya adalah isi kelapa yang diparut, tepung gandum, gula, garam dan sedikit baking powder sahaja.

Setelah mengenalpasti kelapa yang hendak digunakan, kopeklah untuk mendapatkan isi kelapa. Kemudian parut.

Campurkan dengan tepung, gula, garam dan sedikit serbuk penaik, lepas itu bolehlah diuli, digelek-gelek dengan tangan dan bentukkan apa-apa bentuk pun tak apa.

Ini budak-budak bandar buat kuih - BANYAK MAIN!

Dah siap, bolehlah dibakar dalam ketuhar atau menggunakan sabut/ kayu api

Ini rupa kuih tahai yang dah siap masak. Ada pulak sesat satu bentuk A. YuM!!! I like!

[kuih tahai boleh tahan selama dua bulan sekiranya disimpan di dalam peti ais]